ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Mazda-CATL Sasar Hasilkan EV Baharu Dengan Pantas, Selamat

Sofea Najmi

Kongsi melalui

thumb-(5).jpg


Mazda Motor Corporation mengumumkan kerjasama dengan pengeluar bateri terkemuka China, Contemporary Amperex Technology Co., Ltd. (CATL). Perjanjian ini dimeterai menerusi usaha sama Changan Mazda di China, dengan fokus utama untuk membangunkan kenderaan elektrik (EV) generasi baharu berasaskan platform skateboard cell-to-chassis (CIIC) milik CATL.


Apa Itu Platform CIIC?


Diperkenalkan pada Disember tahun lalu, CIIC merupakan platform pintar yang mengasingkan struktur badan atas dan bawah kenderaan. Ini membolehkan proses rekaan dan pemasangan dilakukan dengan lebih cepat, fleksibel serta mudah disesuaikan dengan keperluan pasaran semasa.


Keupayaan ini turut memendekkan tempoh pembangunan produk serta memudahkan pengeluar untuk menaik taraf komponen kenderaan dari semasa ke semasa.


Gabungan Kepakaran


68bf82afgy1hww18f1vw7j20zk1bf45t.jpg


Menerusi gabungan teknologi bateri dan casis milik CATL serta pengalaman kejuruteraan Changan Mazda, kedua-dua syarikat menyasarkan untuk menghasilkan EV yang lebih selamat, cekap dan boleh dipercayai, bukan hanya untuk pasaran domestik China, malahan juga pasaran antarabangsa.


Mazda EZ-60: Petanda Awal EV Masa Depan


IMG-20250423-WA0249.jpgWhatsApp-Image-2025-04-23-at-12.42.05_0e5e3954.jpg


Di Shanghai Auto Show 2025 baru-baru ini, Mazda turut memperkenalkan model SUV elektrik pertamanya, EZ-60, yang dijangka akan dilancarkan di pasaran global dengan nama Mazda CX-6e. Langkah ini sejajar dengan pelan jangka panjang Mazda untuk memperkukuh kehadiran dalam pasaran EV, terutamanya di China.


Pelaburan RM6.5 Bilion & Fokus EV Menjelang 2027


Mazda juga mengumumkan komitmen pelaburan sebanyak RMB10 bilion (~RM6.55 bilion) untuk menggandakan kapasiti pengeluaran di China. Syarikat menyasarkan jualan sebanyak 300,000 unit menjelang tahun 2027, dengan 90% daripadanya terdiri daripada model EV atau hibrid.


Dua lagi model EV baharu juga dijangka akan dilancarkan menjelang 2027, dengan kilang Mazda di Nanjing memainkan peranan penting dalam aspek penyelidikan, pembangunan, pengeluaran dan eksport.


Kerjasama Pengeluar Kereta & Syarikat Bateri Satu Trend Global


Kerjasama ini mencerminkan satu trend yang semakin meluas dalam industri automotif global, di mana pengeluar kenderaan dan pembekal bateri bergabung tenaga untuk memenuhi permintaan terhadap EV yang semakin meningkat.

Sumber: CarNewsChina

Baca: Bateri PHEV Terbaru CATL Cas Super Pantas, Capai 400 KM - Bakal Digunakan Chery, SAIC Motor, Geely & GAC

Baca: Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU3970

SELANGOR

BSU4696

JOHOR

JF9061J

PULAU PINANG

PSG5048

PERAK

APM3295

PAHANG

CFJ1491

KEDAH

KGJ4933

NEGERI SEMBILAN

NEM3173

KOTA KINABALU

SJU5950

KUCHING

QAB7659P

Terakhir Kemas Kini 17 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?

Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.

27-02-2026
EV

12-02-2026
Global

29-10-2025
Kereta Baru

01-10-2025
Pandu Uji

07-09-2025
Berita Auto

23-08-2025
Global

10-07-2025
Kereta Baru

03-06-2025

Berita Terkini

EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026
EV

EV Bertambah, Pemilik EV Diingat Jaga Etika Ketika Guna Pengecasan Awam

PRO-NET menyeru semua pemilik EV di Malaysia supaya mengamalkan etika pengecasan EV yang lebih beretika di stesen pengecasan awam.

28-09-2026
EV

McDonald's, TNB Perkukuh Kerjasama Tenaga Bersih Menerusi Projek Solar, Stesen Pengecas EV

McDonald's Malaysia dan TNB Perkukuh Kerjasama untuk Percepat Peralihan Tenaga Malaysia.

21-09-2026
EV

Pusat Pengalaman Tesla Yang Ke-7 Kini Dibuka di Mid Valley

Pusat Pengalaman Tesla Di Mid Valley.

20-09-2026
EV

Perodua QV-E RM53,499 VS Proton e.MAS 5: Yang Mana Lebih Berbaloi?

Rakyat Malaysia semakin pening untuk memilih Perodua QV-E atau Proton e.MAS 5, artikel ini mungkin dapat menyelesaikan masalah anda.

17-09-2026
EV

27,403 Unit Terjual: Proton e.MAS Pegang 60% Pasaran EV Tempatan

Jenama EV No. 1: Proton e.MAS Ungguli Pasaran Kenderaan Elektrik.

16-09-2026
EV

Berapa Harga Perodua QV-E?

Perodua QV-E: Rebat RM10,000 Sempena Hari Malaysia, Harga Dari RM53,499

15-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.