Alpine A390 Didedah, Ada 3 Motor Elektrik, Jarak Gerak 555KM

Jenama kereta sport dari Perancis, Alpine mendedahkan crossover elektrik pertamanya, Alpine A390, baru-baru ini.
Ia sudah pun diperkenalkan dalam bentuk kereta konsep pada tahun lalu namun crossover fastback EV kini tampil dengan beberapa ciri reka bentuk daripada coupe A110 selain menampilkan konfigurasi tiga motor. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setinggi 436 hp.
Berdasarkan luarannya, model produksi A390 masih mengekalkan banyak elemen daripada konsep A390_β, dimana ia hadir dengan gabungan gaya badan crossover dan coupe fastback jenis rendah.


Sebaliknya, penampilan A390 masih kelihatan radikal, walaupun mengikut standard EV.
Selain itu, ia hadir dengan lampu LED jenis penuh di hadapan dan belakang, ada aksen segitiga pada bampar depan, garis bumbung gaya fastback, serta bahagian sisinya diinspirasikan daripada A110.


Bagi varian tertinggi A390 GTS, ia dilengkapi dengan rim 21-inci (berbanding 20-inci standard), angkup brek berwarna merah dengan jenama Alpine, lencana GTS eksklusif, dan beberapa ciri lain

Dari segi dimensi, A390 baharu ini setanding dengan crossover SUV kompak lain di pasaran.
Ia berukuran 4,615 mm panjang, 1,885 mm lebar, 1,532 mm tinggi, dan jarak roda 2,708 mm. Pesaing terdekatnya adalah Porsche Macan Electrik baharu, termasuk varian Turbo berprestasi tinggi.
Untuk makluman, ia dianggap sebagai model Alpine paling praktikal setakat ini memandangkan kabinnya agak futuristik. Malah, A390 menggabungkan fungsi dan gaya sporty, dengan pelbagai elemen teknologi moden.



Jika melihat bahagian papan pemukanyam A390 menggunakan susun atur papan pemuka yang sama seperti Renault Megane E-Tech, kerana adanya kluster instrumen digital 12.3-inci dan skrin sesentuh bersaiz 12-inci.
Walaupun reka bentuk papan pemuka berasal daripada Renault, A390 tetap memiliki sentuhan eksklusif Alpine, seperti stereng dengan logo Alpine dan suis gaya F1 untuk kawalan brek regeneratif serta pemilih mod pemanduan, bahan kemasan premium, manakala kerusi depannya jenis bucket seat yang dibaluti dengan kulit Nappa.
Antara kelengkapan lain yang ada pada model ini ialah sistem audio Devialet dengan 13 pembesar suara manakala ruang butnya adalah sebesar 532 liter.


Selain papan pemuka, A390 juga menggunakan platform AmpR Medium sama seperti Megane E-Tech, namun dinaik taraf untuk memenuhi karekteristik sportynya.


Mengenai trenkuasa, A390 dilengkapi dengan tiga motor elektrik dimana dua motor dipasang di belakang dan satu di hadapan, serta dipadankan dengan sistem Active Torque Vectoring milik Alpine.
Bagi varian biasa Alpine A390 GT, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 396hp manakala varian GTS mampu menjana kuasa sehingga 463 HP dan tork 808 Nm.
Jadi, ia adalah antara model Alpine paling berkuasa pernah dihasilkan setakat ini.

Difahamkan, A390 GTS mampu memecut 0-100 km/j dalam masa 3.9 saat sebelum mencapai had laju maksimum 220 km/j. Ia juga mempunyai fungsi "overtake" yang memberikan lonjakan kuasa selama 10 saat, dengan tempoh penyejukan 30 saat.
Semua varian A390 menerima kuasa daripada pek bateri lithium-ion berkapasiti 89-kWh. Menurut syarikat, model ini mampu memberi jarak sehingga 555 km mengikut standard WLTP.
Mengenai pengecasan,pengecasan DC mencapai maksimum 190 kW, dan terdapat juga pengecas AC 22 kW pilihan selain pengecas standard 11 kW.

Alpine A390 serba baharu dijangka akan memasuki pasaran Eropah menjelang suku keempat tahun ini, sebelum diperkenalkan ke pasaran luar termasuk AS bermula tahun 2026.
Harga rasmi masih belum didedahkan tetapi ada desas-desus mengatakan bahawa ia akan dijual sekitar £60,000 (RM344,090) untuk varian GT manakala 70,000 (RM401,438) untuk GTS, dimana harganya dilihat setara dengan Porsche Macan Electric.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC5234
SELANGOR
BSQ8072
JOHOR
JYY6413
PULAU PINANG
PSD845
PERAK
APJ2257
PAHANG
CFG7816
KEDAH
KGG5090
NEGERI SEMBILAN
NEK6521
KOTA KINABALU
SJS4175
KUCHING
QAB9871N
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja
Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!
04-06-2026
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi
Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat