R&D Proton Di China Percepat Pembangunan Model Baharu Proton

Pembukaan Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (PRDC) PROTON di Hangzhou Bay, China, melalui kerjasama dengan Zhejiang Geely Holding Ltd (Geely), telah melonjakkan lagi pembangunan model baharu Proton.
PRDC itu dikatakan mengamalkan sistem pembangunan produk baharu (NPDS) yang tersusun, merangkumi semua fasa penting daripada perancangan strategi produk, penetapan reka bentuk sehingga kepada penilaian akhir data (FDJ).
Jurutera Kanan di pusat tersebut, Wan Fatin Nur Amira Wan Rusli berkata, penggunaan platform dan peralatan berteknologi tinggi telah mempercepatkan pembangunan model PROTON.
“Dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, saya melihat bagaimana PRDC menyumbang kepada pembangunan generasi baharu kenderaan pintar PROTON menerusi integrasi teknologi E&E kenderaan yang canggih," katanya.

Kerjasama antara PRDC dan Geely turut menyumbang kepada pembangunan model EV pertama PROTON, Proton e.MAS 7 menerusi kemudahan makmal bateri, bangku ujian sistem janaan kuasa dan pusat pembangunan kenderaan pintar di Hangzhou Bay.
Sejak pelancarannya di Malaysia pada Disember lalu, model EV pertama PROTON telah menjadi model EV paling laris di negara ini.
Dengan memanfaatkan pengalaman PROTON dalam membangunkan kenderaan untuk pasaran Malaysia dan ASEAN, Geely turut mendapat pemahaman yang lebih baik tentang kehendak pelanggan tempatan, keadaan jalan raya serta peraturan kerajaan.
Jurutera Utama dalam Kejuruteraan Prestasi di PROTON, Muhammad Hafiz Zabidi, menjelaskan bahawa kemajuan ketara telah dicapai dalam usaha meningkatkan karekter pemanduan model-model PROTON akan datang.
Antara penambahbaikan termasuk talaan casis dan sistem suspensi yang lebih sesuai untuk jalan raya di Malaysia, sistem brek yang lebih baik, tahap bunyi, gegaran dan kekasaran (NVH) yang lebih rendah serta pengunaan minyak yang dipertingkat menerusi ujian kejuruteraan lanjutan.
Pusat R&D ini juga melakukan penanda aras dengan pesaing untuk memastikan daya saing PROTON dan menjanjikan pengalaman pemanduan yang lebih baik kepada pelanggan.
Sepanjang tahun lalu, Jurutera Kanan bersama pasukannya, Omar Farhan Omar, terlibat dalam penyelarasan kejuruteraan, pelaksanaan garis masa dan kerjasama merentas fungsi bagi memastikan projek ini mencapai tahap kesediaan untuk pengeluaran.
Mereka telah mencapai beberapa pencapaian penting dengan mengetuai usahapengesahan dalam pengurusan haba, kecekapan pengecasan dan brek regenerative, yang meningkatkan aspek keselamatan, ketahanan dan jarak perjalanan, terutamanya untuk iklim tropika Malaysia.
“Menerusi usaha ini, kami berada di landasan yang tepat untuk memperkenalkan EV yang boleh dipercayai dan berkualiti tinggi untuk penggunaASEAN,” tambahnya.


Sementara itu, Zulkifli Bin Fadzlullah, Jurutera Kanan dalam Pengujian & Pembangunan, berkata kemudahan seperti litar ujian dan bilik iklim yang digunakan PRDC memainkan peranan penting dalam proses pengujian yang menyeluruh oleh PROTON.
“Kami berhubung secara harian dengan pasukan R&D PROTON Malaysia, berkongsi pengetahuan PROTON juga memainkan peranan sebagai rakan strategik Geely dalam usaha penyesuaian teknologi dan pengembangan kehadirannya di rantau ASEAN.
Pada masa hadapan, PROTON berhasrat untuk memperkukuh pemahaman teknikal serta memperluaskan pasukan R&D di Malaysia melalui program pertukaran. Malaysia juga mengakui keperluan untuk ujian dunia sebenar yang lebih banyak.
Pusat ini dijangka memainkan peranan penting dalam mencorakkan masa depan PROTON, khususnya dalam bidang seni bina E&E dan pembangunan EV, sekali gus mengukuhkan keupayaan inovasi bebas PROTON di Malaysia.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRW5994
SELANGOR
BSU7312
JOHOR
JG6512J
PULAU PINANG
PSH748
PERAK
APM6057
PAHANG
CFJ2939
KEDAH
KGJ6538
NEGERI SEMBILAN
NEM4576
KOTA KINABALU
SJU8394
KUCHING
QAB8942P
Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Lebih 1.2 Juta Kenderaan Terjual Tahun 2022, Ini Strategi Kejayaan Chery...
Chery capai jualan lebih 100,000 unit secara berturut-turut selama lapan bulan sejak Jun 2022 termasuk Januari tahun ini.
21-02-2023
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
