MAS 2025: TQ Wuling Bingo Dipertontonkan

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) mempertontonkan model pertama yang bakal dilancarkan secara rasmi bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling), TQ Wuling Bingo.

Model ini bakal ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga kompetitf, yang disasarkan rendah daripada RM100,000, menjadikannya kenderaan elektrik (EV) paling mampu milik di pasaran. Harga ini dicapai melalui pemasangan tempatan secara (CKD) di kilang pengeluaran kenderaan TCMH di Segambut, Kuala Lumpur.
Trenkuasa TQ Wuling Bingo
Dua varian ditawarkan iaitu Long Range dan Premium Range dengan pilihan bateri 31.9 kWj yang menjanjikan jarak pemanduan sehingga 333 km dan bateri 37.9 kWj dengan jarak yang lebih tinggi iaitu 410 km, kedua-duanya berdasarkan standard CLTC.
Dari segi pengecasan, TQ Wuling Bingo menyokong pengecasan AC sehingga 3.3 kW serta pengecasan pantas DC (kadar belum diumumkan), di mana pengecasan 30% hingga 80% dikatakan boleh dicapai dalam masa sekitar 35 minit.
Kedua-dua varian dilengkapi motor elektrik yang sama yang dipasang di hadapan, menjana kuasa 68 ps dan 150 Nm.
Rekaan TQ Wuling Bingo




Dari segi ukuran, model ini lebih besar daripada pesaingnya, BYD Seagull dengan ukuran keseluruhan 3,950 mm panjang, 1,708 mm lebar, dan 1,580 mm tinggi dan jarak roda sepanjang 2,560 mm. Ukuran comelnya, membuatkannya sesuai untuk pengguna EV muda atau wanita yang menginginkan sebuah kereta yang mudah untuk dikendalikan seperti Perodua Axia.
Kelengkapan TQ Wuling Bingo



Dari segi kelengkapan, antara yang ditawarkan termasuk paparan digital berkembar bersaiz 10.25 inci, lampu hadapan dan belakang LED, upholsteri kulit sintetik berlubang, rim aloi 15 inci, tempat duduk pemandu boleh laras secara automatik, keyless entry, penyaman udara automatik, dua beg udara hadapan, sistem brek ABS dan EBD serta brek parkir elektronik (EPB)
Pelancaran

Buat masa ini, TCMH masih belum mendedahkan tarikh pelancarannya. Sebaik ia dilancarkan nanti, TQ Wuling Bingo bakal memberikan saingan yang sengit kepada EV kompak lain yang dijangka akan dilancarkan di negara kita tidak lama lagi iaitu Proton e.MAS 5 dan EV Perodua, yang mana kesemua model ini dipertontonkan di Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung di MAEPS, Serdang bermula 9-15 Mei.
Baca: EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC7298
SELANGOR
BSQ8606
JOHOR
JYY8209
PULAU PINANG
PSD1520
PERAK
APJ2690
PAHANG
CFG7951
KEDAH
KGG5423
NEGERI SEMBILAN
NEK6708
KOTA KINABALU
SJS4392
KUCHING
QAB152P
Terakhir Kemas Kini 22 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?
Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!
22-06-2026
Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda
PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.
19-06-2026
Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499
Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!
15-06-2026
KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh
EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.
15-06-2026
KLIMS 2026: Perodua Cipta Kejutan, Dedah Kereta Konsep EV ‘C2’
:Perodua C2 Gegarkan KLIMS 2026!
11-06-2026
Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia
Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.
10-06-2026
Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall
Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.
10-06-2026
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?
Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?
04-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat