15 Pelajar UPSI Terkorban, Ini Kata Pemandu Bas

"Saya dengan rendah diri memohon maaf kepada semua pelajar dan keluarga mangsa yang terlibat, brek bas tidak berfungsi secara tiba-tiba".
Itu kata pemandu bas, Mohd Amirul Fadhil Zulkifle, 39, ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, dia tidak tahu bagaimana untuk berdepan dengan keluarga mangsa.
"Jika ada pihak yang ingin mengambil tindakan undang-undang, saya hendak cakap apa lagi.
"Saya cuba melakukan pelbagai cara, namun disebabkan angin bas kosong, semuanya jadi tidak berfungsi termasuk brek tangan manakala gear juga tidak boleh ditukar.

"Saya cuba mengelak kenderaan lain supaya tidak merempuh mereka dan seingat saya, empat kenderaan saya elak termasuk lori sebelum kejadian," katanya yang kini dirawat di Hospital Taiping.
Mohd Amirul Fadhil memberitahu, kenderaan terakhir yang dia potong adalah kereta yang mempunyai 'dashcam'.
Menerusi rakaman dashcam kereta itu, Amirul dilihat memandu bas berkenaan dengan laju sebelum terbalik di satu selekoh
Tambahnya, sebelum itu dia cuba mengelak daripada melanggar kenderaan lain.
"Oleh sebab nahas berlaku di kawasan selekoh, saya tak mampu berbuat apa-apa. Saya menjerit kepada pelajar supaya bersedia dan berjaga-jaga sebaik menyedari brek bas tidak berfungsi. Mungkin jeritan itu menyebabkan mereka menyangka saya sedang marah," katanya.
Dalam nahas itu, seramai 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terkorban selepas bas yang dinaiki mereka terbalik di Jalan Jeli-Gerik, Perak, semalam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ4558
SELANGOR
BST7656
JOHOR
JE4089J
PULAU PINANG
PSF6149
PERAK
APL5332
PAHANG
CFH7568
KEDAH
KGJ1493
NEGERI SEMBILAN
NEL8915
KOTA KINABALU
SJU1583
KUCHING
QAB5778P
Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Nahas Bas Di Gerik: UPSI Serah Sumbangan Berjumlah RM420,000 Kepada Waris Mangsa
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menyampaikan sumbangan berjumlah RM420,000 kepada waris 42 pelajar yang terbabit dalam nahas bas di Gerik pada 9 Jun lalu.
16-09-2025
15 Pelajar UPSI Terkorban: Laluan JRTB Sudah Dipasang Lampu Solar!
Lokasi yang meragut nyawa 15 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris di Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli akhirnya sudah dipasang dengan lampu solar.
31-07-2025
Berita Terkini
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Pemenang Xforce Buy 1 Free 1 Bawa Pulang SUV Baharu
Rezeki Terpijak: Pemenang Utama Menang Xforce.
18-09-2026
Perodua Ativa X Kini Semurah RM53k - Adakah Anda Masih Mahu Beli Myvi?
Perodua Ativa X vs Myvi H: Selisih RM1,900, Mana Satu Pilihan Lebih Berbaloi?
18-09-2026
Berapa Harga Hyundai Tucson?
SUV Hyundai Tucson Kini Lebih Murah Di Malaysia, Harga Bermula RM159k
18-09-2026
Remaja 14 Rempuh 2 Kereta, Mujur Tiada Yang Mati
Remaja 14 tahun dirakam memandu secara melulu.
17-09-2026
PDRM Guna Proton e.MAS Untuk Tugas Operasi Harian
PDRM Terima 3 Unit Proton e.MAS Untuk Penilaian Operasi Rasmi.
17-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
