Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary Edition Rasmi Di Thailand – Malaysia Seterusnya?

Mazda secara rasmi telah melancarkan MX-5 35th Anniversary Edition atau Edisi Ulang Tahun ke-35 di Thailand. Model edisi khas ini dibangunkan berasaskan generasi keempat versi facelift dan hadir dengan beberapa sentuhan eksklusif.
Harga Cecah RM400,000, Unit Terhad
Ditawarkan dalam warna Artisan Red Premium yang memukau, MX-5 edisi khas ini dijual pada harga THB3,069,000 (~RM400,000) di Thailand. Walaupun jumlah unit yang diperuntukkan untuk Mazda Thailand tidak didedahkan, laporan menyatakan hanya 1,000 unit akan dihasilkan di peringkat global.
Reka Bentuk Ikonik dengan Sentuhan Baharu

Edisi khas ini mengekalkan keunikan MX-5 dengan reka bentuk kompak, struktur ringan, serta kawalan pemanduan yang responsif. Berdasarkan falsafah Kodo Design dan Jinba-Ittai, ia memberikan pengalaman pemanduan yang menyeronokkan dan intuitif.
Edisi khas ini turut menerima beberapa naik taraf, termasuk rim aloi Bright 17 inci, bumbung keras boleh lipat dengan butang kawalan, serta cermin sisi berwarna badan.
Bahagian dalaman pula banyak menggunakan bahan premium seperti pada panel pintu dan konsol tengah, logo 35th Anniversary terpampang pada perehat kepala, tempat duduk dan karpet lantai. Sementara itu, tempat duduknya diberikan balutan kulit Sports Tan.
Sentuhan elegan diserlahkan lagi dengan jahitan yang terperinci dan simbol 35th Anniversary bersama nombor siri eksklusif.
Teknologi Moden untuk Pemanduan Lebih Menarik

Mazda turut melengkapkan edisi khas ini dengan teknologi moden seperti sistem infotainmen Mazda Connect 8.8 inci yang menyokong Apple CarPlay serta sistem audio Bose dengan sembilan pembesar suara.

Dari segi prestasi, model ini masih dikuasakan oleh enjin 2.0 liter SKYACTIV-G yang menghasilkan 184 hp dan tork 205 Nm. Untuk pasaran Thailand, ia hanya ditawarkan dengan transmisi automatik enam kelajuan.
Sistem Keselamatan Canggih

Selain menawarkan pengalaman pemanduan yang mengasyikkan, MX-5 35th Anniversary Edition turut dilengkapi ciri keselamatan standard seperti dua beg udara hadapan dan sisi, sistem penggera anti-kecurian, serta sensor jarak belakang empat titik.
Ia juga menerima teknologi keselamatan i-Activsense Mazda yang merangkumi pemantauan titik buta canggih (BSM), sistem amaran keluar lorong (LDWS), lampu depan LED adaptif (ALH) dan pelbagai lagi sistem bantuan pemandu yang lain.
Bakal Tiba di Malaysia?
Dengan pelancarannya di Thailand, timbul persoalan sama ada Mazda Malaysia akan membawa masuk model istimewa ini ke pasaran tempatan. Sekiranya dibawa masuk, berapakah agaknya harga jualan yang akan ditawarkan memandangkan model ini dijual pada harga RM400,000 di Thailand.
MX-5 sememangnya mempunyai peminat setia di Malaysia, dengan jualan rasmi dan recond yang sentiasa mendapat permintaan tinggi. Jika edisi khas ini ditawarkan di sini, ia pasti menjadi buruan peminat roadster.
Baca: Mazda MX-5 Versi Perlumbaan, Spirit Racing, Bakal Dipertontonkan Di Tokyo Auto Salon 2025
Baca: Mazda MX-5 Miata 35th Anniversary Edition Dilancarkan Di AS – 300 Unit, Dari RM158K
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM6421
SELANGOR
BST2457
JOHOR
JD1649J
PULAU PINANG
PSF1146
PERAK
APK9676
PAHANG
CFH5430
KEDAH
KGH7291
NEGERI SEMBILAN
NEL5750
KOTA KINABALU
SJT7035
KUCHING
QAB4551P
Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.
17-08-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia
Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.
11-08-2026
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun
Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.
11-08-2026
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan
Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.
10-08-2026
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen
Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.
06-08-2026
Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k
Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.
27-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat