- Berita
- Berita Auto
- Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series
Proton, Grab Malaysia Jalin Kerjasama, Kini Tawar Pelbagai Pilihan Model Proton Termasuk Proton S70, Barisan Premium X-Series

Pengeluar kereta nasional, PROTON menandatangani Memorandum Perjanjian (MoU) dengan Grab Malaysia bagi menawarkan pelbagai pilihan model PROTON baharu termasuk Proton S70 dan barisan model premium X-Series kepada pemandu Grab.
Hasil kerjasama itu turut menawarkan kelebihan eksklusif yang ditambah baik untuk menyokong keperluan rakan-pemandu Grab yang terus menjana pendapatan menerusi platform e-hailing tersebut.
Memorandum MoU telah ditandatangan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton EDAR,Zhang Qiang, Pengarah Operasi Negara & Mobiliti Grab Malaysia, Rashid Shukor,di ibu pejabat PROTON Centre of Excellence, Subang Jaya, baru-baru ini.

Kerjasama dimeterai semula atas kejayaan kempen ‘Saga Power Up for Grab Driver-Partners’ yang dilancarkan pada November 2024.
Setakat ini, kempen tersebut telah menjana sebanyak 220 petunjuk jualan (leads) dan mencatatkan 148 pendaftaran kenderaan bagi model Proton SAGA.
Kerjasama yang diteruskan disebabkan permintaan kukuh terhadap model-model PROTON dalam segmen e-hailing serta memperkukuh matlamat bersama untuk memodenkan perkhidmatan ride-hailing di Malaysia melalui penawaran kereta yang mampu milik dan boleh dipercayai.
Dengan hasil kerjasama ini, rakan-pemandu Grab boleh memilih daripada model PROTON yang lebih meluas, termasuk model di bawah kategori GrabCar Plus dan GrabCar (6-Seater).

Selain perluasan pilihan model, kerjasama ini turut menawarkan insentif menarik seperti rebat tunai sehingga RM13,000, diskaun servis sebanyak 5% untuk dua tahun pertama atau sehingga 40,000km, serta sokongan minyak petrol bernilai RM500 bagi meringankan kos operasi pada peringkat awal pemilikan.
Timbalan Pengarah Jualan, Proton EDAR, Ong Chee Wooi berkata, kerjasama yang diperkukuh bersama Grab Malaysia ini merupakan satu langkah penting dalam mengukuhkan sektor e-hailing. PROTON berbesar hati dapat menawarkan model S70 dan siri premium X kepada rakan-pemandu Grab.
"Bagi pekerja gig, program komprehensif ini bukan sahaja menyediakan kelebihan eksklusif tetapi juga jaminan dari segi kebolehpercayaan dan kos penyelenggaraan yang mampu milik – faktor penting bagi mereka yang menggunakan kenderaan sebagai alat utama dalam mencari rezeki," katanya.
Sementara itu, Pengarah Operasi Negara dan Mobiliti, Grab Malaysia,Rashid Shukor mengakui inisiatif itu telah memudahkan rakan-pemandu kami mendapatkan kenderaan, sekali gus membolehkan mereka menjana pendapatan dan menyara keluarga sambil memenuhi permintaan penumpang yang semakin meningkat.
"Dengan peluasan kerjasama ini – merangkumi model S70 dan siri premium X – rakan-pemandu kini berpeluang meningkatkan pengalaman pemanduan mereka, menaik taraf kenderaan, dan memenuhi keperluan pelanggan yang lebih pelbagai. Kami berharap dapat terus melangkah bersama dalam usaha membina masa depan yang lebih inklusif dan penuh peluang untuk semua," ujarnya.
Untuk maklumat lanjut mengenai model-model PROTON, sila layari www.proton.com serta laman web rasmi Grab Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4081
SELANGOR
BSU4704
JOHOR
JF9167J
PULAU PINANG
PSG5134
PERAK
APM3341
PAHANG
CFJ1512
KEDAH
KGJ5019
NEGERI SEMBILAN
NEM3179
KOTA KINABALU
SJU5954
KUCHING
QAB7661P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Berapa Harga Tempahan Tesla Roadster?
Tempahan Tesla Roadster Malaysia Dibuka: Bayaran Awal RM198,000 Hingga RM988,000.
16-10-2026
F1 Jana RM950 Juta, Malaysia Pertimbang Kembali Anjur
Ada Patutnya F1 Patut Dianjur Semula, Ini Sebabnya.
16-10-2026
Rupa Lebih Garang! Ini Spesifikasi Lengkap PROTON X50 Sport Edition
PROTON X50 Sport Edition Dilancar: Harga, Spesifikasi & Ciri Eksklusif.
16-10-2026
Pencapaian Toyota 2026: 60,800 Unit Terjual Setakat Ini
Jualan Toyota Melepasi 60,000 Unit, Stesen EV Ditambah.
16-10-2026
Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?
Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.
15-10-2026
Dari Tanjung Malim, BYD Pilih Kulim, Kerjasama Dengan Inokom
Akhirnya lokasi untuk BYD memasang kereta terungkai.
15-10-2026
Saga Cross atau X30? Proton AMA02 Semakin Hampir Dilancarkan!
Proton AMA02: Pencabar Buat Perodua Ativa Dalam Segmen SUV Kompak.
15-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia? Keputusan Dimuktamad November Ini
F1 Di Litar Sepang: Keputusan Jemaah Menteri November Ini.
15-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge