ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

SAH: Omoda C3 Didedah, Sah Masuk Malaysia

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery buat julung kalinya, menayangkan SUV kompak terbaharunya, Omoda C3  di Wuhu, wilayah Anhui, China, baru-baru ini.

Penampilan globalnya itunyata menarik perhatian gara-gara rekaannya yang begitu futuristik dan agresif selain dikatakan 

image.png 

Model ini menarik perhatian ramai dengan reka bentuk agresif dan futuristik, yang dikatakan mengambil inspirasi daripada robot ikonik Jepun, Gundam.

Dari segi luaran, OMODA C3 dilihat hadir dengan gril tebal tetapi menonjol manakala lampu depannya serta lampu nyalaan siang hari berbentuk C.

Apapun, rekaanya membuatkan ia merupakan sebuah SUV yang cukup sporty dan bergaya. 

image.png

Menurut Chery,  Omoda C3  mengambil inspirasi daripada pusat arahan kapal luar angkasa kerana ia menampilkan kedua-dua butang mekanikal dan panel instrumen gaya jet pejuang, sekali gus   mewujudkan pengalaman pemanduan yang futuristik.

Pengurus Jenama Omoda C3, Roy Xie berkata, Omoda C3 lebih daripada sekadar mesin tetapi ia adalah peneman kepada pemandu.

Xie juga mengesahkan bahawa Omoda C3 akan menjadi produk global dengan pelancaran rasminya ditetapkan pada Okt 2025. Selepas itu, Omoda C3 akan tersedia secara berperingkat di pasaran luar negara, dan Malaysia juga akan menerima model terbabit.

Apa yang diketahui,  Omoda C3 akan berkongsi trenkuasa yang sama dengan Tiggo 4 HEV. Ia yang menggunakan enjin 1.5 liter, turut disumbat dengan pek bateri litium-ion 1.83 kWj serta transmisi hibrid khusus (DHT).

Jadi, secara keseluruhannya, ia mampu menawarkan kuasa setakat  201 HP dan 310 NM.  Omoda C3 juga menjanjikan jarak perjalanan elektrik terhad sehingga 90 KM manakala jumlah jarak perjalanannya dikatakan mampu mencecah 1,200 KM.

image.png

Dengan pengenalan semula Chery QQ dan tawaran baharu seperti Omoda C3, Chery dikatakan  sedang berusaha untuk mengukuhkan kedudukannya dalam segmen kompetitif ini yang pernah menjadi pemain utama.

Mengimbas kembali, antara model  pertama Chery yang dtawarkan di Malaysia adalah pada tahun 2006 apabila ia diedarkan oleh Alado. Model pertama yang dimaksudkan itu adalah  Chery QQ bersaiz Perodua Axia yang dijual daripada RM40,000.

Zhang juga mengakui semasa pembentangan Omoda C3 bahawa pasaran kereta kecil global kini dikuasai oleh Hyundai dengan penguasaan pasaran 63%, diikuti oleh Toyota pada 37%.

Dengan Omoda C3, Chery menyasarkan untuk bersaing dalam ruang ini, dengan menyasarkan pasaran untuk  belia di seluruh dunia.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.