- Berita
- Berita Auto
- Bilik Pameran Baharu: Brabus Buka Bilik Pameran Di KL, 1 Daripada 25 Porsche Brabus 900 Rocket R Ditunjuk
Bilik Pameran Baharu: Brabus Buka Bilik Pameran Di KL, 1 Daripada 25 Porsche Brabus 900 Rocket R Ditunjuk


Brabus baru sahaja membuka bilik pameran baharu di Pusat Beli-Belah Hamawangsa Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur, semalam.
Ia dikendalikan oleh pembekal alat ganti tempatan, Nazamax Sdn Bhd. Fasiliti baharu ini turut menampilkan salah satu model edisi terhad terbaharu iaitu Porsche Brabus 900 Rocket R.

Untuk makluman, Porsche Brabus 900 Rocket R diasaskan berdasarkan Porsche 911 Turbo S generasi 992.
Model ini dikhabarkan mampu menghamburkan kuasa setakat 900 PS (662 kW atau 888 hp) dan tork sehingga 1,000 Nm, kerana menggunakan enjin 3.8 liter yang dipertingkat dengan pengecas turbo kembar berprestasi tinggi.


Untuk itu, model ini mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 2.5 saat, manakala pecutan dari 0-200 km/j boleh dicapai masa 7.2 saat sebelum mencapai had elektronik pada 340 km/j.


Bagi menyokong trenkuasa yang ekstrem ini, 900 Rocket R turut menerima beberapa penambahbaikan termasuk bahagian prestasinya.
Ia dilengkapi dengan kit badan gentian karbon Brabus Widestar rekaan khas yang menampilkan peresap belakang agresif, spoiler hadapan yang lebih menonjol, spoiler belakang, dan banyak lagi.
Selain itu, 900 Rocket R juga dipasang dengan rim istimewa Brabus Monoblock P "Edisi Platinum" bersaiz 21/22 inci dengan kemasan gentian karbon, serta hadir denan tayar Continental SportContact 7 khusus untuk menawarkan kawalan cengkaman yang cukup baik.


Sentuhan Brabus turut meliputi bahagian dalaman 900 Rocket R, di mana tempat duduk pemandunya jenis bucket serta hadir dengan ukiran logo Brabus, serta corak jahitan unik “Ellipse” yang meliputi seluruh bahagian kabin.
Terdapat juga konsol tengah, bahagian pintu bersalut dengan gentian karbon, pad pedal aluminium anod, dan pelbagai elemen eksklusif lain.
Selain penampilan mewah, apa yang menjadikan Porsche Brabus 900 Rocket R ini begitu istimewa ialah hanya terdapat 25 unit yang dihasilkan di seluruh dunia.
Lebih mengagumkan, ini satu-satunya unit yang didapati di Malaysia, dan ia juga merupakan satu-satunya versi pacuan kanan (RHD) model 900 Rocket R di dunia sekali gus menjadikannya model satu-dengan-satu yang benar-benar unik.

Seperti dijangka, model 900 Rocket R versi RHD ini telah pun ditempah. Harganya mencecah €649,900 (sekitar RM3.11 juta) dan harganya itu dilihat cukup berbaloi dan munasabah dengan bahagian luarannya yang cukup sporty serta hamburan kuasanya yang cukup mantap.


Selain model 900 Rocket R yang eksklusif ini, bilik pameran Brabus Kuala Lumpur turut menawarkan pelbagai pakej naik taraf dan alat ganti Brabus untuk pelbagai model, termasuk dari A-Class generasi W117 hinggalah S-Class W223 dan juga model G-Class.
Tidak ketinggalan, Brabus Kuala Lumpur juga bekerjasama dengan smart Malaysia (PRO-NET) ketika mendedahkan edisi terhad smart #1 Brabus sempena Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang diadakan baru-baru ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VSA8652
SELANGOR
BSV3534
JOHOR
JH9503J
PULAU PINANG
PSH6158
PERAK
APN2791
PAHANG
CFJ4872
KEDAH
KGJ9561
NEGERI SEMBILAN
NEM6948
KOTA KINABALU
SJV3290
KUCHING
QAB1027Q
Terakhir Kemas Kini 25 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
JETOUR Malaysia Pasang Lebih 10,000 Unit CKD, Mula Eksport Dashing
Lebih 10,000 unit dipasang di Malaysia! JETOUR kini mula mengeksport model Dashing dan menyasarkan 7,000 unit ke pasaran luar menjelang 2027.
24-11-2026
Bina Tol Atasi Kesesakan Lebuhraya Persekutuan
KKR teliti bina lebuh raya bertol atasi kesesakan di Lebuhraya Persekutuan.
24-11-2026
27,734 Kompaun Dibatalkan! Ini Nasib Sebenar Sistem Kamera ANPR di Pulau Pinang
Sistem ANPR tidak menjadi di Pulau Pinang.
24-11-2026
MITI, Pekema Teroka Eksport Kenderaan Terpakai
PEKEMA merancang untuk meneroka pasaran eksport kenderaan terpakai ke Bangladesh dan Pakistan.
23-11-2026
Ramalan Banjir Kelantan: Jeli, Pasir Mas, Tanah Merah Antara Risiko Banjir
Empat daerah antara berisiko banjir sepanjang minggu ini.
23-11-2026
Zeekr Lounge X Park Sunway Serene Dibuka, Pengecas 480kW, RM 1.20/kWh
Zeekr Lounge Dibuka Di PJ: Cas EV 480kW Hanya RM1.20/kWh.
23-11-2026
Nak Mansuh Tol Sukar Sebab Perlukan RM400 Bilion
: Kerajaan memerlukan kira-kira RM400 bilion sekiranya mahu mengambil alih semua lebuh raya bertol di negara ini .
23-11-2026
10 Unit Pertama GWM ORA 5 Hi2 HEV Diserah, GWM Rawang Dibuka
GWM ORA 5 Hi2 HEV Mula Diserah, Jarak 1,100 km RM106.8k.
23-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge