Grab & BYD Jalin Kerjasama – 50,000 Unit EV Disediakan Untuk Pemandu

Grab telah mengumumkan kerjasama strategik bersama syarikat automotif China, BYD, untuk memperluaskan penggunaan kenderaan elektrik (EV) dalam kalangan pemandu Grab di Asia Tenggara.
Melalui kerjasama ini, BYD akan menawarkan EV kepada rakan fleet dan rakan pemandu Grab pada kadar yang kompetitif, termasuk pakej waranti tambahan eksklusif untuk bateri EV.
50,000 EV Disediakan Untuk Pemandu Grab


Menurut kenyataan rasmi Grab, rakan fleet dan pemandu di rantau ASEAN akan mendapat akses kepada sehingga 50,000 unit EV BYD. Pemandu boleh memilih untuk menyewa EV ini melalui program rakan fleet Grab atau mendapatkan sokongan kewangan melalui skim pemilikan kenderaan khas.
Pilihan 'Eco-Friendly Ride' Di Singapura & Thailand
Pengguna Grab di Singapura dan Thailand kini boleh memilih ‘Eco-Friendly Ride,’ yang memberi keutamaan kepada kenderaan mesra alam tanpa caj tambahan. Walaupun fungsi ini belum diperkenalkan di Malaysia, kenyataan rasmi menyebut bahawa kerjasama ini melibatkan semua pasaran utama ASEAN, termasuk Malaysia.
Integrasi Teknologi IoT Mendalam


Grab dan BYD turut akan bekerjasama dalam integrasi teknologi Internet of Things (IoT) antara kenderaan BYD dan platform Grab, yang mana pemandu kini boleh memanfaatkan skrin infotainmen besar kenderaan tersebut dalam operasi Grab, menggantikan penggunaan peranti mudah alih peribadi. Data daripada sensor dan telemetri EV juga akan terus disambungkan kepada algoritma Grab untuk memperhalusi perkhidmatan.
Manfaat Data Untuk Pengalaman Perjalanan Lebih Baik
Kedua-dua syarikat ini merancang untuk memanfaatkan data peta tempatan dan perkhidmatan Grab bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar dan cekap untuk pemandu EV BYD. Selain itu, data lalu lintas dan jalan raya daripada fleet EV ini akan digunakan untuk meningkatkan perkhidmatan pemetaan Grab pada masa hadapan.
Model EV Yang Dijangka Akan Ditawarkan


Dalam program ini, beberapa model BYD seperti Atto 3, Seal dan M6 dijangka akan ditawarkan. Selain itu, Grab turut menunjukkan minat untuk menggunakan jenama premium BYD, Denza untuk fleet GrabExec, termasuk kemungkinan penawaran model MPV elektrik Denza D9.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRQ7812
SELANGOR
BST8542
JOHOR
JE5243J
PULAU PINANG
PSF6958
PERAK
APL5901
PAHANG
CFH7852
KEDAH
KGJ1946
NEGERI SEMBILAN
NEL9380
KOTA KINABALU
SJU2063
KUCHING
QAB5922P
Terakhir Kemas Kini 23 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Kenapa BYD Tak Jadi Bina Kilang CKD Di Tanjung Malim?
BYD tak jadi bina kilang CKD di Tanjung Malim tetapi jalin kerjasama dengan rakan kongsi tempatan.
11-09-2026
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun
Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.
12-08-2026
Masih Jadi Teka-Teki: BYD Teruskan Atau Tangguh Pelaburan Di Tanjung Malim
Belum Ada Kata Putus, MITI Dedah Status Terkini Pelaburan BYD Di Tanjung Malim.
05-08-2026
Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi
BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister
15-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Bukan Bilik Pameran Biasa! BYD Tukar Bangunan Warisan Jadi Bilik Pameran Ikonik
BYD Mansion Macalister merupakan bilik pameran premium dan paling moden di Malaysia.
17-03-2026
Berita Terkini
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Hasil Bidaan Siri H RM91.2 Juta: Berita Baik Pemandu Teksi, Kereta Sewa
Pemandu teksi dan kereta sewa di seluruh negara bakal menerima berita gembira pada minggu hadapan.
22-09-2026
Perodua, Bank Rakyat Jalin Kerjasama, Perkenal Kad Kredit-i
Kad Kredit-i direka khas untuk pelanggan Perodua.
22-09-2026
GP BAHRAIN: Peluang Emas Pemandu E-Hailing Malaysia
Permintaan e-hailing, p-hailing dijangka melonjak sempena GP Bahrain.
21-09-2026
Nombor Pendaftaran H1 Raih RM10.7 Juta, Siri Terakhir JPJ
H1 cecah RM10.7 juta dalam bidaan nombor pendaftaran siri H.
21-09-2026
Isu Najib: Anthony Loke Letak Jawatan
Perletakan jawatan itu hanya membabitkan beliau dan tidak melibatkan ahli DAP lain.
19-09-2026
ECRL Gombak ke Kuantan Hanya 1 Jam 30 Minit
Gombak ke Kuantan 90 Minit Naik ECRL: Ujian Rasmi Berjaya.
18-09-2026
17 Model Baharu Mercedes Bakal Masuk Malaysia Tahun Depan – Ini Apa yang Kita Tahu
Mercedes-Benz Malaysia merancang 17 model baharu untuk tahun 2027, dimana sebahagian besarnya adalah pemasangan tempatan di Pekan.
18-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
