- Berita
- Berita Auto
- Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi
Proton Saga, Proton e.MAS 5 Ditayang Kepada Perdana Menteri Sebelum Pelancaran Rasmi
.jpg)
Proton Saga baharu dan Proton e.MAS 5 yang masih belum dilancarkan secara rasmi ditayangkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri China, Li Qiang, sempena Sidang Kemuncak ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Majlis ini menandakan detik bersejarah dalam hubungan jangka panjang antara Malaysia dan Republik Rakyat China,yang melambangkan komitmen bersama kedua-dua negara untuk memperkukuh kerjasama dalam pembangunan industri, inovasi teknologi dan kemajuan masa depan.
.jpg)
Malah, dua model terbaharu PROTON ini dikatakan dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, selain menunjukkan komitmen kedua-dua negara untuk memperluas kerjasama dalam industri, pemindahan teknologi, dan pembangunan modal insan bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.
Turut hadir pada majlis itu ialah ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan, Pengerusi Geely Holding Group, Eric Li Shufu, serta Pengerusi PROTON, Tan Sri Syed Faisal Albar.

Untuk makluman, Proton Saga serba baharu yang direka dan dihasilkan berasaskan platform Advanced Modular Architecture (AMA).
Ia merupakan model pertama yang direka bentuk, dibangunkan dan diuji sepenuhnya oleh tenaga kerja rakyat tempatan dengan sokongan teknikal daripada Geely.
Model ini juga memiliki hak harta intelek (Intellectual Property Rights) sepenuhnya milik PROTON , satu pencapaian penting yang mencerminkan keupayaan dan kebolehan rakyat Malaysia dalam menghasilkan kenderaan yang memenuhi piawaian antarabangsa.

Sementara itu, Proton e.MAS 5 yang direka dan dihasilkan dengan teknologi dan reka bentuk terkini daripada Geely, merupakan kenderaan elektrik mampu milik pertama Malaysia serta model kedua dalam barisan e.MAS selepas kejayaan pelancaran Proton e.MAS 7 tahun lalu.


Model ini menjadi simbol kesediaan PROTON untuk memacu peralihan negara ke arah mobiliti hijau, seiring dengan matlamat yang digariskan di bawah Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (National Energy Transition Roadmap).
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX4065
SELANGOR
BSU8520
JOHOR
JG9543J
PULAU PINANG
PSH2428
PERAK
APM7417
PAHANG
CFJ3475
KEDAH
KGJ7239
NEGERI SEMBILAN
NEM5167
KOTA KINABALU
SJV386
KUCHING
QAB9503P
Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
PM Naik Zeekr 009 Viral Sebab No Plat
PM Naik Zeekr 009 — Plat VHY 1947 Curi Tumpuan, Rupanya Ada Maksud Tersirat.
17-08-2026
Konflik Iran-AS: Kerajaan Usaha Kekalkan Harga RON95 RM1.99
Kenaikan harga minyak mentah global berikutan sekatan ke atas Selat Hormuz dijangka memberi kesan kepada negara.
02-03-2026
PM: Kerajaan Setuju Naikkan Had Kelayakan BUDI96 Kepada Sektor e-Hailingc, 800 Liter Sebulan
Kerajaan bersetuju menaikkan had kelayakan program Budi Madani (BUDI95) bagi pemandu e-hailing yang layak kepada hingga 800 liter sebulan.
04-11-2025
Malaysia Bakal Jadi Pengeluar Komponen Utama EV – Kilang Super Magnet RM600 Juta Di Kuantan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan satu pelaburan berimpak tinggi bernilai RM600 juta untuk menubuhkan sebuah kilang pengeluaran magnet berkuasa tinggi di Kuantan, Pahang
03-11-2025
Ketegangan Israel-Iran: PM Jamin Harga RON95 Tak Naik
Kerajaan tidak akan menaikkan harga minyak kerana mengambil kira kesannya kepada rakyat.
20-06-2025
Model Kereta Diterima PM Anwar Daripada Presiden Turkiye Terbongkar – Togg T10X
Hadiah Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan, kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim terbongkar. Model tersebut ialah SUV elektrik, Togg T10X.
13-02-2025
Hadiah EV Turkiye Kepada PM Akan Dipulangkan
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa EV jenama Togg yang diterima daripada Presiden Turkiye bukan milik peribadi beliau.
10-02-2025
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge
