Mazda3 Concept 2025 Didedahkan – Gaya & Prestasi Agresif

Bermaz Auto (BAuto) memperkenalkan Mazda3 Concept, model prototaip yang dibangunkan oleh MazdaSports, cabang di bawah Bermaz. Model ini merupakan olahan terbaru berdasarkan versi asal, Mazda3 MS Edition yang pertama kali dilancarkan pada tahun 2016.
Falsafah Jinba-Ittai Diteruskan
Mazda3 Concept ini direka untuk memberikan pengalaman pemanduan yang lebih peribadi bersesuaian dengan keperluan pemandu, sejajar dengan falsafah Jinba-Ittai, yang menekankan “keharmonian” antara jentera dan pemandu.
Rekaan Lebih Agresif, Brek Lebih Mantap


Bahagian luaran menerima sentuhan agresif menerusi penggunaan rim Enkei Tuning SC22 Matte Gunmetal yang bukan sahaja membuatkannya kelihatan lebih menyerlah, tetapi juga meningkatkan kualiti pengendalian.
Sistem brek juga dipertingkat dengan pad brek Endless Super Street S-Sports yang menawarkan daya cengkaman lebih baik, tahan haba dan keselesaan ketika pemanduan agresif.
Kit Badan Sporty
-full_normal.jpg)
Penampilan sporty disempurnakan dengan kit badan piano black khas, spoiler belakang yang diberikan rekaan semula, dan ekzos lebih besar. Semuanya menyumbang kepada aerodinamik yang lebih baik dan gaya yang lebih ‘garang.’ Sementara itu, bar strut hadapan memaparkan logo ‘MS’.
Enjin SkyActiv-G Sebagai Nadi
Jantung kepada Mazda3 Concept ini ialah enjin 2.0L SkyActiv-G yang menghasilkan 162 hp dan 213 Nm, dipadankan dengan transmisi automatik SkyActiv-Drive 6-kelajuan – memberikan tindak balas yang lancar dan bertenaga.
Ruang Kabin Diilhamkan oleh Kereta Lumba


Ruang kabin menerima sentuhan ala kereta lumba dengan tempat duduk yang diberikan kemasan suede dan jalur tengah merah. Stereng juga diberikan balutan suede untuk memudahkan cengkaman.
Penampilan eksklusif diserlahkan lagi dengan pelekat vinyl khas, menjadikan Mazda3 Concept unik dari luar sehingga ke dalam.
Casis dan Suspensi Ditala Semula

Mazda turut melakukan talaan semula pada sistem casis dan suspensi, menjanjikan pemanduan yang lebih memuaskan, jentera lebih responsif dan kawalan lebih tepat.
Bukan Sekadar Konsep
Menurut Bermaz Auto, Mazda3 Concept ini bukan sekadar sebuah prototaip. Ia mencerminkan komitmen terhadap inovasi dan juga sebagai tanda penghargaan kepada peminat Mazda yang mendambakan prestasi, rekaan dan keseronokan pemanduan.
Pameran Mazda3 Concept
Model konsep ini akan dipamerkan kepada umum di 1 Utama Shopping Centre, Petaling Jaya bermula hari ini, 10 April hingga 13 April sebelum dipertontonkan di Queensbay Mall, Pulau Pinang bermula 16 April hingga 20 April akan datang.
Baca: Mazda MX-5 RF 2025 Kini Di Malaysia – Edisi Khas Ulang Tahun Ke-35 Ditawarkan, Dari RM294K
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4918
SELANGOR
BSU8716
JOHOR
JH436J
PULAU PINANG
PSH2593
PERAK
APM7597
PAHANG
CFJ3540
KEDAH
KGJ7326
NEGERI SEMBILAN
NEM5230
KOTA KINABALU
SJV573
KUCHING
QAB9540P
Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Banjir Shah Alam: Ini Senarai Highway & Jalan Ditutup
Antara lokasi terjejas ialah Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE), Lebuh Raya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE), Lebuh Raya Koridor Guthrie (GCE).
04-11-2026
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge