MAS 2025: Jetour VT9 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga HANYA RM118,800

Jetour Malaysia akhirnya melancarkan SUV tiga baris terbaharunya, VT9 ke pasaran tempatan sempena pameran di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) di MAEPS, Serdang, semalam.
Bagi yang tidak tahu, model ini sudah pun dipamerkan pada MAS 2024 dengan nama Jetour X70 Plus.

Bagaimanapun, ia kini dinamakan semula sebagai VT9 kerana mahu mengelakkan kekeliruan dengan model SUV Proton X70.
Sebaliknya, SUV crossover ini mengekalkan rekaan yang agak berani seperti yang pernah kita lihat sebelum ini. Dari segi dimensi, VT9 berukuran 4,724 mm panjang dengan jarak roda 2,720 mm, lebar 1,900 mm, dan tinggi 1,720 mm.
Secara visual, Jetour VT9 menampilkan reka bentuk depan X-Face yang menjadi signatur jenama ini.


Ia hadir dengan lampu LED, serta ekzos berkembar yang sporty. Reka bentuk tradisional Cina turut memberi inspirasi kepada penampilan luaran kerana lampu nyalaan siang harinya ala-ala gaya tanglung (DRL). Tidak ketinggalan, grilnya juga menggabungkan warisan dengan gaya moden.
Untuk makluman, Jetour VT9 dikuasakan oleh enjin petrol turbo 4 silinder 1.5 liter. Untuk itu, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 156 PS dan 230 NM. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear automatik DCT 6 kelajuan yang memacu roda hadapan.
Menurut Jetour, sistem rangkaian kuasa ini telah diuji sejauh lebih 2 juta kilometer untuk memastikan kebolehpercayaan dan prestasi yang lancar.
Menjengah bahagian kabinnya,, VT9 menawarkan susun atur luas dengan 7 tempat duduk. Tempat duduk baris kedua dan ketiga boleh dilipat rata bagi membesarkan lagi ruang butnya kepada 1,680 liter.

Selain itu, pintu belakang juga jenis berkuasa . Apapun, kabinnya menampilkan sentuhan premium seperti stereng bentuk-D berbalut kulit, aksen aluminium, dan tempat duduk berpengudaraan untuk keselesaan tambahan.

Model ini juga hadir dengan paparan digital berkembar bersaiz 10.25 inci, dengan bahagian infotainmen menyokong Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar. Ini turut dilengkapi fungsi arahan suara pintar. Ciri menarik lain termasuk bumbung panoramik bersaiz besar dan pengecas tanpa wayar 50 watt.
Dari segi ciri keselamatannya, ia hadir dengan enam beg udara, paparan kamera HD 360 darjah, serta beberapa ciri bantuan pemandu seperti Pengesan Titik Buta, Amaran Lintasan Trafik Belakang, kawalan mula daki dan amaran tukar lorong.
Mengenai harga pula, varian 1.5 TCI Comfort dijual pada harga D RM118,800 manakala varian 1.5 TCI Prime pula RM123,800. Kedua-duanya hadir dengan waranti kenderaan selama 7 tahun atau 150,000 KM, dan waranti enjin 10 tahun atau 1,000,000 KM.
Selain itu, Jetour Malaysia menawarkan 800 pelanggan pertama yang membeli Jetour VT9 baharu dengan rebat tunai RM2,000, serta lima tahun servis percuma termasuk buruh dan alat ganti.
Anda boleh melihat dan membesarkan Jetour VT9 secara langsung dengan mengunjungi booth Jetour Malaysia di MAS 2025 yang terletak di Dewan A.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQT9254
SELANGOR
BSP2413
JOHOR
JYU7813
PULAU PINANG
PSB4203
PERAK
APG6432
PAHANG
CFG2182
KEDAH
KGF3184
NEGERI SEMBILAN
NEK1350
KOTA KINABALU
SJR3783
KUCHING
QAB5480N
Terakhir Kemas Kini 18 Apr, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
600 Unit Sahaja: Proton X70 Sport Edition Tiba-RM115,300
Proton X70 Sport Edition Rasmi Dilancarkan – Harga RM115,300, Produksi Terhad 600 Unit.
17-04-2026
Honda Prelude 2026 Didedahkan, Adakah Ini Mimpi Ngeri Buat Pesaing Sport Coupe?
Ikon 90-an Kembali! Honda Prelude 2026 Kini di Malaysia – Siap Sedia 'Melawan' GR86?
16-04-2026
Eksklusif: PROTON X70 Sport Edition Bakal Dilancar, Terhad 600 Unit, Penampilan Paling 'Hot' 2026
Proton X70 Sport Edition Rasmi! Rekaan Lebih Sporty, Hanya 600 Unit Dikeluarkan.
11-04-2026
Legasi Litar Kembali: MINI Malaysia Perkenalkan Model Edisi Terhad 1965 Victory & JCW GP Inspired
MINI 1965 Victory & JCW GP Inspired: Harga, Prestasi, & Segala Yang Anda Perlu Tahu.
10-04-2026
Kenapa GWM WEY G9 Hi4 PHEV Direka Untuk Hadap "Senario Terburuk"
Adakah GWM Wey G9 Hi4 PHEV, MPV paling selamat.
09-04-2026
Mitsubishi Xforce Rasmi Dilancarkan: Harga Bermula RM109k, Rebat RM5,000 & 2,600 Tempahan Direkodkan
Teka-teki mengenai harga SUV kompak paling ditunggu-tunggu tahun ini akhirnya terjawab!
08-04-2026
Ini Dia Pencabar Proton X50: Mitsubishi Xforce, Ada 2 Varian - RM109K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) akhirnya melancarkan secara rasminya Mitsubishi Xforce ke pasaran tempatan sebentar tadi.
08-04-2026
MPV Jimat Minyak, Kia Carnival 8 Tempat Duduk Boleh Jalan 900KM Dengan Hanya 1 Tangki
Kia Carnival melancarkan varian baharu lapan tempat duduk yang cukup selesa.
07-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat