ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Dilancar: Golf GTI Black Edition - Harga Bermula Dari RM247, 512

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) memperkenalkan Golf GTI Black Edition ke pasaran tempatan. Ia dijual p pada harga RM258,990 (termasuk Volkswagen Assurance Package atau VAP).

Sebaliknya model ini kini ditawarkan dengan penjimatan pengenalan sebanyak RM15,000, menjadikan harganya hanya RM243,990.

Black Edition  adalah model lagenda GTI, dimana ia dicipta khas untuk peminat sejati mahukan keseronokan memandu serta gaya tarikan yang ringkas. 

image.pngimage.png

Menjengah bahagian luarannya, ia hadir dengan penutup hab dinamik GTI dengan logo dalam kedudukan yang sentiasa menegak, ada penutup injap GTI dan rim aloi 18” Richmond berwarna hitam.

Selain itu, tertera logo  ‘BLACK’ pada tiang-B, bersama kemasan hitam pada lip hadapan, diffuser belakang, skirting sisi dan cermin sisi.

Menjengah bahagian kabinnya, ia hadir dengan perakam trafik  Volkswagen Universal 2.0 (UTR2.0) pada bahagian hadapan dan belakang. Ia menetapkan penanda aras baharu dalam rakaman video dalam kereta dengan penderia imej pada waktu malam Sony "Starvis" binaan dalam yang berkuasa. 

image.pngimage.png

Ia dikatakan mampu merakam video 2x QHD yang sangat jelas walaupun pada kelajuan tinggi dan dalam keadaan cahaya malap, bersama ketepatan warna yang semula jadi. 

Perakam UTR2.0 turut menawarkan teknologi pemampatan video canggih yang mengekalkan kualiti video selain  menggunakan ruang storan minimum.

Terdapat juga elemen kargo dengan pelekat velcro direka untuk memastikan barangan pelbagai bentuk dan saiz kekal stabil tetap di atas lantai ruang kargo.

image.png

Aksesori-aksesori eksklusif lain termasulah karpet lantai Black Edition, serta aksesori seperti kotak pemilik Black Edition eksklusif yang mengandungi pemegang kunci Volkswagen dan Sijil Ketulenan bagi mengesahkan keistimewaannya.

Bagi yang berminat, GTI Black Edition ditawarkan dalam dua pilihan warna luaran yang menarik — Deep Black (hitam) atau Kings Red (merah).

Golf GTI Black Edition turut didatangkan dengan penyelenggaraan percuma selama 7 tahun, serta jaminan tanpa had perbatuan dan bantuan tepi jalan percuma selama 5 tahun – sebagai sebahagian daripada Volkswagen Assurance Package (VAP).

image.png

Ia akan membuat penampilan pertama secara terbuka di Malaysia Autoshow 2025 yang akan berlangsung di MAEPS Serdang dari 9 Mei hingga 15 Mei 2025.

Tempahan boleh dibuat di mana-mana pengedar sah Volkswagen.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRG6453

SELANGOR

BSR7134

JOHOR

JA5126J

PULAU PINANG

PSD9385

PERAK

APJ9590

PAHANG

CFH2063

KEDAH

KGH1744

NEGERI SEMBILAN

NEK9670

KOTA KINABALU

SJT1553

KUCHING

QAB2251P

Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

05-11-2025
Kereta Baru

05-11-2025
Global

23-06-2025
Berita Auto

27-08-2024
Berita Auto

05-08-2024
Global

26-06-2024
Global

24-05-2024
Global

27-10-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Kini Dibuka Untuk Tempahan Di Malaysia, Anggaran Harga Bermula RM125,000

OMODA | JAECOO Kini Jenama Ke-5 Terlaris Di Malaysia, Tempahan Jaecoo J5 EV sudah dibuka.

18-07-2026
Kereta Baru

BMW M3 Touring Kini Di Malaysia – Wagon Paling Ganas Cetus Sejarah, Harga Bermula RM898k

Ruang But 1,510L, Pecut 3.6 Saat! BMW M3 Touring Rasmi Mendarat Di Malaysia.

16-07-2026
Kereta Baru

Raja Litar Sepang Baharu? BMW M2 CS Tiba Di Malaysia Dengan DNA Jentera Lumba GT3

Seni Pembinaan Ringan: Bagaimana BMW M2 CS Baharu Memotong 30kg Untuk Prestasi Maksimum.

16-07-2026
Kereta Baru

DENZA Z9GT Dilancarkan: EV Mewah Yang Boleh Cas 5 Minit Sahaja? Ini Faktanya

EV Paling Laju Cas Kini Di Malaysia! DENZA Z9GT Boleh Cas 10%-70% Dalam 5 Minit Sahaja.

15-07-2026
Kereta Baru

Volkswagen Tayron Dilancar – SUV 7 Tempat Duduk CKD Pekan, Harga Bermula RM189k

Gergasi Baharu Di Antara Tiguan & Touareg: Volkswagen Tayron Rasmi Tiba Di Malaysia.

13-07-2026
Kereta Baru

Tempahan DENZA Z9GT Kini Dibuka Di Malaysia, Cas 5 Minit Sahaja

DENZA Z9GT Masuk Malaysia: GT Elektrik 1,156 PS, Sedia 'Tapau' 0-100 Km/J Dalam 2.7 Saat.

09-07-2026
Kereta Baru

Jaecoo J5 EV Didedah, 211 Hp, Jarak Gerak 402km

Orang ramai boleh melihat Jaecoo J5 EV di Mid Valley, KL.

09-07-2026
Kereta Baru

Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k

Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?

26-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.