ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Lakar Sejarah: Chery Hampir Lepasi Jumlah Eksport Sebanyak 5 Juta Unit, Jenama Chery Semakin Laku Keras

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, Chery bakal menjadi pengeluar kenderaan China pertama yang melepasi jumlah eksport terkumpul sebanyak lima juta unit menjelang 20 Jun ini.

image.pngimage.png

Pencapaian digapai ketika Chery membuat penampilan sulungnya di Ekspo Auto Hong Kong dan bersedia untuk melancarkan secara rasmi kenderaan mereka di pasaran Hong Kong pada penghujung tahun ini.

Sepanjang acara itu, Chery mempamerkan 12 kenderaan tenaga baharu (NEV) di bawah tujuh sub-jenama iaitu Chery, Exeed, Jetour, iCAR, Luxeed, Omoda dan Jaecoo. 

Chery turut mempersembahkan teknologi terkini seperti enjin Kunpeng Tianqing dengan kecekapan terma 48%, motor elektrik berkelajuan tinggi 30,000 rpm, serta robot pintar Mogu.

Model-model ini merangkumi pelbagai demografi pembeli, dari pengguna harian sehinggalah kepada penggemar aktiviti lasak.

Barisan ini menyerlahkan komitmen Chery terhadap elektrifikasi, inovasi dan tawaran pelbagai pilihan untuk setiap jenis pemandu.

Chery mencatatkan momentum pertumbuhan jualan yang kukuh pada tahun 2025. Dari Januari hingga Mei, Chery telah menjual 1,026,517 kenderaan, sekali gua jualan meningkat  14% berbanding tempoh sama tahun lepas.

Daripada jumlah ini, jualan NEV melonjak 111.5% tahun ke tahun, dengan jumlah keseluruhan 287,798 unit. Eksport pula mencecah 443,940 unit, sekali gus mengukuhkan kedudukan Chery sebagai pengeksport kenderaan utama China.

image.png

Kini, Chery menghantar sebuah kenderaan ke luar negara pada setiap 29 saat.

Pada bulan Mei 2025 sahaja, Chery berjaya menjual 205,732 kenderaan, meningkat 9.1%. Daripada jumlah itu, 191,567 unit dijual oleh Chery Automobile Co., Ltd., mencatat peningkatan 7.2%. Jualan NEV pada bulan Mei mencapai 63,169 unit, naik 47.7%, manakala eksport meningkat kepada 100,737 unit, naik 7.7%.

Jumlah pengguna global Chery kini melebihi 16.7 juta, dengan lebih 4.94 juta daripadanya berada di luar China. Awal tahun ini, Chery telah mengemukakan permohonan penyenaraian ke Bursa Saham Hong Kong. Syarikat itu bercadang untuk memanfaatkan kekuatan Hong Kong sebagai hab kewangan, logistik, inovasi dan bakat.

Chery juga sedang meneroka penubuhan pangkalan pembuatan di Hong Kong bagi menyokong matlamat pengeluaran dan pengembangannya di peringkat global.

Eksekutif syarikat mengesahkan bahawa hasil dari IPO  akan dilaburkan terutamanya dalam penyelidikan dan pembangunan NEV serta pengembangan pasaran luar negara, sekali gus menegaskan komitmen jangka panjang Chery terhadap inovasi dan pertumbuhan global.

image.png

Di Malaysia pula, kehadiran Chery yang berkembang pesat semakin ketara dengan pelancaran Chery, Omoda | Jaecoo dan terkini iCaur, yang mengukuhkan lagi capaian pasaran mereka.

Satu lagi jenama premium Chery,  Exeed juga bakal memasuki pasaran Malaysia . Ini membuktikan jenama Chery sedang merancang pelancaran yang lebih meluas. 

Maka tidak hairanlah, jika Exeed dilancarkan di Malaysia seawal suku pertama 2026, atau mungkin lebih awal, sekali gus memperkukuh strategi Chery yang lebih ke arah eksport.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4918

SELANGOR

BSU8716

JOHOR

JH436J

PULAU PINANG

PSH2593

PERAK

APM7597

PAHANG

CFJ3540

KEDAH

KGJ7326

NEGERI SEMBILAN

NEM5230

KOTA KINABALU

SJV573

KUCHING

QAB9540P

Terakhir Kemas Kini 05 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

22-10-2026
EV

21-10-2026
Berita Auto

15-10-2026
Berita Auto

08-10-2026
Kereta Baru

07-10-2026
Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026

Berita Terkini

Global

FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar, Harga RM28k

EV Bajet Terbaik? FAW Bestune Pony 5 Pintu Dilancar.

29-10-2026
Global

BYD & Chery Kalahkan Kereta Jepun di Eropah, Ini Puncanya

Bagi membendung persaingan ini, Kesatuan Eropah (EU) telah mengenakan tarif tambahan ke atas kenderaan elektrik bateri buatan China.

28-10-2026
Global

EV Termurah: Nora Dari Pakistan Semurah RM2,800

Kalau Nora Masuk Malaysia, Sah Gugat Takhta Axia.

25-10-2026
Global

Naib Juara Baharu Pengecasan EV: Chery Volt-Dragon, Hanya Cas 5 Minit, Boleh Gerak Sampai 500 KM

Cas EV Dalam 5 Minit Untuk 500KM, Chery Cabar Dominasi BYD & Geely Menerusi Pengecas 1.44MW.

23-10-2026
Global

iCAUR V25 Buat Kemunculan Sulung

iCAUR V25 Tiba: SUV Elektrik Boxy Saingan Baru.

22-10-2026
Global

Bila Geely Masukkan Google Gemini Ke Dalam Kereta Baru?

Geely Gandingkan Google Gemini Dalam Kereta Baharu Mulai Tahun 2027

21-10-2026
Global

Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati

Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.

30-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.