- Berita
- Berita Auto
- Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan
Pecah Rekod: MAS 2025 Catat 294,062 Pengunjung, Jana Lebih RM1.72 Bilion Potensi Jualan

Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) mencatat kehadiran pengunjung tertinggi iaitu seramai 294,062 orang sekali gus berjaya menjana potensi jualan sebanyaK RM1.72 billion menerusi 3,194 tempahan kenderaan dan 1,512 cadangan tukar beli.


Pameran yang diadakan dari 9 Mei hingga 15 Mei di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), MAS 2025 menampilkan lebih daripada 200 pempamer dan 500 kenderaan merentasi ruang pameran seluas 50,000 meter persegi.
Difahamkan, MAS 2025 mencatat peningkatan kehadiran sebanyak 31% berbanding 2024. Ini bermakna pameran kali ini memecahkan semua rekod kehadiran sebelum ini pada hari terakhir acara.


Sepanjang acara berlangsung, sebanyak 48 pelancaran dan pratonton kenderaan didedahkan manakala sebanyak 10,916 sesi pandu uji turut dilakukan di trek luar. Kenderaan berkuasa elektrik (EV, PHEV dan HEV) membentuk 51% daripada keseluruhan model yang dipamerkan.
Sementara itu, Pengerusi MARii,Datuk Dr. Aminar Rashid turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan termasuk rakan strategik seperti Perodua, Proton, Chery, Modenas, Honda dan ORS Technologies yang menyumbang kepada kejayaan acara ini.

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz turut menyifatkan , “MAS 2025 bukan sekadar tentang kereta.
" Ia sebenarnya membina jambatan antara inovasi, penglibatan awam dan transformasi industri. Dalam meneruskan usaha untuk menjadi peneraju EV dan pengeluaran kenderaan generasi baharu, kami akan terus memperkasakan setiap bahagian dalam rantaian nilai mobiliti," katanya.
Dalam pada itu, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Abdul Aziz menegaskan keselarasan acara ini dengan matlamat strategik negara:
“Sebagai pasaran automotif kedua terbesar di Asia Tenggara dan Pengerusi ASEAN tahun ini, Malaysia berada dalam kedudukan strategik untuk memimpin usaha serantau ke arah teknologi kenderaan hijau dan generasi baharu.
"Ini sejajar dengan tumpuan Malaysia dalam pembangunan garis panduan bagi menyokong pelan hala tuju EV ASEAN sebagai salah satu pencapaian dalam tahun Pengerusi ASEAN kita," ujarnya.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG4996
SELANGOR
BSR6734
JOHOR
JA4495J
PULAU PINANG
PSD8914
PERAK
APJ9285
PAHANG
CFH1907
KEDAH
KGH1527
NEGERI SEMBILAN
NEK9536
KOTA KINABALU
SJT1344
KUCHING
QAB2165P
Terakhir Kemas Kini 19 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
MAS 2025: Label NxGV Dilancarkan, Pacu Inovasi Automotif Lebih Mesra Alam
MARii secara rasmi melancarkan Skim Pelabelan Kenderaan Generasi Akan Datang (NxGV) Sukarela.
13-05-2025
MAS 2025: Jazeman Jaafar Umum Bakal Beraksi Dalam Shanghai 8 Hours
MAS 2025 turut menjadi pentas penting bagi pelumba profesional, Jazeman Jaafar, membuat pengumuman mengenai perancangannya dalam arena sukan permotoran tahun ini.
13-05-2025
MAS 2025: Nissan Kicks e-Power Impul Edition Didedahkan – Lebih Sporty
ETCM memperkenalkan Nissan Kicks e-Power dalam versi istimewa yang lebih sporty, Impul Edition.
12-05-2025
MAS 2025: Tempahan GAC M8 PHEV Dibuka – Anggaran Dari RM333K
GAC M8 PHEV dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ini yang menarik...
12-05-2025
MAS 2025: Jenama EV Terbaru, SoloEra, Pamer Tiga Motosikal - Bateri Boleh Tukar
MAS 2025 bukan sahaja dimeriahkan dengan himpunan pelbagai model empat roda baharu, tetapi turut menyaksikan kehadiran lebih sedozen jenama motosikal.
10-05-2025
MAS 2025: KINETA & Charge+ Meterai Kerjasama, Sasar Perluas Rangkaian Pengecas EV
Syarikat penyedia penyelesaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) tempatan, KINETA, mengumumkan kerjasama strategik bersama Charge+.
09-05-2025
MAS 2025: Himpunan EV Tertinggi Setakat Ini, Lebih 500 Kenderaan
Pameran automotif terbesar negara, Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), membuka tirainya hari ini dengan kehadiran pelbagai teknologi mobiliti masa depan.
09-05-2025
MAS 2025: Zeekr 7X Dipertontonkan – Daftar Minat, Dari RM182K Untuk 500 Terawal
Zeekr 7X, akhirnya diperkenalkan kepada rakyat Malaysia menerusi penampilan sulungnya di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025).
09-05-2025
Berita Terkini
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam
Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.
16-07-2026
Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya
Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.
16-07-2026
Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel
Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.
16-07-2026
Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal
Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand
15-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
