ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Honda 'Patah Balik' Kepada Hibrid, Sasaran EV Dikurangkan

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-Honda-eN1-KLIMS2024-17.jpg


Honda Motor Co. mendedahkan bahawa syarikatnya kini mengurangkan sasaran bagi kenderaan elektrik (EV) ekoran ketidaktentuan pasaran global dan perubahan peraturan alam sekitar dan dasar perdagangan antarabangsa. Perkara tersebut diumumkan semasa taklimat perniagaan tahunan syarikat.


Sasaran EV Dikurangkan, Pelaburan Dipotong RM89 Bilion


Ketua Pegawai Eksekutif Honda, Toshihiro Mibe, menjelaskan bahawa pelaburan EV global syarikat kini dikurangkan daripada ¥10 trilion (RM297 bilion) kepada ¥7 trilion (RM208 bilion). 


Honda-EVPlan-2025-4.jpg


Dengan pelaburan yang dikurangkan, sasaran pengeluaran EV global Honda juga diturunkan daripada 30% kepada sekitar 20% menjelang 2030.


Baca: 200 Unit Honda e:N1 Sudah Ditempah Sejak 15 April


Strategi Baharu: 13 Model Hibrid Menjelang 2030


Sebaliknya, Honda kini memberi tumpuan kepada teknologi hibrid (HEV) sebagai jambatan utama dalam peralihan daripada enjin pembakaran dalaman kepada elektrifikasi penuh. Bermula 2027, sekurang-kurangnya 13 model hibrid generasi baharu akan diperkenalkan secara global menjelang penghujung dekad ini.


Baca: BEV Pertama Honda Dilancar, Honda e:N1 CBU, Harga Cuma RM149,9000


Platform Hibrid Baharu e:HEV Lebih Jimat dan Stabil


Honda-EVPlan-2025-1.jpg


Honda turut memperkenalkan sistem hibrid generasi baharu e:HEV yang lebih ringan, stabil dan menjanjikan penjimatan bahan api sehingga 10% berbanding sistem semasa. Selain itu, unit pacuan semua roda (AWD) baharu akan dilancarkan untuk menyokong kecekapan pemanduan yang lebih tinggi.


Honda-NextGen-eHEV-System-3.jpgHonda-NextGen-eHEV-System-12.jpg


Syarikat itu juga menyasarkan pengurangan kos lebih 30% untuk sistem hibrid generasi baharu, terutamanya dari segi pengeluaran bateri dan motor elektrik. Ini akan dicapai melalui kerjasama rapat dengan pembekal serta peningkatan kecekapan proses pengeluaran.


Fokus Kenderaan Besar di Amerika Utara


Honda-EVPlan-2025-3.jpg01-honda-0-saloon-honda-0-suv-copy.jpg


Untuk pasaran Amerika Utara, Honda merancang sistem hibrid khusus bagi kenderaan bersaiz besar. Menariknya, logo "H" baharu yang sebelum ini dikhaskan untuk EV generasi baharu akan turut digunakan pada model hibrid akan datang.


EV Tidak Diabaikan Sepenuhnya


Honda-BusinessBriefing-2025-1.jpg


CEO Honda, Toshihiro Mibe


Walaupun pelaburan dalam EV telah dikurangkan, Honda menegaskan bahawa komitmen ke arah kenderaan elektrik kekal utuh. Teknologi EV tetap dilihat sebagai kunci utama untuk mencapai matlamat karbon neutral jangka panjang syarikat.


Dengan strategi baharu ini, Honda menjangka peningkatan jualan global melebihi 3.6 juta unit menjelang 2030.

Baca: Honda Malaysia Harap Insentif Cukai Dilanjutkan Lagi

Baca: 9 Sebab Kenapa Honda City e:HEV RS Facelift Kereta Balik Kampung Terbaik

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRB1354

SELANGOR

BSQ4959

JOHOR

JYX6846

PULAU PINANG

PSC6605

PERAK

APH8479

PAHANG

CFG6591

KEDAH

KGG3241

NEGERI SEMBILAN

NEK5427

KOTA KINABALU

SJS1686

KUCHING

QAB9247N

Terakhir Kemas Kini 05 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

16-12-2022
EV

11-12-2022
EV

13-02-2026
Global

12-02-2026
Berita Auto

29-01-2026
Global

16-01-2026
Global

26-12-2025
Berita Auto

19-12-2025

Berita Terkini

EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.