Jetour Dashing Dah Masuk M'sia, Bakal Dilancar Pada Minggu Depan

JETOUR Auto Malaysia mengumumkan ketibaan penghantaran pertama model, JETOUR Dashing, di Pelabuhan Klang, Selangor, baru-baru ini.
Untuk itu, JETOUR mengesahkan penghantaran akan dibuat dengan serta-merta selepas pelancaran rasmi pada 9 April 2025.
Penghantaran itu dibuat bagi memenuhi permintaan tinggi daripada pengguna Malaysia yang telah membuat pra-tempahan sejak Mei 2024.
Ketua Pegawai Eksekutif JETOUR Auto Malaysia, Fu Yong berkata, ini adalah detik bersejarah untuk JETOUR dan para pemandu di Malaysia.


“Ketibaan JETOUR Dashing mencerminkan komitmen pihaknya terhadap pasaran Malaysia dan respon terhadap minat luar biasa daripada pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.
Selain itu, JETOUR juga dikatakan merancang untuk memulakan operasi pemasangan tempatan (CKD) bagi JETOUR Dashing di Malaysia, dengan produksi dijangka bermula pada akhir Mei 2025.
Langkah strategik ini menegaskan komitmen jangka panjang syarikat terhadap pasaran Malaysia serta meningkatkan keupayaan memenuhi permintaan pengguna.


Bagi yang tidak biasa dengan jenama Jetour, pengeluar kereta dari China ini merupakan sebahagian daripada Chery Holding Group. Namun, ia beroperasi secara berasingan daripada sub-jenama Chery lain di Malaysia, yang berada di bawah naungan Chery International.
Dari segi dimensi, Dashing agak setanding dengan SUV segmen-C lain di pasaran kita dimana ukuran panjangnya adalah 4,590 mm, lebar 1,900 mm, tinggi 1,685 mm, dan jarak roda 2,720 mm.
Menjengah bahagian kabinnya, Jetour Dashing hadir secara eksklusif dalam konfigurasi dua baris dengan lima tempat duduk.

Dari segi trenkuasa, ia disumbat dengan enjin petrol turbo 1.5 silinder dapat menghamburkan kuasa setakat 156 hp dan tork 230 Nm. Enjinnya dipadankan dengan transmisi automatik DCT 6-kelajuan yang menyalurkan kuasa ke roda hadapan (FWD).
Buat masa ini, JETOUR telah menubuhkan lebih 20 pusat servis di seluruh Malaysia, dengan rancangan untuk membuka lebih 10 pusat 4S dan 3S baharu sepanjang tahun ini.
JETOUR Dashing akan tersedia di semua bilik pameran sah JETOUR di seluruh negara bermula April 2025.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQH3245
SELANGOR
BSL5849
JOHOR
JYP5628
PULAU PINANG
PRX5189
PERAK
APE1237
PAHANG
CFE7394
KEDAH
KGD7825
NEGERI SEMBILAN
NEJ2570
KOTA KINABALU
SJP7034
KUCHING
QAB160N
Terakhir Kemas Kini 13 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
-0.02
RON 97
RM 3.11
-0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.89
-0.05
EURO 5 B7
RM 3.09
-0.05
Terakhir Kemas Kini 08 Jan, 2026
Berita Terkini
Xpeng G6 RWD Muncul Dalam Versi Marhaen – Standard Range, Lancar Jan 14
Xpeng Malaysia telah mengemaskini laman web rasminya dengan kemasukan varian asas terbaru bagi SUV elektrik Xpeng G6 RWD yang kini muncul dalam versi Standard Range (SR).
12-01-2026
Toyota Vellfire HEV 2026 Boleh Ditempah – Mewah Tapi Menjimatkan, Dari RM549K
Tempahan bagi model Toyota Vellfire HEV 2026 kini dibuka secara rasmi untuk pasaran tempatan.
12-01-2026
Butiran Proton e.MAS 7 PHEV Didedahkan, Ada 3 Varian, Jarak Gerak 1,065KM
Spesifikasi terperinci bagi Proton e.MAS 7 PHEV yang akan datang telah pun didedahkan.
12-01-2026
Kia Carnival Facelift Bakal Tiba Di Malaysia – Ada Versi Hibrid?
Tidak sampai sebulan selepas syarikat jualan nasional (NSC) baharu ditubuhkan, Kia Sales Malaysia (KSM) nampaknya sudah bersedia untuk ‘menggegarkan’ pasaran tempatan.
09-01-2026
Proton X70 2026 Kini Rasmi: Kabin & Enjin Lebih Senyap, Jimat Minyak, Dari RM99.8K!
Proton secara rasmi melancarkan Proton X70 2026. Tampil dengan pelbagai penambahbaikan mekanikal dan teknologi, model ini memperkukuh kedudukannya sebagai SUV premium mampu milik paling berbaloi di pasaran.
08-01-2026
Kelibat Mitsubishi XForce Dikesan Di Shah Alam, Maknanya Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi!
Mitsubishi XForce akhirnya telah selamat mendarat di Malaysia apabila beberapa imej menunjukkan SUV kompak segmen B itu diturunkan dari sebuah lori pengangkut di Shah Alam, Selangor.
05-01-2026
Volvo ES90 Bakal Dilancar Bulan Ini Tetapi ROI Sudah Dibuka!
Volvo Car Malaysia mengumumkan pihaknya sudah membuka pendaftaran minat (ROI) untuk model terbaharunya, Volvo ES90.
02-01-2026
Ini Dia Satu Lagi Pencabar Sengit Proton X50, HR-V, Lepas L4, Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi
Lepas L4 yang bakal dilancarkan pada suku pertama tahun ini adalah salah satu pencabar sengit buat Proton X50 dan Honda HR-V.
01-01-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat