ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

BEV Pertama Honda Dilancar, Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Honda Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya model kenderaan elektrik berkuasa bateri (BEV) pertamanya, Honda e:N1 ke pasaran tempatan di ibu negara, sebentar tadi. 

Honda e:N1 yang dinantikan selama ini dijual pada harga RM149,900.

Bagi yang tidak tahu, e:N1 merupakan BEV pintar dan sofistikated yang direka berasaskan falsafah 'human-centric' Honda dan dibina berdasarkan platform pacuan roda hadapan baharu, e:N Architecture F.

WhatsApp-Image-2025-05-15-at-11.27.47-(3).jpeg

Dari segi dimensi, Honda e:N1 berukuran 4,380 mm (panjang), 1,790 mm (lebar), 1,592 mm (tinggi) dan jarak roda pula 2,607 mm Wheelbase. Jentera comel ini cuma seberat   1,662 kilogram. 


WhatsApp-Image-2025-05-15-at-11.27.47.jpegWhatsApp-Image-2025-05-15-at-11.27.47-(1).jpeg

Menjengah bahagian luarannya, ia sebenarnya kelihatan mirip dengan Honda HrR-V namun didatangkan dengan gril jenis tertutup. Malah, e:N1 juga kelihatan lebih menyerlah dengan lampu hadapan LED penuh dan lampu belakang LED yang bergaya.

WhatsApp-Image-2025-05-15-at-11.27.47-(2).jpeg

Bagi menonjolkan identitinya sebagai  BEV baharu, ia hadir dengan logo  'H' putih yang melambangkan elektrifikasi Honda.

WhatsApp-Image-2025-05-15-at-11.38.17.jpeg

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan kluster instrumen bersaiz 10.2 inci, paparan infotainmen 15.1 inci, uphosteri kulit sintetik, paddle shifter serta didatangkan dengan lampu ambien, pad pengecas tanpa wayar dan banyak lagi.

Dari segi ciri keselamatan, Honda e:N1 dilengkapi dengan pelbagai teknologi keselamatan termasuk Maklumat Titik Buta (BSI) dengan Pemantau Trafik Silang (CTM), serta sembilan fungsi keselamatan lanjutan penuh di bawah Honda SENSING.

WhatsApp-Image-2025-05-15-at-11.27.32.jpegWhatsApp-Image-2025-05-15-at-11.27.44.jpeg

Mengenai trenkuasanya, ia dikuasakan oleh bateri lithium-ion berkapasiti 68.8kWh, e:N1 menghasilkan kuasa maksimum 150kW dan tork 310Nm.

Model Honda ini dikatakan mampu melakukan perjalanan sehingga 500 kilometer (km) (mengikut piawaian NEDC) dengan hanya sekali cas.

WhatsApp-Image-2025-05-15-at-11.37.04.jpeg

Untuk itu, ia mampu dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 7.7 saat manakala kelajuan maksimum 160 km/j.

Untuk pengecasan pula, ia menyokong pengecasan pantas DC sehingga 78kW. Ini bermakna  pengecasan dari 10 hingga 80% hanya mengambil masa kira-kira 45 minit.

Buat masa ini, Honda Malaysia sudah melantuk  lapan pengedar  iaitu Accord Auto, HZN Cars dan Tiong Nam Motor di Selangor, Peringgit Sri Motor di Kuala Lumpur, Ban Hoe Seng Auto di Perak, Vivahill Auto di Pulau Pinang, Ban Lee Heng Motor di Negeri Sembilan serta Kah Motor Co di Tebrau, Johor.

Bagi yang berminat dengan model ini, ia hadir dengan Pakej Honda Insurance Plus (HiP EV) yang mana ia menawarkan Manfaat EV Tambahan.

Ini termasuk perlindungan terhadap kerosakan atau kecederaan semasa menggunakan pengecas EV awam, perlindungan pengecas dinding EV rumah daripada kebakaran, kilat, kecurian atau bencana alam, dan perlindungan terhadap kehilangan atau kerosakan kabel pengecas mudah alih.

Tidak ketinggalan, menerusi pakej berkenaan, ia turut menawarkan  perlindungan liabiliti peribadi bagi kecederaan tubuh badan atau kerosakan harta pihak ketiga yang berpunca daripada penggunaan pengecas dinding EV rumah.

Bagi yang berminat, Honda e:N1 hadir dalam  warna luaran iaitu Aqua Topaz Metallic, Urban Gray Pearl dan Platinum White Pearl, manakala bahagian dalaman turut hadir dua pilihan warna; Gray serta Black.

Lebih menarik ia ditawarkan dengan jaminan selama 8 tahun atau 160,000 KM jarak perbatuan. 

Sehubungan itu, layari laman web hondamalaysia.com untuk keterangan lanjut.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4081

SELANGOR

BSU4704

JOHOR

JF9167J

PULAU PINANG

PSG5134

PERAK

APM3341

PAHANG

CFJ1512

KEDAH

KGJ5019

NEGERI SEMBILAN

NEM3179

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

24-07-2026
Kereta Baru

11-06-2026
Kereta Baru

03-03-2026
Berita Auto

10-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Berita Auto

19-12-2025
Berita Auto

04-12-2025
Kereta Baru

24-11-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.