ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Lesen Memandu Fizikal Kini Berwajah Baharu, Tapi Hanya Untuk Pemohon Yang Mahu Ke Luar Negara

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Lesen memandu fizikal kini berwajah baharu kerana ia  dilengkapi dengan ciri keselamatan yang dipertingkatkan dan hanya dibenarkan untuk pemohon kategori warganegara yang akan ke luar negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, kad LMM terkini itu telah diedarkan secara berperingkat di seluruh negara bermula hari semalam.

"Versi terkini ini berupaya mencegah unsur pengubahsuaian dan pemalsuan kad serta mempunyai daya tahan penggunaan untuk tempoh maksimum 10 tahun.

image.pngimage.png

"Manakala dari aspek reka bentuk ilustrasi, LMM versi terkini mempunyai gambar latar belakang yang memaparkan Bangunan Sultan Abdul Samad dan motif abstrak gelombang pada bahagian hadapan, serta Istana Negara dan motif abstrak flora pada bahagian belakang.

"Cetakan kad LMM untuk kategori yang dibenarkan pada masa ini sudah berlangsung secara berperingkat di cawangan JPJ tertentu bagi memberi masa kepada tempoh peralihan daripada sistem kad versi sebelumnya kepada versi terkini," katanya.

Untuk makluman, pemohon biasa yang membuat pembaharuan lesen, kini hanya memperoleh lesen digital.

"Kalau pembaharuan macam biasa guna aplikasi MyJPJ. Kalau pemohon mahu keluar negara mereka boleh dapatkan lesen memandu fizikal ini.

"Kita tahu tidak semua negara menerima aplikasi MyJPJ. Hanya Singapura sudah terima tetapi ada negara yang tidak terima lesen memandu secara digital. Mereka perlu membawa lesen fizikal dan permit memandu antarabangsa (IDP) yang boleh dimohon di JPJ," katanya.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE7061

SELANGOR

BSR3555

JOHOR

JYB7823

PULAU PINANG

PSD4934

PERAK

APJ5681

PAHANG

CFG9704

KEDAH

KGG8102

NEGERI SEMBILAN

NEK8027

KOTA KINABALU

SJS8041

KUCHING

QAB1387P

Terakhir Kemas Kini 02 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

21-05-2026
Berita Auto

19-02-2026
Berita Auto

28-01-2026
Berita Auto

22-01-2026
Berita Auto

30-12-2025
Berita Auto

23-12-2025
Berita Auto

18-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.

01-07-2026
Berita Auto

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Ubah Suai Ekstrem Pasang Android Player, Honda C70 Klasik Disita JPJ

JPJ Sita Honda C70 ‘Sarat’ Aksesori Kereta, Cukai Jalan Mati Sejak 2016.

01-07-2026
Berita Auto

Minyak Turun Minggu Ini: Semak Harga Baharu RON97, RON95 & Diesel

Harga Runcit Petrol Dan Diesel Tanpa Subsidi Turun 10 Sen Bagi Tempoh 1 Julai Hingga 8 Julai 2026.

01-07-2026
Berita Auto

LRT3 Kena Serbu: 60,000 Orang Naik LRT3

Orang ramai tidak melepaskan menaiki LRT3, semalam.

01-07-2026
Berita Auto

Neolix Dapat Kebenaran MOT Uji Kenderaan Penghantaran Swapandu Di Cyberjaya

Neolix, secara rasmi mendapat lampu hijau daripada Kementerian Pengangkutan (MOT) untuk memulakan ujian jalan raya di Cyberjaya.

30-06-2026
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Cawangan Pusat 3S di Kuching

Hyundai Motor Malaysia dengan kerjasama Heng Lian Enterprise Bhd, membuka cawangan Pusat 3S Hyundai di Kuching, Sarawak baru-baru ini.

30-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.