ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

DC Handal Kini Bolehkan Pembayaran Melalui e-dompet TnG

Suhana Veru

Kongsi melalui


image.png

Ada berita baik untuk pengguna kenderaan elektrik (EV). Ini kerana pengguna yang menggunakan Pengecas EV Pintar DC Handal boleh membuat pembayaran menerusi Perkhidmatan e-dompet Touch 'n Go (TnG), tidak lama lagi.

Seperti sedia maklum, semua stesen pengecas DC Handal menyokong pelbagai kaedah pembayaran termasuk kad debit dan kredit, MyDebit, Google Pay, Apple Pay, Samsung Pay serta aplikasi JomCharge dan ChargEV. 

image.png

Maka kini, satu lagi bentuk pembayaran yang boleh dibuat adalah menerusi e-dompet TnG. Jadi, ini adalah  berita baik untuk mereka yang lebih membuat perbelanjaan dengan TNG.

Apa yang diketahui setakat ini, perkhidmatan pembayaran e-dompet TnG akan didapati di semua stesen DC Handal tidak lama lagi. 

Antara lokasi terpilih adalah di The Sphere dan The Horizon di Bangsar South. Lokasi ini berkemungkinan menjadi tapak ujian sebelum pelaksanaan secara meluas.

image.png

Untuk menggunakan pembayaran menerusi e-dompet, ia sebenarnya mudah sahaja. Ini kerana anda hanya perlu pilih pengecas, kemudian pilih mod pembayaran TnG dan akhirnya imbas kod QR TnG pada mesin pembayaran. Selepas semua prosedur ini selesai, anda sudah boleh mengecas kereta anda!

Setelah selesai mengecas,  tamatkan sesi dengan memilih "berhenti mengecas" dan masukkan 4 digit terakhir nombor telefon bimbit anda.

image.pngimage.png

Sebelum terlupa, baki minimum yang perlu ada di dalam e-dompet TNG adalah sebanyak RM150.

Untuk makluman, ketika cuba membuat pembayaran menerusi TnG, kami  ada menghadapi sedikit masalah untuk mengimbas kod QR TNG disebabkan cahaya matahari terik  yang memantul pada skrin telefon. 

image.pngimage.png

Memandangkan pengimbas kod berada di bawah ranti, anda sebenarnya perlu memiringkan skrin anda ke atas sedikit. Kaedah ini akan  y menjadi sedikit sukar ketika berada di bawah matahari terik.

Kami berharap  pihak DC Handal memandang perkara ini dengan lebih serius kerana ia akan menyebabkan pengguna menjadi serabut dan tertekan ketika membuat pembayaran nanti!


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD3973

SELANGOR

BSR468

JOHOR

JYB2362

PULAU PINANG

PSD2597

PERAK

APJ3645

PAHANG

CFG8447

KEDAH

KGG6223

NEGERI SEMBILAN

NEK7154

KOTA KINABALU

SJS4968

KUCHING

QAB423P

Terakhir Kemas Kini 25 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

19-01-2026
EV

07-10-2025
EV

25-07-2025
EV

28-03-2025
EV

22-01-2025
EV

18-09-2024
EV

28-06-2024
EV

14-06-2024

Berita Terkini

EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.