ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Hyundai Santa Fe 2025 Didedah, Ada 3 Varian, Gaya Macho, Tegap Dan Kemas

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Selain Hyundai Tucson 2025, Hyundai Motor Malaysia turut mendedahkan Hyundai Santa Fe 2025, pagi tadi. Model generasi kelima ini sebenarnya telah lama dinantikan sejak dua tahun lalu.

Kehadirannya di pasaran tempatan sebenarnya telah memendekkan kitaran model facelift sebelumnya dimana ia adalah satu perkembangan yang boleh dianggap positif.

image.png

Untuk pasaran Malaysia, Hyundai Motor Malaysia merancang untuk menawarkan Santa Fe generasi kelima ini dalam tiga varian.

Yang pertama adalah varian asas iaitu Prime, varian pertengahan Prestige yang masing-masing hadir dengan konfigurasi 7-tempat duduk.  Kedua-dua varian ini berkongsi rangkaian kuasa hibrid siri-paralel (self-charging) yang sama.

Ia menggunakan enjin petrol turbo 4-silinder 1.6 liter (Gamma II) bersama motor elektrik hibrid tambahan. Gabungan kuasa ini membolehkan ia menghasilkan kuasa setakat  231 hp  dan 367 Nm yang memacu roda hadapan menerusi transmisi automatik 6-kelajuan.

image.pngimage.png

Seterusnya ialah varian tertinggi Calligraphy 6-tempat duduk, yang dilengkapi enjin petrol turbo 4-silinder 2.5 liter T-GDi Theta II. Varian ini mampu menghasilkan 281 PS dan 422 NM dan digandingkan dengan kotak gear automatik DCT 8-kelajuan serta sistem pacuan semua roda (AWD) HTRAC Hyundai.

Dari segi dimensi, Hyundai Santa Fe 2025 berukuran 4,830 mm (panjang), jarak roda 2,815 mm, lebar 1,900 mm, dan tinggi 1,720 mm. Berbanding model sebelumnya, ia kini 45 MM lebih panjang, 35 MM lebih tinggi, serta mendapat tambahan 65 mm pada jarak roda

.image.png

Reka bentuk luaran Santa Fe baharu ini sebenarnya telah dijelaskan secara terperinci dalam laporan pelancaran global sebelum ini.

image.pngimage.png

Model ini jelas menampilkan perubahan drastik dengan rekaan lebih berkotak dan bersegi, sekali gus memberi imej lebih lasak, tegap dan tampan.

image.png

Melihat bahagian hadapannya, anda boleh melihat ia hadir dengan lampu berbentuk H, rim aloi sebesar 21 inci, ada pemegang pintu jenis tersembunyi manakala lampu belakangnya juga jenis hadir dengan bentuk H, sisipan bampar sewarna badan, flare fender heksagon serta overhang hadapan pendek..

.

image.pngimage.png

Untuk kabinnya, kami tidak dapat melihatnya dengan lebih terperinci kerana cermin model pratonton digelapkan.

Namun berdasarkan siaran akhbar yang diterima, model ini dikatakan  hadir dengan skrin instrumen digital bersaiz 12.3 inci, sistem infotainmen 12.3 inci, ada  wireless Apple CarPlay, Android Auto,  pengecas wayarles, kerusi berventilasi, kerusi kulit, interior  Bose Sound system.

Selain itu, terdapat pelbagai ruang simpanan termasuk dua kotak sarung tangan untuk penumpang hadapan, serta tuil gear gaya Ioniq pada tiang stereng.

image.pngimage.png

Turut hadir ialah tempat duduk penumpang hadapan Relaxation Seat dengan fungsi baring satu sentuhan dan ada perehat kaki manakala tempat duduk baris ketiga juga boleh dibaringkan.

Antara kelengkapan lain ialah terdapat   cermin pandang belakang digital, paparan HUD 12 inci, pelbagai port USB-C di semua barisan tempat duduk dengan kuasa hingga 27 watt, dan banyak lagi.

image.png

Sementara itu, ruang butnya dikatakan seluas  628 liter namun apabila kerusi belakang direbahkan, ruangnya boleh bertambah kepada  1,949 liter. 

image.pngimage.png

Mengenai ciri keselamatannya, ia sebenarnya cukup sarat dengan ciri keselamatan. Antaranya terdapat : 10 beg udara, ADAS, Bantuan Perlanggaran Depan, Bantuan Elak Titik Buta, Bantuan Kekal Lorong, Bantuan Elak Lintasan Belakang, Kawalan Stop&Go  Highway Driving Assist 2 (HDA 2), Pemantau Sekeliling (SVM), Rear Occupant Alert (ROA), Safe Exit Assist (SEA) dan banyak lagi.

Lebih menarik, Hyundai Santa Fe 2025 juga  dilengkapi dengan keupayaan pemanduan separa autonomi Tahap 2 iaitu  setanding dengan SUV premium tiga baris seumpamanya dari segi saiz dan mungkin juga harga.

image.png

Selain itu, Carz.com.my difahamkan  bahawa model yang akan dibawa masuk ke Malaysia adalah unit import sepenuhnya (CBU) sebelum versi pemasangan tempatan (CKD) dilaksanakan di kilang Inokom, Kulim, Kedah, bermula hujung tahun ini.

Bagaimanapun buat masa ini, harganya juga tidak didedahkan. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ2733

SELANGOR

BST7217

JOHOR

JE3179J

PULAU PINANG

PSF5744

PERAK

APL4862

PAHANG

CFH7429

KEDAH

KGJ1321

NEGERI SEMBILAN

NEL8542

KOTA KINABALU

SJU1383

KUCHING

QAB5687P

Terakhir Kemas Kini 18 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

24-06-2025
Pandu Uji

14-05-2025
Teknologi

15-08-2024
Global

01-12-2023
Kereta Baru

03-10-2023
Global

11-08-2023
Global

18-07-2023
Berita Auto

28-04-2023

Berita Terkini

Kereta Baru
Kereta Baru

MINI Cooper S Oxford Edition Baharu Tiba, Ada 6 Unit, Harga Bermula RM289k

Hanya enam unit MINI Cooper S Oxford Edition Baharu ditawarkan di Malaysia.

10-09-2026
Kereta Baru

Berapa Harga Volvo EX90?

Volvo EX90 Rasmi Dijual RM428k: Rebat RM25k & Wallbox Percuma.

08-09-2026
Kereta Baru

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k

Proton S70 Lite & Prime Dibuka Untuk Tempahan Bawah RM60k.

07-09-2026
Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.