Rekaan Chery Tiggo 7 Sport Didedahkan – Seperti Range Rover & Jaecoo J7?
-full_normal.webp)
Seperti yang diketahui umum, Land Rover kini bekerjasama dengan Chery Auto Group, jadi tidak hairan mengapa reka bentuk kenderaan yang dihasilkan di bawah syarikat China tersebut kelihatan hampir sama dengan jenama mewah British itu walaupun ditawarkan pada harga mampu milik, contoh terbaru, Jaecoo J7 yang baru sahaja dilancarkan di Malaysia.
Kali ini, model terbaru yang menerima "sentuhan jenama Land Rover" ialah Chery Tiggo 7 Sport, yang dihasilkan eksklusif untuk pasaran China. Varian ini dijangka akan dilancarkan pada bulan September akan datang.
Reka Bentuk Chery Tiggo 7 Sport
-full_normal.webp)
Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, beberapa unit Chery Tiggo 7 Sport sudah mula kelihatan di bilik pameran Chery di China. Berdasarkan foto yang dikongsikan di media sosial, rekaannya sangat menyerupai jenama British itu, terutamanya di bahagian hadapan misalnya gril, bampar, lampu, fender dan penutup bonet. Lampu nyalaan siang (DRL) pula kelihatan tidak jauh berbeza daripada DRL Range Rover Evoque.
-full_normal.webp)
Di sudut belakang pula, rekaan asal yang dapat dilihat pada Jaecoo J7 (juga diinspirasikan daripada Range Rover) dapat dilihat pada model ini, misalnya rekaan lampu belakang. Bagaimanapun untuk Chery Tiggo 7 Sport, gaya ranggi sudut ini kelihatan lebih menonjol dengan penggunaaan plat pelindung (skid plate) yang lebih besar. Profil sisinya juga agak serupa dengan J7, dengan pemegang pintu jenis terbenam dan rak bumbung.
Walaupun tampil ranggi seperti Jaecoo J7 dan Range Rover, Chery Tiggo 7 Sport lebih direka untuk penggunaan di bandar dan bukannya laluan off-road yang mencabar.
Kabin Chery Tiggo 7 Sport
-full_normal.webp)
Sentuhan Jaecoo J7 juga dapat dilihat pada bahagian kabin Chery Tiggo 7 Sport yang turut menggunakan panel kluster instrumen jenis terapung, skrin infotainmen menegak yang besar, gear yang besar dan corong pendingin hawa jenis ‘through-type’. Bagaimanapun, model ini diberikan tema warna tan yang menyerlahkan aura premiumnya.
Trenkuasa Chery Tiggo 7 Sport
Butiran enjin untuk Chery Tiggo 7 Sport masih belum diumumkan secara rasmi, kemungkinan besar ia menggunakan enjin 1.6 liter turbo seperti Jaecoo J7 yang menghamburkan kuasa sebanyak 192 hp dan 290 Nm. Kuasa ini disalurkan kepada roda melalui sistem transmisi dwi-klac tujuh kelajuan. Ia juga dilaporkan akan diberikan enjin 2.0 liter turbo yang lebih berkuasa dengan output 252 hp dan 390 Nm.
Jangkaan Harga Jualan Chery Tiggo 7 Sport
Chery Tiggo 7 Sport dijangka akan dijual pada harga sekitar RMB 100,000 (~RM 61,000).
Baca: SUV Premium, Jeacoo J7 Kini Rasmi di Pasaran – CKD, Mampu Off-Road, dari RM138,800
Baca: [PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Chery Tawar Sambungan Android Auto & Apple CarPlay Tanpa Wayar Secara Standard Untuk Semua Model
Tanpa Android Auto dan Apple CarPlay, sesebuah kereta itu terasa tidak cukup sempurna. Setuju?
20-12-2024
Chery Malaysia Kotakan Janji, Hadiahkan 3 Tiggo 7 Pro Pada Atlet Badminton
Chery Malaysia meraikan pencapaian atlet-atlet Olimpik Malaysia yang memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris dalam satu majlis, semalam.
23-08-2024
Lee Zii Jia, Aaron Chia, Soh Wooi Yik bawa pulang kereta SUV Chery TIGGO 7 PRO
Lee Zii Jia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang memperoleh pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024 menerima SUV
06-08-2024
Berjaya Raih Pingat Gangsa, Chery Hadiahkan Tiggo 7 Pro Kepada Aaron Chia & Soh Wooi Yik
Pasangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yi berjaya menumpaskan pasukan Denmark dan meraih pingat gangsa.
05-08-2024
[PANDU UJI] Chery Tiggo 7 Pro: Banyak Ciri Hebat Tapi Harga Marhaen, Ini 6 Kelebihannya...
Ini pendapat jujur kami tentang Chery Tiggo 7 Pro.
15-07-2024
2,000 Pelanggan Awal, Dapat Harga Murah, Jimat RM4K
Chery Malaysia melancarkan sebuah lagi SUV terbaharunya, Chery Tiggo 7 Pro ke pasaran tempatan, sebentar tadi.
21-06-2024
Sempena Ulang Tahun Pertama, Chery Tawar Ganjaran Istimewa
Ada berita baik buat yang mereka sedang mempertimbangkan untuk membeli kereta jenama Chery.
17-05-2024
Auto China 2024: Tiggo 7 Pro PHEV, Lambat Lagi Masuk M'sia
Tiggo 7 Pro Phev turut didedahkan kepada umum.
29-04-2024
Berita Terkini
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat