Sidang Kemuncak ASEAN: 6 Lebuh Raya, 25 Jalan Utama Ditutup, Dilencongkan

Enam lebuh raya dan 25 jalan utama di sekitar ibu negara akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 yang berlangsung minggu ini.
Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata penutupan dan lencongan jalan dilakukan secara berjadual mengikut keperluan pergerakan delegasi dan tahap keselamatan.
Langkah itu, katanya, membabitkan kawalan laluan dan pergerakan konvoi delegasi dari hotel penginapan ke lokasi mesyuarat serta tempat lawatan rasmi bermula 23 hingga 28 Mei.
"Tindakan penutupan laluan akan dilaksanakan 30 minit sebelum waktu pergerakan delegasi dan dibuka semula selepas semua kenderaan rasmi tiba ke lokasi ditetapkan.


"Antara lokasi yang yang diguna dalam pergerakan ialah laluan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ke pusat bandar, penginapan rasmi, Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dan Istana Negara," katanya.
Selain itu, kawalan trafik juga membabitkan enam lebuh raya utama, iaitu Lebuhraya Maju Expressway (MEX), Lebuhraya Duta–Ulu Klang (DUKE), Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Pantai Baru (NPE), Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dan Terowong SMART.
Antara 25 jalan utama lain yang ditutup di sekitar Lembah Klang ialah Jalan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang, Jalan Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan Raja Chulan, Jalan P Ramlee, Jalan Kia Peng, Jalan Pinang, Jalan Conlay, Jalan Stonor, Jalan Perak, Jalan Tun Ismail, Jalan Kuching, Jalan Sultan Salahuddin, Jalan Damansara, Jalan Mahameru, Jalan Raja Laut, Jalan Parlimen, Jalan Travers, Jalan Bangsar, Jalan Maarof, Jalan Syed Putra, Jalan Istana, Jalan Sungai Besi dan Jalan Loke Yew.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan menggunakan laluan alternatif dan pengangkutan awam seperti Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Massa (MRT) dan Monorel bagi mengelakkan kesesakan teruk di kawasan strategik ibu kota," katanya.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Perodua Ativa AV Pink Edition: Ada 10 Unit Sahaja
Perodua Ativa Kini Hadir Dalam Warna Pink.
14-10-2026
Kontroversi Brek Honda City Varian E: Apa Yang Diberitahu Kepada Pembeli VS Apa yang Mereka Dapat
Honda City E: Brek Drum Tak Salah, Tapi Kenapa Pembeli Rasa Terpedaya?
14-10-2026
GWM Malaysia Perluas Rangkaian 3S di Johor dan Selangor
Makin Popular, GWM Tambah 2 Cawangan Baharu di Malaysia.
14-10-2026
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge