ZF Dedah Sistem Range Extender Untuk EV

Pengeluar peralatan asli (OEM) dari Jerman, ZF memperkenalkan sistem range extender yang baharu dan canggih untuk kenderaan elektrik (EV).
Dikenali sebagai electric Range Extender (eRE) dan electric Range Extender (eRE+), masing-masing dikatakan menyokong seni bina 400 volt dan 800 volt.


Ini bermakna bahawa kedua-duanya boleh diintegrasikan dengan komponen seperti motor elektrik, inverter, dan set gear. Selain itu, sistem eRE+ dilengkapi dengan klac dan pembeza tambahan, sekali gus mempunyai keupayaan untuk berfungsi sebagai pemacu sekunder.
“Permintaan terhadap range extender ini semakin meningkat sekali gus menyebabkan teknologi ini boleh melangkah jauh terutamanya bagi platform model yang telah direka untuk sistem pacuan elektrik berkuasa bateri,” menurut kenyataan akhbar oleh ZF.

Untuk pengeluar kereta, sistem range extender baharu oleh ZF ini menawarkan beberapa kelebihan utama. Antaranya ialah bagaimana ia membolehkan pengeluar kereta merancang pembangunan dengan lebih efisien, kerana teknologi ini boleh digunakan untuk membina berdasarkan platform kenderaan elektrik berasaskan bateri (BEV) sedia ada.
Selain mengurangkan kos serta masa dan proses pembangunan, sistem ini juga membolehkan pengeluar menggunakan bateri yang lebih kecil, yang s meningkatkan kemampuan pemilikan dan mematuhi undang-undang pelepasan karbon.
Dikhabarkan, eRE dan eRE+ yang dibangunkan oleh ZF membantu menangani pelbagai halangan dalam penerimaan EV, sekali gus menjadikan pemanduan elektrik lebih praktikal dan menarik. Sistem ini sebenarnya mampu mengurangkan kebimbangan mengenai jarak pemanduan (range anxiety).
“Walaupun jarak pemanduan sepenuhnya elektrik bagi kereta penumpang secara purata adalah sekitar 500km, kebimbangan mengenai jarak pemanduan masih mempengaruhi kebanyakan pembeli ketika memilih kenderaan baharu mereka,” ujar ZF.
Hakikatnya, sistem eRE dan eRE+ direka bentuk untuk menyokong pelbagai seni bina kenderaan dengan lebih baik. Ia juga menjanjikan penyelesaian yang ideal untuk kawasan yang mempunyai infrastruktur pengecasan yang terhad atau kurang.
ZF menyatakan bahawa mereka akan memulakan pengeluaran besar-besaran bagi kedua-dua sistem eRE dan eRE+ bermula tahun hadapan (2026). Pada masa yang sama, syarikat itu turut menekankan komitmennya terhadap mobiliti lestari melalui pengenalan sistem range extender baharu ini.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP9835
SELANGOR
BSN3135
JOHOR
JYT1162
PULAU PINANG
PSA4734
PERAK
APF8776
PAHANG
CFF7235
KEDAH
KGE7243
NEGERI SEMBILAN
NEJ7488
KOTA KINABALU
SJQ7491
KUCHING
QAB3989N
Terakhir Kemas Kini 14 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Boleh 'Layan Movie' Dalam Kereta! Apple CarPlay Bakal Sokong Penstriman Video
Kaki 'layan' movie dalam kereta, Apple membawa berita gembira buat pengguna setia iPhone dengan pengenalan fungsi tonton video dan filem melalui Apple CarPlay.
23-02-2026
AI Boleh 'Dengar' Kerosakan Enjin, WISEDRIVE Kini Di Malaysia – 20 Kali Lagi Tepat Dari Mekanik?
Membeli kereta terpakai sering kali dianggap seperti ‘bermain judi’, ada kalanya untung, ada kalanya rugi kerana dapat kereta yang bermasalah.
14-01-2026
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat
