ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-iCar-V27-Teaser.jpg


Selepas kemunculan sulungnya yang mencuri perhatian ramai di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), jenama di bawah Chery, iCar atau juga dikenali sebagai iCaur di Malaysia, kini mula ‘menggoda’ peminat automotif dengan imej acah SUV terbarunya, iCar V27. 


Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Pegawai Eksekutif iCar, Su Jun, menerusi platform media sosial rasminya di Weibo, yang turut berkongsi bahawa model ini juga diberikan gelaran “G-Class buatan China”.


Jentera Ranggi 


Chery-iCar-V27-Spyshot-CarNewsChina-(2).jpgChery-iCar-V27-Spyshot-CarNewsChina-(3).jpg


Model V27 itu kini sedang menjalani ujian jalan raya di China dan dijangka menjadi SUV terbesar dalam barisan produk iCar. Berdasarkan imej acah dan beberapa foto intipan, SUV ini tampil dengan rekaan berkotak dan wajah yang lasak, aura yang sama diketengahkan pada model-model iCar yang lain. 


Antara yang menonjol pada model ini ialah lampu depan LED berbentuk segi empat dengan DRL bulat, lampu belakang menegak jenis LED, kotak simpanan pada pintu but belakang dengan bukaan jenis swing-out, pelindung bawah badan berasaskan plastik dan cermin sisi bersaiz besar. 


Panjang keseluruhan jentera ini adalah lebih daripada 4.9 meter, menempatkan V27 dalam kategori SUV bersaiz besar.


Kabin Mewah & Teknologi Xiaomi?


Walaupun tiada gambar bahagian dalaman dikongsikan setakat ini, V27 dijangka menawarkan kabin mewah dan sarat dengan teknologi tinggi, sama seperti model iCar lain. Dengan kerjasama strategik antara Chery dan Xiaomi, aspek teknologi pemanduan autonomi turut dijangka menjadi antara kelebihan utama SUV ini.


Guna Trenkuasa REEV


Chery-iCar-V27-Spyshot-CarNewsChina-(1).jpg


V27 akan menggunakan sistem trenkuasa kenderaan elektrik penambah jarak (REEV) yang mana enjin pembakaran dalaman berfungsi sebagai penjana kuasa untuk motor elektrik. Menurut CEO iCar, enjin yang digunakan ialah enjin petrol 1.5 liter turbo empat silinder.


Tiada maklumat rasmi mengenai kapasiti motor elektrik dan bateri model ini, namun portal automotif CarNewsChina, melaporkan bahawa model ini mampu bergerak sejauh 200 km dengan kuasa elektrik sepenuhnya (berdasarkan piawaian CLTC), serta ditawarkan dalam versi pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD).


Antara SUV Elektrik Termahal iCar


Model V27 ini dijangka dijual pada harga antara CNY 200,000 hingga CNY 250,000 (anggaran antara RM118,000 hingga RM148,000), menjadikannya antara model iCar paling premium setakat ini.


Dengan saiznya yang besar dan spesifikasi tinggi, V27 bakal menjadi pesaing kepada SUV elektrik dalam segmen sama di pasaran China seperti Zeekr 9X dan BYD YangWang U8.

Baca: Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN8297

SELANGOR

BST4507

JOHOR

JD6041J

PULAU PINANG

PSF3293

PERAK

APL2531

PAHANG

CFH6254

KEDAH

KGH8707

NEGERI SEMBILAN

NEL6915

KOTA KINABALU

SJT9017

KUCHING

QAB5172P

Terakhir Kemas Kini 04 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

21-11-2025
Global
EV

20-05-2025
EV

20-05-2025
Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026

Berita Terkini

EV

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.