Dilancar: Nissan Leaf 2026, Badan Mantap, Bikin Geram, 214 HP, Sekali Cas Boleh Pergi Setakat 488KM

Selepas beberapa teaser dan pengumuman sebelum ini, Nissan Leaf 2026 generasi ketiga akhirnya dilancarkan secara rasminya baru-baru ini.
Ia kini muncul dalam bentuk SUV crossover dan bukannya hatchback, yang mana ia menampilkan angka dan spesifikasi yang dikatakan mampu bersaing dengan peneraju segmen lain.
Jika anda perasan, rekaan Leaf baharu ini sebenarnya diilhamkan daripada kereta konsep Nissan Chill-Out 2021, kerana gaya badannya jenis crossover SUV coupe sporty selain beberapa elemen rekaan dilihat agak sama dengan EV Nissan lain, terutamanya SUV Ariya.


Selain elemen ketara seperti lampu hadapan LED berbentuk C ala Toyota dan siluet yang diilhamkan daripada Tesla Model Y, Leaf baharu ini turut hadir dengan ciri rekaan tersendiri.
Antaranya, ia hadir dengan pemegang pintu belakang jenis tersembunyi, garis badan yang berlekuk di bahagian sisi, rekaan belakang sporty dengan lampu belakang berwarna gelap serta spoiler belakang ala Nissan Z, rim aloi 18 hingga 19 inci, dan banyak lagi.


Hakikatnya, biarpun menggunakan gaya badan SUV yang lebih praktikal, Leaf baharu ini sebenarnya lebih kecil berbanding hatchback sebelumnya.
Dari segi dimensi, ia berukuran 4,405 mm panjang, 1,810 mm lebar, 1,550 mm tinggi, dan jarak roda 2,690 mm.

Apa yang penting adalah bentuk badannya yang cukup mengancam. Malah, Nissan mendakwa Leaf baharu ini adalah kenderaan produksi mereka yang paling aerodinamik setakat ini, dengan pekali seretan 0.25 Cd untuk model spesifikasi Eropah.
Selain itu, antara perubahan ketara yang boleh dilihat adalah di bahagian kabinnya. Ini kerana ia hadir dengan kabin lama gaya hatchback amun telah digantikan dengan susun atur minimalis dan cukup sarat dengan pelbagaiteknologi.
Untuk makluman, ia kini menggunakan paparan digital baharu yang terdiri daripada dua skrin 12.3 inci atau 14.3 inci bergantung pada varian dan pasaran, selain hadir dengan stereng dua jejari baharu, butang pintasan sensitif sentuhan di papan pemuka hadapan, dan tombol gear standard yang digantikan dengan butang mudah.

Untuk menjadikan Leaf baharu lebih sebanding dengan pesaing futuristik dari China, Nissan menawarkan SUV EV ini dengan bumbung panoramik yang dilengkapi fungsi elektro-kromik e-Dimming, sekali gus menghapuskan keperluan penghadang matahari secara fizikal.


Malah, terdapat juga sistem audio Bose Personal Plus baharu dengan pembesar suara terbina di perehat kepala tempat duduk hadapan.


Dari segi mekanikal, Leaf baharu ini menggunakan platform CMF-EV yang sama seperti Ariya EV, walaupun ia hanya ditawarkan dengan tetapan motor tunggal di hadapan.
Nissan dakwa, Nissan Leaf ini lebih senyap 75% dan 10% lebih padat berbanding model sebelumnya.
Mengenai bateri, varian biasa dilengkapi dengan pek bateri 52-kWh, manakala tetapan FWD motor tunggalnya dihadkan kepada 174 hp (130 kW) dan 345 Nm.


Varian Flagship pula hadir dengan bateri lebih besar 75-kWh dan motor elektrik lebih berkuasa yang menghasilkan 214 hp (160 kW) dan 355 Nm.
Dengan unit 75-kWh, Leaf baharu mampu mencapai jarak maksimum sehingga 488 km, satu peningkatan ketara berbanding model sebelumnya.
Dari segi pengecasan, SUV EV ini menyokong DCFC sehingga 150 kW, membolehkannya dicas dari 10% ke 80% dalam masa 35 minit.
Bercakap mengenai pengecasan, Leaf spesifikasi AS akan menggunakan port pengecasan NACS Tesla, manakala model Jepun akan mengekalkan port CHAdeMO lama, dan selebihnya akan menerima port standard CCS2.
Buat masa ini, Nissan Leaf ini akan dihasilkan di kilang Nissan Tochigi di Jepun dan kilang Sunderland di UK.

Dikhabarkan, Nissan Leaf generasi ketiga ini akan memasuki pasaran pertama di Amerika Syarikat pada musim luruh tahun ini, diikuti oleh Eropah, Jepun, dan selebihnya di pasaran lain menjelang akhir tahun ini.
Bagaimanapun, tiada maklumat harga didedahkan setakat ini, tetapi dijangka lebih mahal daripada model hatch sebelum ini.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW7406
SELANGOR
BSP7344
JOHOR
JYW1732
PULAU PINANG
PSB9940
PERAK
APH2599
PAHANG
CFG4252
KEDAH
KGF7023
NEGERI SEMBILAN
NEK3295
KOTA KINABALU
SJR7506
KUCHING
QAB7205N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV
KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).
07-05-2026
Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV
Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.
28-04-2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026
23-04-2026
Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran
Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.
21-04-2026
EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?
Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.
20-04-2026
Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?
Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.
17-04-2026
Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"
Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.
14-04-2026
Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu
ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.
12-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat