- Berita
- Kereta Baru
- MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi
MAS 2025: Chery Tiggo 7 & Tiggo 8 CSH PHEV Didedah, Maknanya Bakal Dilancar Tak Lama Lagi

Selain Tiggo Cross yang bakal dilancarkan, Chery Malaysia turut menggunakan pentas Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) dengan sebaik mungkin.
Ini kerana pengeluar kereta dari China itu turut mempamerkan barisan model Chery Super Hybrid (CSH) iaitu Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 versi hibrid plug-in (PHEV).
Kedua-dua model PHEV ini pada asalnya adalah versi pemanduan belah kanan (RHD) bagi Tiggo 7 & 8 CSH yang telah dipamerkan di ekspo automotif Auto Shanghai 2025 bulan lalu.
Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 PHEV ini menggunakan konfigurasi PHEV CSH yang sama, iaitu dilengkapi engan enjin petrol turbo 4 silinder 1.5 liter dengan kecekapan haba sebanyak 44.5%. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 154 HP dan 220 NM.


Bahagian elektrifikasi pula terdiri daripada Transmisi Hibrid Dedikasi Tanpa Kelajuan (DHT) 3-kelajuan milik Chery sendiri, yang menggabungkan dua motor elektrik. Maka, ia mampu menghamburkan kuasa setakat 201 HP dan 310 Nm.

Gabungan keseluruhan sistem ini menghasilkan jumlah output sistem yang mengagumkan iaitu 342 HP dan 525 NM. Kesemua kuasa disalurkan secara eksklusif ke roda hadapan, sekali gus membolehkan ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 4.26 saat.
Kedua-dua model T7 dan T8 PHEV dikuasakan oleh pek bateri gaya LFP berkapasiti 18.3 kWh yang dibekalkan oleh BYD. Kedua-duaya dikatakan mampu memberikan jarak pemanduan elektrik sepenuhnya sehingga 95 km.


Digabungkan dengan tangki bahan api sebesar 60 liter, keseluruhan sistem CSH PHEV ini mampu mencapai jarak gabungan melebihi 1,200 km, dengan penggunaan bahan api gabungan hanya 1.3 liter bagi setiap 100 km.
Dakwa Chery, apabila baki bateri tinggal di bawah 25%, sistem ini masih mampu mencatat penggunaan bahan api sebanyak 4.9 liter untuk setiap 100 km.
Seperti kebanyakan model PHEV moden yang lain, kedua-dua T7 dan T8 CSH juga turut menyokong kaedah pengecasan AC dan DC, di mana pengecasan DC membolehkan pek bateri dicas dari 30% hingga 80% dalam masa hanya 19 minit. Sebagai alternatif, kedua-dua kereta ini boleh dicas penuh dalam masa 8.5 jam menggunakan pengecas soket tiga pin yang lebih perlahan.


Dari segi luaran, kedua-dua model T7 dan T8 PHEV menampilkan sedikit perubahan reka bentuk berbanding versi Pro petrol.
Kedua-duanya menerima wajah hadapan baharu dengan gril hadapan bertatahkan berlian yang diapit oleh lampu utama LED tajam dengan signatur pencahayaan baharu ala Tiggo 8 Pro.

Selain itu, T7 PHEV turut dilengkapi dengan lampu belakang LED jenis menembusi baharu yang menonjol dengan corak pencahayaan yang agak menarik, dipadankan dengan rim aloi 18 inci baharu, serta aksen bampar belakang baharu yang menggantikan reka bentuk ekzos berkembar pada Tiggo 7 Pro.
Bagi model T8 PHEV, ia kini dilengkapi dengan lampu hadapan LED baharu yang lebih langsing dan tajam, bersama dengan reka bentuk bampar depan dan gril yang sedikit diubah suai, serta rim baharu bersaiz 19 inci.
Bahagian belakang kelihatan masih sama walaupun ketiadaan empat ekzos—yang kini digantikan dengan dua ekzos samaran


Menjengah bahagian kabinnya, T7 PHEV dilihat masih menggunakan skrin kembar 12.3 inci yang sama. Satu-satunya perubahan ketara di bahagian hadapan ialah stereng baharu, yang telah dipindahkan dari J7, ditambah dengan konsol tengah yang direka bentuk semula selain terdapat mod pemanduan HEV dan EV.
Bagaimanapun, terdapat perubahan yang agak ketara untuk T8 PHEV, di mana tetapan skrin kembar telah digantikan dengan paparan terapung yang lebih besar manakala meter digital yang lebih kecil.
Sama seperti T7 PHEV, T8 PHEV juga menggunakan reka bentuk stereng J7, tetapi malangnya skrin yang lebih besar mendorong pereka Chery untuk membuang kawalan dan butang A/C.


Setakat ini, Chery secara tidak langsung telah mengesahkan bahawa kedua-dua Chery Tiggo 7 dan Tiggo 8 CSH PHEV SUV akan membuat penampilan sulungnya di Malaysia tetapi tidak seperti Tiggo Cross, belum ada tarikh yang tepat lagi.
Tetapi memandangkan rancangan kerajaan untuk memperkenalkan skim rasionalisasi subsidi petrol RON 95, ada kemungkinan T7 dan T8 CSH PHEV akan memasuki pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5435
SELANGOR
BSU3563
JOHOR
JF5471J
PULAU PINANG
PSG3466
PERAK
APM1687
PAHANG
CFJ281
KEDAH
KGJ4297
NEGERI SEMBILAN
NEM2486
KOTA KINABALU
SJU5044
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 11 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya
Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.
15-04-2026
Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5
Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.
11-10-2026
Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000
Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.
22-05-2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge