Polis PJ Guna Dron Kesan Penunggang Tak Guna Lorong Motosikal

Polis Daerah Petaling Jaya menggunakan dron bagi mengesan mana-mana pengguna Lebuhraya Persekutuan, terutama penunggang motosikal yang melakukan kesalahan jalan raya.
Tumpuan utama dalam operasi khas di Kilometer (km) 28.4 di bawah Jambatan Sunway, di sini, menghala ke pusat bandar raya Kuala Lumpur itu terhadap penunggang motosikal yang dikesan menggunakan laluan utama meskipun laluan motosikal sudah disediakan.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar, berkata operasi itu bertujuan mengurangkan kemalangan jalan raya membabitkan penunggang motosikal terutama kemalangan maut yang mencatatkan peningkatan setiap hari.
"Punca utama penunggang motosikal tidak menggunakan laluan motosikal adalah disebabkan sikap mereka yang kebanyakan gunakan jalan utama sebagai jalan pintas dan punca kedua kita dapati mereka (penunggang motosikal) mengelak melalui laluan itu disebabkan keadaan jalan tidak sempurna seperti berlubang dan pada sebelah malam jalan berkenaan gelap, sekali gus berisiko," katanya.


Menurunya, penunggang motosikal mungkin berhadapan risiko tidak dilindungi tuntutan insurans kemalangan jalan raya apabila mereka tidak menggunakan laluan motosikal sekiranya berlaku kemalangan.
"Sebab itu di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan sudah disediakan hukuman yang khusus dan jika mereka menggunakan jalan utama mereka tidak dapat menuntut insurans tertentu kerana tidak menggunakan laluan disediakan," katanya.
Ada antara penunggang motosikal yang dikesan melakukan kesalahan tidak menyedari, mereka disaman namun berdasarkan pemantauan dron, polis dapat mengenalpasti identiti pemilik dan nombor pendaftaran motosikal berkenaan dan saman akan dihantar kepada mereka melalui pos.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6251
SELANGOR
BSU2070
JOHOR
JF2285J
PULAU PINANG
PSG1141
PERAK
APL8847
PAHANG
CFH9160
KEDAH
KGJ3391
NEGERI SEMBILAN
NEM1746
KOTA KINABALU
SJU4149
KUCHING
QAB7005P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Larangan Penggunaan Dron bermula 26 Ogos - 31 Ogos 2024
Penggunaan dron tanpa kelulusan di lokasi-lokasi sambutan dan perarakan di seluruh negara sempena persiapan dan sambutan Hari Kebangsaan 2024,
20-08-2024
Lain Macam Taktik Pengedar Dadah, Guna Dron Hantar Dadah
Pengedar menggunakan dron untuk menghantar dadah ke dalam penjara Tapah, Perak namun cubaan itu berjaya dipatahkan.
10-08-2024
Berita Terkini
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat