MARii, Petronas Perkenal Teknologi ADaPTiV: Bantu Ramal Masalah Kenderaan Sebelum Berlaku

Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii) telah bekerjasama dengan Petronas Global Technical Solutions Sdn Bhd (PGTSSB) untuk memperkenalkan satu sistem inovatif yang bakal mengubah cara penyelenggaraan kenderaan dilakukan menggunakan teknologi terkini.
ADaPTiV: Teknologi Diagnostik dan Prognostik Pintar
PGTSSB, yang mengendalikan pengurusan projek dan perkhidmatan teknikal untuk Petronas, akan bekerjasama dengan MARii untuk melancarkan teknologi diagnostik dan prognostik pintar kenderaan (ADaPTiV).
Pada asalnya, teknologi ini dibangunkan untuk memantau dan meningkatkan prestasi peralatan dalam sektor tenaga. Kini, ia diadaptasi khusus untuk industri automotif bagi meramalkan masalah kenderaan sebelum ia berlaku.
Gabungan Kecerdasan Buatan dan Internet of Things

ADaPTiV menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menganalisis data masa nyata daripada komponen kenderaan. Sistem ini mampu mengesan tanda-tanda kehausan atau kerosakan awal dan mencadangkan tindakan pencegahan bagi mengelakkan kerosakan serius. Dengan sokongan Internet of Things (IoT), penyelenggaraan boleh dilakukan berdasarkan keadaan sebenar kenderaan, bukan hanya mengikut jadual yang telah ditetapkan semata-mata.
Melalui gabungan AI, IoT dan analitik data besar, sistem ini menyediakan maklumat berguna untuk meningkatkan prestasi kenderaan serta menggalakkan tabiat pemanduan yang lebih selamat.
MARii menjelaskan bahawa projek ini selaras dengan matlamat Malaysia di bawah Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 20230) dan Dasar Automotif Negara 2020 (NAP 2020) untuk membangunkan penyelesaian mobiliti yang lebih pintar dan lestari.
Komitmen MARii dan Petronas Dalam Inovasi Teknologi

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MARii, Azrul Reza Aziz, kerjasama ini merupakan satu pencapaian penting yang menggabungkan kepakaran MARii dalam inovasi automotif dengan kekuatan Petronas dalam analitik ramalan. Matlamat utama adalah membina ekosistem kenderaan yang lebih pintar dan boleh dipercayai untuk masa depan.
Sementara itu, Pengurus Besar Kanan Petronas, Mazri Mohd Ali, menegaskan bahawa inisiatif ini menunjukkan komitmen Petronas dalam inovasi kejuruteraan di luar sektor tenaga. Beliau yakin ADaPTiV akan menjadikan kenderaan lebih selamat, boleh dipercayai dan kos penyelenggaraan lebih rendah.
Pelancaran Prototaip di Malaysia Autoshow 2025
Prototaip pertama ADaPTiV telah dipamerkan di Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025) baru-baru ini, di mana pakar teknikal turut memberikan demonstrasi dan menjawab soalan pengunjung mengenai sistem tersebut.
MARii menjelaskan bahawa ADaPTiV bukan sahaja membantu pemandu mengelak kerosakan tiba-tiba, mengurangkan kos penyelenggaraan dan memanjangkan jangka hayat komponen kenderaan, malah teknologi ini berpotensi digunakan dalam pelbagai sektor lain yang memerlukan penyelenggaraan ramalan untuk meningkatkan kecekapan dan menjimatkan kos.
Sumber: BERNAMABiz
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQG8372
SELANGOR
BSL4891
JOHOR
JYP3710
PULAU PINANG
PRX4023
PERAK
APD9152
PAHANG
CFE6890
KEDAH
KGD7090
NEGERI SEMBILAN
NEJ2160
KOTA KINABALU
SJP6490
KUCHING
QAB9740M
Terakhir Kemas Kini 06 Jan, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.56
RON 97
RM 3.16
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.94
EURO 5 B7
RM 3.14
Terakhir Kemas Kini 01 Jan, 2026
Berita Terkini
Peugeot Mula Uji Stereng 'Petak' Hypersquare – Bakal Digunakan Pada Peugeot 208
Jenama ‘singa’ dari Perancis, Peugeot, menunjukkan betapa seriusnya syarikat itu untuk tampil unik dan inovatif dengan rekaan terbarunya, sebuah stereng ‘petak’ yang dinamakan Hypersquare.
16-12-2025
Kembar e.MAS 7 Guna Teknologi Roda Inovatif, Boleh Pusing 360 Darjah Satu Tempat
Jenama automotif gergasi China, Geely, memperkenalkan teknologi pergerakan tayar yang inovatif, sistem stereng empat roda bebas 90 darjah.
16-12-2025
Zeekr Lancar Kempen Pengumpulan Dana Untuk Naik Taraf Teknologi Bantuan Pemandu Canggih
Jarang kita dengar pengeluar kereta yang telah membina empayar gah menggunakan pembiayaan awam (crowdfunding) untuk pembangunan teknologi.
26-11-2025
SUV Sporty Omoda 7 Miliki Teknologi Parkir Luar Biasa
SUV yang diposisikan sebagai model segmen C ini tampil dengan rekaan sporty yang menarik perhatian golongan muda.
26-11-2025
Tesla Ubah Prinsip, Sedia Tawar Apple CarPlay Untuk Tarik Pembeli
Tesla mungkin akan mula menyokong dan mengintegrasikan Apple CarPlay dalam kenderaannya tidak lama lagi.
18-11-2025
Volkswagen Bakal Guna Teknologi XPeng Pada Model-Model Akan Datang
XPeng bersama Volkswagen Group telah mengambil satu langkah besar dalam kolaborasi teknologi mereka melalui sistem seni bina elektronik dan elektrikal (E/E).
18-08-2025
Teknologi ‘Super Extended Range’ IM Motors– Bateri Berkapasiti Tertinggi Dengan Enjin Turbo
IM Motors, jenama hasil usaha sama antara SAIC Motor Corporation, Alibaba Group dan Zhangjiang Hi-Tech, dijangka memperkenalkan teknologi ‘Super Extended Range’ pada 1 Ogos ini.
28-07-2025
BYD Perkenal Sistem Parkir Autonomi, Syarikat Tanggung Jika Ada Kerosakan
BYD mengumumkan bahawa sistem bantuan pemanduan canggihnya (ADAS) God’s Eye, kini menyokong fungsi parkir autonomi tahap 4.
11-07-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat

