ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Gaya Hidup

Rumah Terbuka: Pemilik Proton e.MAS 7 Timba Ilmu Ekosistem EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

eMPROH_00069.jpg

Anak syarikat pembuat kereta nasional PROTON, PRO-NET mengadakan rumah terbuka bersama pemilik Proton e.MAS 7 di seluruh negara, baru-baru ini.

Sebagai perjumpaan kali kedua untuk para pemilik e.MAS 7 tahun ini, majlis tersebut menjadi peluang istimewa untuk beramah mesra dalam suasana perayaan, berkongsi kisah, serta membincangkan masa depan mobiliti lestari secara bersama.

Di sebalik kemeriahan sambutan Hari Raya, acara ini turut menjadi platform perbincangan terbuka antara pemilik, wakil PRO-NET dan pakar teknologi. 

Para tetamu diberi peluang untuk berkongsi maklum balas mengenai produk, ekosistem, serta ciri-ciri yang diharapkan pada kemas kini akan datang untuk memastikan Proton e.MAS 7 terus berkembang seiring dengan keperluan pengguna.

eMPROH_00015-(1).jpg

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang berkata, sambutan ini bukan sekadar satu sambutan perayaan, malah ia adalah simbolik tentang penghargaan dan penyatuan.

“Proton e.MAS 7 tidak mungkin mencapai kedudukan Nombor 1 tanpa sokongan daripada pemilik e.MAS 7 ini. Anda semua adalah nadi kepada komuniti yang semakin berkembang ini,” katanya.

Sambutan ini turut memberi pelanggan gambaran lebih dekat tentang pelan Over-The-Air (OTA) PRO-NET untuk Proton e.MAS 7, termasuk kemas kini dan penambahbaikan ciri-ciri yang akan datang. 

Antaranya ialah kawalan pengecasan yang lebih mudah melalui skrin sentuh dan aplikasi mudah alih, keselesaan pemanduan yang dipertingkatkan melalui penalaan ABS, serta penambahbaikan pada fungsi pra-pemanasan bateri dan kemas kini lokasi semasa kenderaan berada dalam mod pegun. 

Satu lagi ciri baharu membolehkan perjalanan berjadual menjadi lebih lancar dengan fungsi buka kunci automatik sebaik sahaja bateri selesai dicas.

Pelanggan turut didedahkan dengan tip penjagaan bateri yang penting bagi kedua-dua jenis bateri LFP dan NMC, bagi membantu mereka memanjangkan jangka hayat dan prestasi bateri.

PRO-NET juga menekankan perkembangan ekosistem EV yang semakin meluas dengan lebih 2,300 poin pengecasan awam kini tersedia di seluruh negara—meliputi 90% kawasan di Malaysia.

Setakat suku pertama 2025,  lebih 1,853 unit telah diserahkan pada Suku Pertama 2025 dan pegangan pasaran (YTD) mencecah 26%, Proton e.MAS 7 kekal sebagai EV paling laris di Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3563

SELANGOR

BSU4652

JOHOR

JF8751J

PULAU PINANG

PSG4908

PERAK

APM3201

PAHANG

CFJ1459

KEDAH

KGJ4879

NEGERI SEMBILAN

NEM3098

KOTA KINABALU

SJU5893

KUCHING

QAB7648P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

16-10-2026
EV

30-09-2026
EV

18-09-2026
EV

10-09-2026

Berita Terkini

Gaya Hidup

Adidas Samba OG x Mercedes-Benz Dilancar, Kasut Edisi Terhad!

Mercedes-Benz Terapkan Kemewahan S-Class Pada adidas Samba OG.

06-10-2026
Gaya Hidup
Gaya Hidup
Gaya Hidup

Hidung Kembang, Gril Kontroversi: Kenapa BMW Sengaja Ambil Risiko Penampilan Ekstrem

Suka Atau Tidak: Sejarah Reka Bentuk BMW Sentiasa Goncang Dunia Automotif.

07-08-2026
Gaya Hidup

Mitos Atau Fakta: Kena Saman Jika Pandu Berkaki Ayam, Berselipar?

Betul Ke Tak Boleh Pandu Berkaki Ayam Di Malaysia? Ini Penjelasannya.

08-07-2026
Gaya Hidup

KAJIAN: Memandu Kereta Manual Rupanya Boleh Selamatkan Otak Anda

Jangan Lupus Kereta Manual Lagi! Pakar Jepun Dedah 'Rahsia' Luar Biasa Ini.

02-07-2026
Gaya Hidup

Dari Jalan Raya Ke Koleksi Peribadi: Proton Saga & e.MAS 5 Kini Ada Versi Miniatur 1/64!

PROTON kini meneruskan usaha mendekati rakyat Malaysia daripada pelbagai peringkat usia melalui kolaborasi terbaharu bersama Sunway Tiny Toys dengan memperkenalkan model miniatur berskala 1/64 bagi Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5.

25-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.