ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

SUV Elektrik Ranggi, iCaur 03 Bakal Dilancarkan Q3 2025 – Dari RM145K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Caricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-5.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-Specs-21.jpg


Selepas jenama ini membuat kemunculan yang pertamanya di negara kita semasa acara automotif Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025), iCaur Malaysia bersedia melancarkan model pertamanya, iCaur 03 EV, pada suku ketiga tahun ini. SUV elektrik segmen B ini akan ditawarkan dalam dua varian, dengan harga bermula sekitar RM145,000 untuk varian 2WD dan RM155,000 untuk varian tertinggi iWD.


Malaysia Pasaran RHD Pertama iCaur 03


Malaysia menjadi negara pertama di dunia yang menerima versi pemanduan sebelah kanan (RHD) iCaur 03 (tetapi model kembarnya, Jaecoo J6 sudah pun dijual di Thailand). 


Caricarz-MBA-iCaur-03-Specs-14.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-Specs-22.jpg


Varian asas, iCaur 03 2WD menggunakan motor elektrik tunggal di belakang dengan kuasa 184 ps dan tork 220 Nm, serta tiga mod pemanduan. Ia dikuasakan oleh bateri LFP berkapasiti 65.7 kWj yang menyokong pengecasan pantas DC 80 kW dan mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 426 km berdasarkan piawaian NEDC.


Varian iWD pula menggunakan dua motor elektrik dengan kuasa 279 ps dan tork 385 Nm, dilengkapi sistem pacuan semua roda pintar, iWD, dengan 12 mod pemanduan berbeza. Secara standard, pembahagian torknya ialah 40:60 antara depan dan belakang. Bateri berkapasiti 69.8 kWj membolehkan jentera ranggi ini mencapai jarak sehingga 418 km (NEDC).


Reka Bentuk Lasak & Kompak


Caricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-8.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-10.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-Specs-1.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-Specs-2.jpg


Dari segi ukuran, iCaur bersaiz 4,406 mm panjang, 1,910 mm lebar, 1,715 mm tinggi dan jarak roda 2,715 mm.


iCaur 03 hadir dengan gaya badan retro ‘kotak’ yang bukan sahaja menarik tetapi juga praktikal untuk menempuhi laluan off-road, dengan sudut sua (approach angle) 28° dan sudut pelepasan (departure angle) 32°. 


Kabin Selesa dan Canggih


Caricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-16.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-14.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-13.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-17.jpg


Walaupun kelihatan lasak di luar, bahagian dalam iCaur 03 sarat dengan teknologi moden dan ciri penting yang menjanjikan keselesaan. Antara yang disediakan ialah skrin infotainmen 15.6 inci, kluster meter digital 9.2 inci, tempat duduk hadapan dengan fungsi pemanas, pendingin dan urut, pengecas tanpa wayar 50 watt, serta bumbung panoramik. 


Ruang butnya yang berkapasiti 450 liter, boleh diperluas hingga 1,238 liter dengan melipat tempat duduk belakang.


Uji Keupayaan Off-Road di iCaur 03 iExperience


iCaur-03-iExperience-Drive-3.jpg

Caricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-2.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-6.jpg


Untuk membuktikan kemampuan off-road sebenar, iCaur Malaysia menganjurkan acara iCaur 03 iExperience yang menampilkan empat cabaran unik:

  • iSee-Saw: Tanjakan (ramp) curam yang meninggikan dua roda, menguji  kekukuhan rangka dan keupayaan suspensi mengawal gandar.
  • iSlide: Pendakian dan penurunan cerun curam yang menunjukkan kemampuan jentera mendaki kecuraman sehingga 55%. Sudut sua 28° dan pelepasan 32° direka untuk mengelak badan kenderaan tersangkut pada halangan curam.
  • iSplash: Laluan air sedalam 400 mm yang mempamerkan keupayaan meredah air iCaur 03, yang mampu meredah ‘banjir’ sehingga 600 mm.
  • iBreaker: Cabaran dengan penggelek (roller) yang menguji sistem pacuan semua roda pintar iWD untuk menghantar tork tepat ke roda yang memiliki cengkaman.

Aktiviti Off-Road untuk Semua


Caricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-22.jpgCaricarz-MBA-iCaur-03-iExperience-7.jpg


Orang ramai dijemput untuk merasai sendiri pengalaman memandu iCaur 03 di acara iExperience yang berlangsung  bermula esok, 20 hingga 22 Jun, jam 10 pagi hingga 6 petang, di kawasan parkir Ground Floor (Old Wing), 1 Utama Shopping Centre. Selain trek off-road, pengunjung juga boleh melihat model iCaur 03 dan 03T dengan lebih dekat di ruang pameran interaktif iCaur Malaysia.

Baca: Imej Acah Chery iCar V27 Didedahkan – Digelar "G-Class China"

iCaur-03-iExperience-Drive-2.jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV8036

SELANGOR

BSU6256

JOHOR

JG4251J

PULAU PINANG

PSG8253

PERAK

APM5038

PAHANG

CFJ2446

KEDAH

KGJ6029

NEGERI SEMBILAN

NEM4045

KOTA KINABALU

SJU7284

KUCHING

QAB8396P

Terakhir Kemas Kini 27 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru
Global
Kereta Baru

09-09-2025
Kereta Baru

19-06-2025
Berita Auto

25-09-2026
EV

11-09-2025
Kereta Baru

09-09-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.