ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Xpeng Mona M03 Dilancar Di China, Boleh Gerak 580km, Ada Turing AI ADAS

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Xpeng baru sahaja melancarkan versi tertinggi salun EV mampu miliknya,  Xpeng Mona M03 Max di China, baru-baru ini.

Berbanding dengan varian berspesifikasi rendah, Mona M03 Max menerima pelbagai penambahbaikan, termasuk sistem bantuan pemanduan Turing AI yang baharu.

Dari segi reka bentuk, Xpeng Mona M03 Max tidak menunjukkan perubahan ketara pada reka bentuk luaran berbanding model Mona M03 yang lain.

image.pngimage.png

Ini kerana ia masih mengekalkan gaya badan sedan liftback empat pintu selain sesuai dengan status spesifikasi tertingginya.

Selain itu, Mona M03 Max dilengkapi dengan bumbung kaca panorama yang lebih panjang dengan lapisan penapis UV sebanyak 99.9%, manakala penutup but belakang jenis liftback yang akan berfungsi secara  automatik.

Bagaimanapun, lebih banyak perubahan dapat dilihat apabila memasuki bahagian dalam kereta, di mana Mona M03 Max yang baharu ini hadir dengan tempat duduk hadapan yang telah dinaik taraf dan kini menawarkan sokongan lumbar. Tempat duduknya  boleh dilaraskan secara tiga hala.

image.pngimage.png

Ia sebenarnya bertujuan untuk memperbaiki postur dan mengurangkan keletihan semasa pemanduan jarak jauh. Ciri teknologi lain termasuk sistem Tianji Smart Cockpit yang menampilkan skrin infotainmen tengah terapung bersaiz 15.6 inci dengan kemas kini perisian over-the-air (OTA), sistem pengudaraan elektrik penuh gaya Xpeng G6, dan banyak lagi.

Dari segi mekanikal, Mona M03 Max baharu dibina atas seni bina Xpeng Fuyao iaitu sama seperti model standardnya, dengan motor elektrik tunggal yang dipasang di hadapan (FWD) mampu menghasilkan 215 HP (160 kW) dan 250 Nm.

Kuasa disalurkan melalui pek bateri LFP 62.2-kWh yang memberikan jarak CLTC sehingga 580 km.

Bagi pengecasan, Xpeng mendakwa Mona M03 Max boleh dicas dari 30% hingga 80% hanya dalam masa 25 minit, namun angka sebenar untuk pengecasan AC dan DC belum diumumkan buat masa ini.

Dengan pekali seretan yang sangat rendah iaitu hanya 0.194 Cd, Mona M03 Max merupakan antara sedan EV pengeluaran paling aerodinamik di pasaran.

image.pngimage.png

Seperti yang dinyatakan, Mona M03 Max yang baharu ini menggunakan sistem bantuan pemanduan Turing AI terkini daripada Xpeng yang menawarkan beberapa fungsi utama ADAS.

Tidak seperti sistem dalam model Xpeng lain, Mona M03 Max tidak menggunakan sensor LiDAR, sebaliknya bergantung kepada tujuh kamera definisi tinggi dan dua cip Nvidia Orin-X.

Di pasaran asalnya di China, Xpeng Mona M03 Max dijual pada harga  155,800 yuan (RM92,905), iaitu kira-kira 36,000  yuan (RM21,467) lebih mahal berbanding varian standard Mona M03.

image.png

Dengan model sedia ada, Xpeng mencatat jualan bulanan sekitar 15,000 unit,.

Sehubungan itu, Xpeng berharap varian baharu Mona M03 Max ini dapat membantu jenama tersebut mencapai sasaran jualan tahunan melebihi 200,000 unit untuk siri Mona pada tahun ini.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE6345

SELANGOR

BSR3403

JOHOR

JYB7420

PULAU PINANG

PSD4811

PERAK

APJ5495

PAHANG

CFG9592

KEDAH

KGG7952

NEGERI SEMBILAN

NEK7954

KOTA KINABALU

SJS7895

KUCHING

QAB1344P

Terakhir Kemas Kini 01 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

23-12-2025
EV

11-09-2025
EV

21-05-2025
EV

13-06-2024
Global

16-01-2026
EV

21-05-2025

Berita Terkini

EV
EV

Harga EV CBU RM300,000 Mulai 1 Julai 2026

Hanya EV Berkuasa 180kW Ke Atas Layak Masuk Malaysia, Jenama China Paling Terkesan.

29-06-2026
EV

Cas EV Di Kondo Baru RM0.63/kWh! Aplikasi Proton e.MAS Mudahkan Hidup Warga Kota

Lebih 1,500 Titik Pengecasan EV Kini Di 500+ Kondo KL & Selangor, Kadar Serendah RM0.63/kWh.

25-06-2026
EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.