Selain SST, Apa Yang Berkuat Kuasa Mulai 1 Julai? Ini Senarainya

Menjelang ketibaan 1 Julai 2025 dalam beberapa jam lagi, banyak perkara bakal berlaku selain pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).
Bermula 1 Julai 2025, setiap bank di Malaysia akan mengenakan cukai sebanyak lapan peratus (8%) bagi perkhidmatan-perkhidmatan tertentu.
Antaranya seperti
- Pemindahan dana rentas sempadan.
- Transaksi pelaburan.
- Pengeluaran laporan khas.
- Perkhidmatan nasihat tertentu.
- Yuran perkhidmatan arranger/facility agent, yuran agensi, dan caj pentadbiran dalam pasaran hutang
Bagi sektor pendidikan, Cukai Perkhidmatan (CP) hanya dikenakan ke atas pendidikan swasta prasekolah, rendah dan menengah jika yuran tahunan melebihi RM60,000 seorang, manakala CP turut dikenakan ke atas pengajian tinggi bagi pelajar bukan warganegara. Pelajar tempatan dikecualikan sepenuhnya
Perkhidmatan jagaan kesihatan swasta pula akan dikenakan CP enam peratus khusus untuk bukan warganegara, manakala rakyat tempatan dikecualikan.

Di sebalik itu, kerajaan turut menguatkuasa beberapa peraturan baharu mulai esok, berikut perinciannya:
Wajib pakai tali pinggang keledar dalam bas.
Mulai esok juga, pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas pesiaran diwajibkan untuk memakai tali pinggang keledar.
Jika gagal berbuat demikian, mereka akan akan dikenakan kompaun RM300.
Penguatkuasaan itu terpakai bagi bas dibina selepas Januari 2020, manakala bas dibina sebelum 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali pinggang keledar.
Permit masuk kenderaan Singapura
Malah, , kerajaan bakal menguatkuasakan sepenuhnya Permit Masuk Kenderaan (VEP) di sempadan darat Malaysia-Singapura bermula esok bagi memastikan keselamatan semua pengguna jalan raya.
Untuk itu, kenderaan persendirian memasuki Malaysia tanpa VEP yang sah, mereka akan dikenakan denda RM300 dan denda itu perlu dijelaskan sebelum meninggalkan negara, termasuk disekat keluar.
Perkhidmatan Aerotrain KLIA beroperasi semula 1 Julai.
Perkhidmatan Penggerak Penumpang Automasi (Aerotrain) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dijadualkan beroperasi semula mulai esok.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dijadual merasmikan majlis pelancaran itu di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA T1) . Diangkat sebagai ikon KLIA sejak 1998, perkhidmatan Aerotrain telah menjalani proses baik pulih yang menelan kos sebanyak RM456 juta bagi menggantikan flit dan infrastrukturnya yang sudah uzur di bawah peruntukan RM742 juta Pelan Pembangunan Semula Lapangan Terbang MAHB.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW4170
SELANGOR
BSP6327
JOHOR
JYV8542
PULAU PINANG
PSB8664
PERAK
APH1779
PAHANG
CFG3959
KEDAH
KGF6413
NEGERI SEMBILAN
NEK2945
KOTA KINABALU
SJR6953
KUCHING
QAB7013N
Terakhir Kemas Kini 05 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Tak Perlu Pening Ingat Password Lagi, MyJPJ Kini Lebih Canggih
Lupakan Kata Laluan Lama! Ini Cara Baharu Log Masuk MyJPJ Yang Anda Wajib Tahu.
29-04-2026
Lebih 6,000 Orang Bida Nombor Plat P_P
Bidaan nombor pendaftaran istimewa (NPI) siri “P_P” melalui sistem dalam talian JPJeBid menerima sambutan yang amat memberangsangkan.
24-04-2026
Cukai Jalan 'Mati' 8 Tahun, Bila Kena Tahan, Tiba-Tiba Nak Bakar Kereta
"Drama" seorang pemandu yang mahu membakar kereta akhirnya tidak menjadi.
17-04-2026
Kenali 'Mata-Mata' Baru JPJ Yang Boleh Nampak Nombor Plat Anda Dari Atas
Jangan biarkan kegembiraan Aidilfitri berakhir dengan tragedi atau saman ribuan ringgit.
17-03-2026
Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik
JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.
08-03-2026
Berita Terkini
Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan
Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.
05-05-2026
Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik
Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.
05-05-2026
Tiada Lagi Ruang Bersembunyi! 10,000 'Mata' Digital Kini Pantau Penjenayah di KL
10,000 CCTV AI: KL Sasarkan Jenayah Turun 50%.
04-05-2026
Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun
Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!
04-05-2026
Nyawa Pasangan Suami Isteri Melayang Angkara Pemandu Mabuk
Kenapa Pemandu Mabuk Masih 'Berani' Ragut Nyawa di Jalan Raya?
04-05-2026
Hanya 100 Unit: Volvo Malaysia Lepaskan Flit Korporat & Unit Pandu Uji, Harga Bermula RM153,000
Bajet RM150k Dah Boleh Pakai Volvo? Rebut 100 Unit Eksklusif Volvo Selekt Sebelum Terlambat!
04-05-2026
MINI Paul Smith Edition Kini Boleh Didapati Di Auto Bavaria Dalam Dua Warna Eksklusif
Peminat setia MINI berpeluang menyaksikan pelancaran kereta MINI Paul Smith Edition oleh Auto Bavaria di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
30-04-2026
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green
Paling Laris! Proton e.MAS 5 Kini Ada Warna Jade Green – 8,000 Unit Sudah Terjual.
30-04-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat