Perodua Myvi & Yamaha 135LC Paling Kerap Kemalangan Tahun 2024

Perodua Myvi catat jumlah tuntutan insurans tertinggi pada tahun 2024
Dua model kenderaan paling popular di jalan raya Malaysia, Perodua Myvi dan motosikal Yamaha 135LC, mencatatkan jumlah tuntutan insurans tertinggi akibat kemalangan sepanjang tahun 2024, lapor New Straits Times.
Perodua Myvi 'Ungguli' Carta

Senarai kenderaan dengan jumlah tuntutan insurans tertinggi tahun lalu (Sumber: New Straits Times/Aliza Shah, Iylia Marsya Iskandar)
Menurut Penyelaras Vehicle Theft Reduction Council (VTREC), Mas Tina Abdul Hamid, data industri insurans menunjukkan bahawa sebanyak 24,628 tuntutan kemalangan melibatkan Perodua Myvi telah direkodkan. Ini diikuti oleh Proton Saga dengan 16,159 tuntutan dan Honda City di tempat ketiga dengan 13,388 tuntutan.
Yamaha 135LC Teratas Dalam Kategori Motosikal

Bagi kategori motosikal, Yamaha 135LC merekodkan hampir 3,000 kes kemalangan, menjadikannya model paling tinggi terlibat dalam insiden jalan raya.
Di tempat kedua ialah Yamaha Y15ZR dengan 2,154 kes, sekali gus menjadikan kedua-dua model ini menyumbangkan sekitar 30% daripada jumlah keseluruhan kemalangan motosikal sepanjang tahun lalu.
Lebih 266,000 Kes Kemalangan Dicatatkan
Mas Tina turut memaklumkan bahawa sebanyak 266,716 kes kemalangan jalan raya dilaporkan di seluruh negara pada 2024. Daripada jumlah tersebut 229,739 kes melibatkan kereta, 21,828 kes melibatkan kenderaan komersial dan 15,149 kes melibatkan motosikal.
Kos Kemalangan Cecah RM25 Bilion
Kemalangan jalan raya bukan hanya menjejaskan nyawa dan keselamatan pengguna, tetapi turut memberi kesan besar kepada ekonomi negara.
“Kos ekonomi akibat kemalangan jalan raya dianggarkan berjumlah RM25 bilion pada tahun 2023, merangkumi kerugian harta benda, kos perubatan dan produktiviti,” jelas Mas Tina.
Fokus VTREC: Pendidikan dan Kesedaran
Sebagai usaha mengurangkan kadar kemalangan dan kecurian kenderaan, VTREC kini giat melaksanakan pelbagai inisiatif.
“Kami terus komited dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai keselamatan jalan raya dan pencegahan kecurian menerusi program pendidikan dan kerjasama strategik bersama agensi kerajaan dan institusi pengajian,” tambahnya.
Sumber: NST
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRY5825
SELANGOR
BSV1479
JOHOR
JH4675J
PULAU PINANG
PSH4272
PERAK
APM9807
PAHANG
CFJ4176
KEDAH
KGJ8372
NEGERI SEMBILAN
NEM5997
KOTA KINABALU
SJV2037
KUCHING
QAB302Q
Terakhir Kemas Kini 16 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Gaji RM1,700 Kereta Apa Yang Boleh Dibeli? Ini Senarai & Kiraannya
Kereta Apa Yang Boleh Dibeli Dengan Gaji RM1,700.
28-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Pemandu,Penumpang Myvi Lari Masuk Ladang Sawit Selepas Kemalangan Maut
Seorang penunggang motosikal maut manakala pemandu dan penumpang Perodua Myvi melarikan diri ke ladang kelapa sawit selepas terlibat dalam nahas tiga kenderaan.
15-09-2026
Tuah 'Download' P-Circle, Pelajar UiTM Menang Perodua Myvi
Tuah Menggunakan Super App P-Circle, Penuntut UiTM Dipilih Pemenang Utama Myvi 1.3G.
07-07-2026
Tawaran Terhad Jun 2026: Perodua Umum Kempen Rebat Tunai Hingga RM1,000 Untuk Model Terpilih
The King Ada Diskaun! Myvi, Bezza & Axia Kini Lebih Murah Sepanjang Jun!
09-06-2026
Tamatlah Era Myvi Lama? Perodua Myvi D01D Bakal Ubah Segalanya?
Perodua Myvi D01D: Segala Butiran Yang Kita Ketahui Setakat Ini.
17-04-2026
Proton e.MAS 5 Atau Perodua Myvi: Jangan Pening Pilih Kereta, Ini Kira-Kira Padu Untuk Kos 5 Tahun
Jangan Pening Pilih Kereta! Myvi vs Proton e.MAS 5: Mana Satu Yang Tak 'Makan' Gaji Anda Selepas 5 Tahun?
08-03-2026
Berita Terkini
LTU Dibuka, Jangan Buang Sampah
Sayangilah LTU: Simpan Sampah Dalam Kereta, Bukan Campak ke Jalan.
16-11-2026
BMW, UM Pasang Solar Guna Bateri EV BMW Terpakai
BMW, UM Melaksanakan Sistem Penyimpanan Tenaga Menggunakan Bateri Hayat Kedua Kenderaan Elektrik BMW untuk Kampung Orang Asli di Pahang.
16-11-2026
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE Sudah Muncul Di Jalan Raya
Nissan X-Trail e-POWER x e-4ORCE membuat penampilan sulung di Malaysia sebagai kereta pendahulu KLHALF Marathon 2026 sebelum pelancaran rasmi.
16-11-2026
Proton S70 Cecah 82,488 Unit, Apa Rahsia Kejayaannya?
Dari Sedan Turbo Bajet Ke 82,488 Unit: Apa Sebenarnya Buat Ramai Tukar Ke Proton S70?
16-11-2026
Auto Bavaria Balakong Raih Pensijilan BMW Retail.NEXT Lighthouse
: Pengiktirafan Global BMW Retail.NEXT Untuk Auto Bavaria Balakong.
13-11-2026
Anwar Belum Terima Letak Jawatan Anthony Loke: Kena Runding Dulu
Isu Letak Jawatan Anthony Loke Masih Belum Selesai.
13-11-2026
Selepas Ini, Senang Balik Kelantan Sebab LTU Dibuka Esok
LTU Seksyen 3J Kampung Relong Dibuka Esok, Perjalanan KL-Kelantan Lebih Lancar.
12-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

