ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Caricarz Automall Sunday Car Market: Bantu Anda Tangani Krisis Hutang Kereta

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Memandangkan krisis hutang kereta dilihat semakin membimbangkan di Malaysia, Caricarz Automall melancarkan inisiatif baharu dimana ia mengelakkan  pemilik kenderaan terlibat dalam  tawaran trade-in yang rendah sebaliknya  menjual kereta mereka pada harga yang lebih baik.

Acara Caricarz Automall Sunday Car Market ini akan berlangsung pada 6 Julai 2025 di  Caricarz Automall yang terletak di tempat letak kereta Aras 3A, The Strand Mall, Kota Damansara. 

image.png

Acara ini akan bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang dan terbuka secara percuma kepada pembeli serta penjual kereta.

Ketua Pegawai Eksekutif  dan Pengasas Caricarz, James Goh berkata,  pengedar kereta di kedai kereta terpakai sering mengambil kesempatan atas hutang pemilik menyebabkan mereka menawarkan harga trade-in yang jauh lebih rendah daripada baki pinjaman mereka. 

"Ramai pemilik terpaksa menerima tawaran ini semata-mata untuk melunaskan hutang - yang akhirnya memburukkan lagi kedudukan kewangan mereka.

"Sebaliknya Caricarz Automall tampil dengan alternatif yang lebih baik dimana dengan adanya konsainan jualan langsung, ia   menghapuskan peranan orang tengah. Alternatif yang sudah dipraktikkan di Caricarz Automall ini sebenarnya  membolehkan penjual mendapat pulangan yang lebih baik berbanding tawaran pengedar di kedai kereta terpakai," katanya ketika ditemui Carz.com.

Dengan mengambil satu contoh yang berlaku baru-baru ini, beliau berkata, ada seorang penjual kereta yang mempunyai baki hutang kereta sebanyak RM150,000 untuk model BMW 630i GT. Dia bagaimanapun, hanya ditawarkan RM130,000 oleh seorang pengedar kereta terpakai.

image.pngimage.png

"Sebaliknya, Melalui Caricarz Automall, kenderaan itu akhirnya dapat dijual pada harga RM160,000 selepas ditolak yuran, menjadikan defisit RM20,000 bertukar menjadi lebihan RM10,000.

Goh menambah bahawa cabaran terbesar bukanlah harga atau komisen, tetapi kepercayaan. 

"Ramai pemilik ragu-ragu untuk meninggalkan kereta mereka dengan pihak ketiga untuk tempoh yang lama kerana bimbang tentang keselamatan atau hasil jualan. Inilah jurang yang ingin diisi oleh acara Sunday Car Market ini.

"Acara sehari ini membolehkan penjual kekal mengawal proses, bertemu pembeli secara langsung, dan menerima maklum balas secara masa nyata - semuanya dalam persekitaran yang selamat dan telus. Penjual tidak perlu menyerahkan kenderaan mereka kepada pengedar dan boleh menutup jualan di tempat acara.

"Jika kenderaan tidak terjual semasa acara, pemilik boleh memilih untuk menyertai program konsainan Caricarz Automall, di mana pihak kami akan menguruskan sesi pandu uji, rundingan, dokumentasi, serta proses pinjaman dan pemindahan hak milik," ujarnya.

image.pngimage.png

Jika berjaya, Caricarz Automall merancang untuk menjadikan Sunday Car Market sebagai acara tetap dan mungki akan diperluaskan di tempat lain.


Acara istimewa ini dijangka mempamerkan lebih 100 kenderaan dan menarik lebih 300 pengunjung. Perkhidmatan tambahan seperti pemeriksaan kenderaan, dan pemprosesan pemindahan hak milik akan disediakan di lokasi. Hidangan ringan turut disediakan sepanjang hari.


Pemilik kenderaan yang berminat boleh mendaftar secara percuma di https://bit.ly/sunday-car-market. Untuk maklumat lanjut, hubungi Chee Hoe di 018-9008761 atau e-mel cheehoe@caricarz.com.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM1817

SELANGOR

BST1296

JOHOR

JC8435J

PULAU PINANG

PSE9277

PERAK

APK8472

PAHANG

CFH5129

KEDAH

KGH6528

NEGERI SEMBILAN

NEL5286

KOTA KINABALU

SJT6375

KUCHING

QAB4359P

Terakhir Kemas Kini 22 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto
Berita Auto
EV

04-05-2026
Berita Auto

23-04-2026
EV

12-04-2026
Berita Auto
Berita Auto

Berita Terkini

Berita Auto

Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu

Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.

21-08-2026
Berita Auto

Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya

Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.

21-08-2026
Berita Auto

Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?

Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.

21-08-2026
Berita Auto

China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?

Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.

20-08-2026
Berita Auto

Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000

Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.

20-08-2026
Berita Auto

Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja

Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.

20-08-2026
Berita Auto

Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029

Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.

20-08-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.