Jualan Civic Type R FL5 Dihentikan Di Eropah Bermula Tahun Depan

Nampaknya, Honda Jepun sudah membuat keputusan untuk tidak menjual model hatchback Honda Civic Type R generasi FL5 bermula tahun depan gara-gara peraturan pelepasan emisi semakin ketat yang dilaksanakan di Eropah.
Hatchback hot ini telah ditarik keluar dari pasaran Eropah dan UK kerana piawaian pelepasan baharu Euro 6e-bis yang akan berkuat kuasa mulai 2026. DifahamkaN, piawaian ini tidak dapat dipenuhi oleh model FL5.
Ini kerana Type R merupakan antara model Honda yang mencatatkan kadar pelepasan emisi paling tinggi di pasaran memandangkan ia menghasilkan karbon dioksida (co2) sebanyak 189 g/KM CO2, jauh lebih tinggi berbanding model Civic biasa yang cuma mencatatkan 114 g/KM.


Untuk itu, Honda membuat keputusan untuk menghentikan model berkenaan. Sebaliknya, satu edisi khas diperkenalkan iaitu Honda Civic Type R Ultimate Edition yang mana hanya 40 unit dihasilkan untuk pasaran seluruh dunia.
Sebanyak 30 unit diperuntukkan untuk seluruh Eropah manakala hanya 10 unit untuk pasaran UK. Bagi edisi khas ini, semua unit Type R Ultimate Edition diberi warna ikonik Championship White dengan garisan merah.
Ia sebenarnya unuk memberi penghormatan kepada warna dalaman merah tradisional Civic Type R.



Menjengah bahagian dalamannya, ia dilengkap dengan pelbagai ciri termasuk kemasan gentian karbon di pelapik pintu dan sekitar konsol tengah.
Setiap pemilik juga akan menerima kotak hadiah mengandungi emblem bernombor siri, serta key ring gentian karbon, sarung kereta khas, dan set pelapik kaki buatan khas.
Mengenai spesifikasi trenkuasanya, ia masih menggunakan enjin turbo petrol 4-silinder 2.0 liter dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 325 hp dan 420 Nm.
Buat masa ini, Honda masih belum mendedahkan harganya.

Jadi, ada kemungkinan besar, pihak syarikat akan menggunakan system undian seperti mana yang dipraktikkan oleh Honda Malaysia ketika hatchback ini tiba di Malaysia pada tahun 2023.
Gara-gara jumlahnya yang begitu terhad,ia sekali gus mendorong pihak syarikat melaksanakan sistem undian.
Bagi peminat kereta ini di Eropah dan UK, nampaknya, mereka hanya tingga Toyota GR Yaris dan GR Corolla dalam segmen ini, manakala GR Corolla dijangka akan dibawa masuk ke UK tidak lama lagi.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6739
SELANGOR
BSU9187
JOHOR
JH1538J
PULAU PINANG
PSH2904
PERAK
APM7874
PAHANG
CFJ3646
KEDAH
KGJ7448
NEGERI SEMBILAN
NEM5397
KOTA KINABALU
SJV1032
KUCHING
QAB9625P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
9 KenderaanTerbakar Di Parkir Kondominum, Ini Kata Bomba!
Sebanyak sembilan kenderaan musnah dalam kebakaran di parkir Kondominium Tunas Residensi di Bayan Lepas, awal pagi semalam.
28-01-2026
Honda Civic Facelift 2025 Dilancar, Ada 4 Varian, Harga Bermula Dari RM144K Sahaja
Honda Civic facelift ini hadir dalam 4 varian.
09-01-2025
Tempahan Honda Civic 2025 Dibuka, Ada 2 Varian
Honda Malaysia baru sahaja membuka tempahan Honda Civic 2025 namun akan dilancarkan secara rasmi pada tahun depan.
12-12-2024
Honda Civic Type R Kini Dijual Dengan Rebat RM80,000! Satu Tamparan Kepada Pembeli Sebelum Ini
Honda Malaysia telah melancarkan kempen potongan harga luar biasa "Unwrap Big Savings" untuk pelbagai model menjelang akhir tahun.
01-10-2024
Honda Civic Facelift Dilancarkan Di Thailand – Malaysia Seterusnya?
Honda Civic generasi ke-11 versi facelift akhirnya membuat kemunculan di rantau ASEAN, dengan Thailand menjadi pasaran pertama. Ini spesifikasinya...
02-08-2024
Honda Raih Pencapaian Penting, Serah 2 Unit Honda Kepada Pelanggan
Honda menyerahkan Honda Civic ke-170,000 dan Honda HR-V ke-150,000 dalam satu acara yang diadakan baru-baru ini.
26-07-2024
Tragis! Kemalangan Maut Di JB
Tiga terbunuh termasuk seorang wanita warga emas dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Lebuhraya Pasir Gudang berhampiran Taman Permas Jaya, Johor, malam tadi.
06-03-2024
Polis Pun Guna Honda!
PDRM cawangan MPV Kajang mengesahkan bahawa pihaknya sudah menerima lima buah Honda Civic FE, baru-baru ini.
13-02-2024
Berita Terkini
Tayar Jaecoo J5 Pula Tercabut Tapi Bukan Di Malaysia
Rupanya Bukan Tercabut Sendiri Tetapi Terlanggar Susur.
06-11-2026
FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k
EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.
29-10-2026
BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya
Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.
28-10-2026
China Buat Kereta Kurang 2 Tahun, Toyota, Honda, Nissan Tak Mahu Ketinggalan
Cepatnya China Buat Kereta?
27-10-2026
EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800
Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.
25-10-2026
Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM
Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.
23-10-2026
Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?
Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027
21-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge