ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Nissan Micra Generasi Keenam: EV Cecah 408 KM, Kembar Renault 5

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan_Micra_High_020.jpg


Nissan akhirnya memberikan nafas baharu dengan perubahan radikal terhadap model kompaknya, Micra, yang kini muncul dalam versi kenderaan elektrik (EV), dibangunkan hasil kerjasama dengan syarikat automotif Perancis, Renault. 


Jika sebelum ini Micra dilihat sebagai sebuah kereta ‘nenek-nenek’, versi baharu ini tampil lebih bergaya, moden dan berteknologi tinggi, jauh meninggalkan imej lama.


Kembar Renault 5


Nissan_Micra_High_011.jpgRenault-5-E-Tech-EV-57.JPG


Micra generasi keenam (kiri) adalah kembar kepada Renault 5 EV (kanan)


Secara asasnya, Micra baharu ini adalah ‘kembar’ kepada Renault 5 EV, dan akan turut dihasilkan di kilang Renault di Douai, Perancis. Ini menjadikan ia antara model pertama Nissan yang benar-benar memanfaatkan teknologi perkongsian platform EV dengan Renault.


Jarak Pemanduan Hingga 408 KM


Nissan_Micra_High_021.jpg


Micra EV bakal ditawarkan dalam dua konfigurasi bateri iaitu 40 kWj dan 52 kWj. Versi asas dengan bateri 40 kWj mampu menjana 120 hp (90 kW) dan tork 225 Nm, serta menawarkan jarak pemanduan sejauh 308 km berdasarkan piawaian WLTP.


Bagi varian lebih berkuasa, ia hadir dengan output 148 hp (110 kW) dan tork 245 Nm, serta jarak pemanduan mencecah 408 km, walaupun beratnya adalah lebih tinggi, pada 1,524 kg berbanding 1,400 kg untuk versi asas.


Cas 80% Dalam 30 Minit


Nissan_Micra_High_008.jpg


Menariknya, Micra EV menyokong pengecasan pantas DC 100 kW, membolehkan cas dari 15% ke 80% dalam hanya 30 minit, ciri yang pastinya dinantikan oleh pengguna EV di Eropah.


Reka Bentuk Micra EV


Nissan_Micra_High_019.jpgNissan_Micra_High_016.jpg


Walaupun berkongsi asas dengan Renault 5, Nissan memberi sentuhan berbeza dengan bonet lebih panjang, lengkungan roda lebih besar, serta identiti visual tersendiri. Pendek kata, Micra tampil lebih premium dan eksklusif berbanding kembar Perancisnya.


Kecanggihan Kabin Micra EV


Nissan_Micra_High_095.jpg


Bagaimanapun, untuk ruang kabin Micra EV, banyak mencerminkan model Renault dengan dua skrin digital bersaiz 10.25 inci, papan pemuka moden, serta bahan kemasan yang sama, namun dalam warna berbeza iaitu putih, kelabu dan hitam. 


Nissan turut melengkapkan Micra EV dengan aplikasi NissanConnect, membolehkan pengguna melihat status bateri, lokasi kenderaan, sejarah pengecasan, serta penjadualan cas dan penghawa dingin jarak jauh.


Ciri Keselamatan Micra EV


Dari segi keselamatan, sistem bantuan pemandu ProPilot ADAS akan ditawarkan, merangkumi pelbagai ciri keselamatan aktif yang memberikan keyakinan tambahan semasa memandu.


Harga Bermula Sekitar RM120K Di Eropah


Nissan_Micra_High_005.jpg


Nissan menyasarkan pelancaran Micra EV ini di pasaran Eropah pada akhir tahun 2025. Harga dijangka lebih tinggi berbanding Renault 5, yang kini bermula dari sekitar €24,900 (~RM120,000).

Baca: Inikah Nissan X-Trail Generasi Akan Datang? – Moden & Teknologi e-Power Terkini

Baca: Era Baharu Nissan: CEO Baharu, Model Baharu, Teknologi Lebih Canggih

hero-shot---rear-7_8-view-of-new-Micra-in-blue-gear-color-in-front-of-a-white-&-blue-design-architectural-building.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

27-03-2025
Global

26-03-2024
EV

18-03-2024
EV

26-09-2023
EV

27-07-2023
EV

06-04-2023
EV

29-03-2023
Teknologi

09-03-2023

Berita Terkini

EV

Buatan Malaysia, Tetapi Sejauh Manakah Komponen EV Sebenarnya Buatan Malaysia?

EV yang dipasang di dalam negara (CKD) di Malaysia dilaporkan hanya mempunyai 20% hingga 30% kandungan tempatan. Ini sebabnya pembekal tempatan menghadapi cabaran sejajar dengan perkembangan pemasangan EV...

03-11-2026
EV

Tidak Perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah - MPS

Prosedur EVSB, tidak perlu PSP, SP Untuk Pasang Pengecas EV Di Rumah Jika Sebarang Pengubahsuaian.

02-11-2026
EV

Ingat Murah? Kos Sebenar Permit & Pemasangan Pengecas EV Rumah Di Selayang Boleh Cecah RM15k

Senarai semak permit pengecas EV rumah di Selayang meliputi kediaman bertanah. Lihat caj majlis sebanyak RM105, dokumen yang diperlukan dan anggaran kos pemasangan yang dilaporkan.

30-10-2026
EV

Tesla Cybercab: Robotaxi Tanpa Stereng Ke Malaysia?

Tesla Cybercab Dipamerkan di Malaysia, Apa Seterusnya?

29-10-2026
EV

Cybercab Singgah Malaysia

Adakah Cybercab akan dilancarkan di Malaysia?

29-10-2026
EV

Tesla V2L Malaysia: Model 3 Terbaharu & Tempahan Roadster

Harga Tesla Model 3 Baharu & Cara Tempah Roadster Malaysia

18-10-2026
EV

ChargeSini Pasang Pengecas Pantas DC 120kW Baharu di Atria

ChargeSini Pasang Satu Lagi Pengecas Pantas DC 120kW Di Atria.

16-10-2026
EV

EV No. 1: Proton e.MAS Jual 32,000 EV Dalam 9 Bulan

Ini Sebab Proton e.MAS 5 Jadi Pilihan Utama.

12-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.