Pendaftaran Minat Zeekr 7X Dibuka – Kemunculan Rasmi Di Malaysia Autoshow 2025
![]()
SUV elektrik terbaru China, Zeekr 7X, bakal membuat kemunculan sulung di Malaysia sempena Malaysia Autoshow 2025 yang berlangsung dari 9 hingga 15 Mei ini. Walaupun pelancaran rasmi dijangka pada suku ketiga tahun ini, orang ramai boleh mula mendaftarkan minat mereka ketika pameran berlangsung.
Menariknya, Zeekr Malaysia menawarkan tiket masuk percuma ke Autoshow. Hanya perlu singgah ke Zeekr Space di IOI Mall Puchong untuk menebus tiket, selagi stok masih ada.
Spesifikasi Zeekr 7X

Zeekr 7X merupakan model ketiga yang dibawa masuk ke Malaysia oleh pengedar rasmi, Preeminent Auto Sdn Bhd. Ia akan bersaing secara langsung dengan model seperti XPeng G6, BYD Sealion 7 dan Tesla Model Y. Dengan ukuran 4,825 mm panjang, 1,930 mm lebar, 1,666 mm tinggi serta jarak roda 2,925 mm, saiznya hampir sama dengan model pesaingnya.
Dua varian ditawarkan di pasaran global termasuk pacuan roda belakang (RWD) dan pacuan semua roda (AWD). Varian RWD menjanjikan kuasa setinggi 416 hp/440 Nm, dengan masa pecutan 0-100 km/j hanya 6 saat. Sementara itu, varian AWD pula mencapai 630 hp/710 Nm dengan masa pecutan 0-100 km/j sepantas 3.8 saat.

Dari segi bateri, model RWD ditawarkan dalam versi bateri LFP ‘Golden Brick’ berkapasiti 75 kWj 480 km dan NMC Qilin CATL-Geely 100 kWj 615 km, berdasarkan WLTP. Varian tertinggi, AWD pula hanya didadangkan dalam versi bateri 100 kWj dengan jarak 543 km (WLTP).



Dibangunkan dengan platform PMA2+ bersama binaan elektrikal 800V, menggunakan pengecas DC 360 kW, masa yang diambil untuk dicas dari 10%-80% hanya sekitar 10.5 ke 15 minit, bergantung kepada kapasiti bateri. Input tertinggi bagi pengecas AC pula mencecah 22 kW.
Harga di Malaysia Masih Dirahsiakan
Di pasaran China, Zeekr 7X dijual pada harga bermula CNY 229,900 (~RM140,700). Harga rasmi di Malaysia belum diumumkan, namun dijangka mampu bersaing dengan Tesla Model Y yang kini bermula dari RM195,450.
Baca: Apa Yang Menarik Di Malaysia Autoshow 2025 Pada 9-15 Mei Nanti?
Baca: SUV Elektrik Zeekr 7X Bakal Dilancarkan Suku Ke-3 2025 - Cas Sepantas 10.5 Minit!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRF7809
SELANGOR
BSR5442
JOHOR
JA1337J
PULAU PINANG
PSD7184
PERAK
APJ7691
PAHANG
CFH1442
KEDAH
KGH308
NEGERI SEMBILAN
NEK8945
KOTA KINABALU
SJT426
KUCHING
QAB1845P
Terakhir Kemas Kini 14 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Zeekr Malaysia Lantik 3 Pengedar Baharu, Bakal Ada 18 Cawangan Akhir Tahun Nanti
Kekal Jenama EV Premium No. 1, Zeekr Malaysia Kini Perluas Rangkaian Bilik Pameran & Pusat 3S.
13-07-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
KLIMS 2026: Seteru 'Rolls-Royce' Dari China Sah Tiba Di Malaysia, Zeekr 9X Bakal Gegarkan KLIMS 2026
Seteru Rolls-Royce versi 'Mampu Milik'? Zeekr 9X bakal didedahkan di KLIMS 2026.
09-06-2026
Zeekr Malaysia Anjur Acara 'Zeekr Dynamic', Himpun Hampir 500 Pemilik Zeekr
Zeekr Dynamic: Himpunan Pemilik Zeekr Serantau Uji Keupayaan EV di SIC!
03-06-2026
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia
Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!
19-05-2026
"Kereta Yang Solid!" – Lee Chong Wei Pilih Zeekr 7X Sebagai EV Baharunya
Jenama EV premium, Zeekr Malaysia, baru-baru ini menyerahkan unit Zeekr 7X kepada ikon sukan negara, Datuk Seri Dr. Lee Chong Wei.
02-03-2026
Zeekr Malaysia Bakal Dominasi 2026? 3 Model Baharu, SUV 1,400 HP, CKD
Zeekr Malaysia mengesahkan rancangannya untuk melancarkan tiga model baharu sepanjang tahun 2026.
13-02-2026
Berita Terkini
Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan
Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.
10-07-2026
Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia
Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.
02-07-2026
Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?
Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.
01-07-2026
Tesla Kekal Murah Walaupun Syarat Baharu MITI Mulai Julai Ini?
Kenapa harga Tesla masih kekal?
01-07-2026
Daripada C2 ke Perodua Situ, Ini Dia Lakaran 'Perodua Situ' Muncul Sempurnakan Impian EV Generasi Alpha
Pakar manipulasi tampil dengan rekaan terbaharunya, Perodua Situ.
30-06-2026
Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026
Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.
29-06-2026
Volvo Car Malaysia Perkenal Volvo Wallbox Baharu, Pengecasan Pintar 11 kW -RM3,990
Volvo Car Malaysia Lancar Wallbox Pintar Baharu.
29-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat