Cipta Rekod Sendiri: Volkswagen Golf GTI Edition 50 Catat Masa 7:46.13 minit Di Litar Nurburgring

Walaupun masih belum dilancarkan lagi, namun Volkswagen Golf GTI Edition 50 sudah menunjukkan taring sebenar apabila menjadi model Volkswagen terpantas yang berjaya melengkapkan pusingan dalam masa 7:46.13 minit, di litar lagenda Nurburgring Nordschleife, Jerman baru-baru ini.
Walaupun catatan masa GTI Edition 50 ini agak mengagumkan, namun itu masih belum cukup untuk merebut gelaran kereta produksi pacuan roda depan (FWD) terpantas di litar tersebut.
Ini kerana rekod itu masih dipegang oleh Honda Civic Type R FL5 selepas berjaya menamatkan pusingan hanya dalam masa 7:44.481 minit.
Ia mampu memecut umpama pelesit disebabkan penggunaan kit ringan khas yang sudah tidak dijual lagi di pasaran luar Jepun.
Walaupun begitu, masa pusingan yang dicatat GTI edisi khas ini tetap menakjubkan kerana berjaya mengatasi kembarnya yang menggunakan pacuan semua roda, VW Golf R 20 Years, selepas mencatat masa 7:47:31 minit.
Sebelum Edition 50 ini, rekod terpantas bagi model Golf FWD dipegang oleh Golf GTI Clubsport S dengan masa 7:49:21 minit.


Di sebalik kejayaan Edition 50 ini adalah disebaban pemanduan pelumba Jerman, Benny Leuchter, yang juga pernah memandu Clubsport S dan R 20 Years semasa sesi pusingan rekod masing-masing.

Di sebalik catatan masa yang mengagumkan ini, VW masih belum mendedahkan butiran khusus mengenai Golf GTI Edition 50 akan datang, tetapi mengesahkan kereta rekod ini dilengkapi dengan pakej opsyenal Performance Package.
Pakej ini terdiri talaan casis khas, rim tempa ringan 19-inci bersaiz lebih besar yang dipadankan dengan tayar semi-slick Bridgestone Potenza, dan banyak lagi.
Bagi enjinnya pula, Edition 50 dijangka menerima sedikit peningkatan kuasa berbanding model GTI standard.
Untuk makluman, enjin 2.0-liter 4-silinder TSI pada Golf GTI Mk8.5 facelift mampu menghasilkan kuasa setakat 262 hp, manakala model R menawarkan kuasa sehingga 328 hp.

Difahamkan, Volkswagen Golf GTI Edition 50 ini bakal dilancarkan bersama model tahun 2026 (2026 MY) Golf Mk8.5, bertepatan dengan ulang tahun ke-50 sejak kemunculan pertama Golf GTI Mk1 di Frankfurt Motor Show pada tahun 1975.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ2733
SELANGOR
BST7217
JOHOR
JE3179J
PULAU PINANG
PSF5744
PERAK
APL4862
PAHANG
CFH7429
KEDAH
KGJ1321
NEGERI SEMBILAN
NEL8542
KOTA KINABALU
SJU1383
KUCHING
QAB5687P
Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc
Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.
10-09-2026
Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?
Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.
09-09-2026
Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL
Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.
09-09-2026
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.
03-09-2026
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu
Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.
28-08-2026
Realiti Atau Gimik Digital? Voyah Passion S Buktikan Kemampuan Aksi Ekstrem 360 Darjah
Voyah Passion S boleh pusing semacam.
17-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat