ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Beberapa foto yang tersebar di media sosial menunjukkan sebuah unit ujian Kenderaan Elektrik (EV) pertama Perodua, e.MO-II yang dipandu seorang lelaki  dikesan sedang diuji di  Lebuh Raya DUKE, Kuala Lumpur, dua hari lepas.

Berdasarkan gambar itu, kereta prototaip itu dilihat penuh dengan pelekat penyamaran berwarna hitam dan putih sehinggakan melitupi keempat-empat rim kenderaan berkenaan.

Malah, bahagian tempat pengecasannya, lampu depan dan bar lampu belakang juga ditutup dengan pelekat berwarna hitam.

Nampaknya, Perodua cukup berahsia dengan ketibaan model baharu mereka namun wartawan di portal-portal automotif sudah menjangkakan ia adalah e.MO-II kerana  siluet rekaan luarannya kelihatan hampir serupa dengan  model konsep Perodua eMO-II yang didedahkan  di Kuala Lumpur International Mobility Show, pada tahun lepas.

image.png

Biarpun, kami tidak dapat meneka 100% namun tingkap belakangnya yang kelihatan sedikit tajam menyebabkan ia agak sama dengan e.MO-II.

Selebihnya, ia masih menjadi misteri kerana spoiler belakang juga dipenuhi pelekat penyamaran namun sekilas pandang, ia kelihatan seperti kereta Toyota WRC tahun 1990-an. Ia membawa aura kereta lama yang agak nostalgik namun mungkin tidak disengajakan.

Selain itu, pemegang pintunya kelihatan jenis rata dan dipasang pada kedudukan yang agak tinggi iaitu sama seperti Honda HR-V. 

Untuk makluman, pada awalnya model EV ini diposisikan sebagai hatchback EV kompak yang hampir  dengan Myvi, namun Perodua kemudiannya menyatakan bahawa versi produksi akan sedikit lebih kecil, iaitu sekitar 2–3%. 

image.png

Bagaimanapun, bahagian kabinnya tidak sempat dirakam tetapi kami menjangkakan ia pasti akan kelihatan moden seperti kebanyakan EV sekarang, cuma jangan harapkan rekaannya seperti model konsep terdahulu yang menampilkan susun atur minimalis tetapi futuristik.

Perodua juga sebelum ini telah mendedahkan sasaran prestasi awal, di mana ia memberi bayangan bahawa konsep tersebut dilengkapi dengan bateri LFP 50-kWh daripada CATL, yang mampu mencapai jarak sehingga 410 KM selain beupaya memecut dari  0–100 km/j dalam sekitar 6–7 saat.

Biarpun, kebanyakan komponen masih diimport, Perodua bercadang untuk melaksanakan beberapa proses pemasangan secara tempatan apabila kenderaan tersebut mula memasuki fasa pengeluaran. Model pengeluaran itu juga akan menggunakan nama yang berbeza nanti.

Dalam satu majlis makan malam yang dianjurkan oleh Perodua, Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad mengesahkan EV mereka akan didatangkan tanpa bateri.

image.png

Namun ini tidak bermakna, EV Perodua tidak didatangkan bateri tetapi Perodua tampil dengan konsep yang cukup berbeza memandangkan Perodua akan melaksanakan Skim Pajakan Bateri secara pajakan atau leasing.

Di sebalik idea ini, PERODUA adalah syarikat pertama di Malaysia yang hadir dengan konsep yang cukup berbeza dengan menjual EV pada harga sekitar RM80,000 dan si pembeli pula dikehendaki menyewa bateri secara berasingan.

Langkah ini dilihat bertujuan untuk menangani kebimbangan para pembeli terutamanya dari segi  masalah penurunan prestasi bateri (battery degradation). 

Apa yang cukup menarik ialah apabila bateri mengalami masalah, bateri akan ditukar secara percuma.

image.pngimage.png

Pendek kata, ia seolah-olah para pembeli diberi waranti untuk semur hidup!

Buat masa ini, kelibat unit pandu uji ini sebenarnya menambahkan lagi pelbagai persoalan. Ini kerana walaupun beberapa ciri kereta  konsep ini mungkin dikekalkan, namun kereta pengeluaran akhirnya ini masih belum terungkai.

image.png

Apa yang pasti, PERODUA akan mendedahkan lagi butiran lanjut e.MO-II pada  Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) yang akan diadakan pada 8 Mei ini di MAEPS, Selangor.




Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRY4932

SELANGOR

BSV1291

JOHOR

JH4269J

PULAU PINANG

PSH4100

PERAK

APM9606

PAHANG

CFJ4103

KEDAH

KGJ8192

NEGERI SEMBILAN

NEM5907

KOTA KINABALU

SJV1860

KUCHING

QAB216Q

Terakhir Kemas Kini 14 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

14-10-2026
Berita Auto

12-10-2026
Kereta Baru

01-10-2026
Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026

Berita Terkini

EV

BYD Flash Charging Bakal Dilancar

Flash Charging Bakal Dilancar, Denza Perkemas OTA untuk DENZA Z9GT.

13-11-2026
EV

Proton e.MAS Laku Deras, 35,000 Unit Terjual Dalam 10 Bulan

Pencapaian ini menunjukkan peningkatan ketara berbanding jumlah jualan sepanjang tahun 2025.

12-11-2026
EV

EV Redah Banjir: Adakah Bateri EV Kalis Air?

Bolehkah EV redah banjir? Ketahui bagaimana air banjir menjejaskan bateri kereta elektrik, apakah kerosakan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan oleh pemilik EV di Malaysia.

10-11-2026
EV

Insurans Banjir Kereta: Kenapa EV Lebih Selamat Daripada ICE?

Kerugian EV Akibat Banjir Lebih Rendah, PIAM Dedah Angka Sebenar.

06-11-2026
EV

Jangan Risau Balik Pantai Timur! Kelantan Mahu Perluas Pengecas EV Di Lokasi Strategik

200 Petak Pengecasan Menjelang 2030: Mampukah Kelantan Atasi Jurang Infrastruktur EV?

04-11-2026
EV

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.