- Berita
- Berita Auto
- Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai
Tali Pinggang: Pemandu, Penumpang Bas Ekspres, Persiaran Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar Mulai 1 Julai

Semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta bas persiaran diwajibkan memakai tali pinggang keledar berkuat kuasa mulai 1 Julai ini. Jika gagal berbuat demikian, mereka akan dikenakan saman RM300.
Itu kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Aedy Fadly Ramli. Bagaimanapun, penguatkuasaan itu terpakai bagi bas yang dibina selepas Januari 2020, manakala bas yang dibina sebelum tahun 2020 akan diberi tempoh tertentu untuk membuat pemasangan tali keledar itu.
"Pemandu perlu memastikan kesemua penumpang memakai tali pinggang keledar sebelum bas bergerak dan mereka yang ingkar akan dikenakan saman sebanyak RM300.

"Sekiranya pemandu gagal memberi peringatan kepada penumpang untuk memakai tali pinggang berkenaan, bukan hanya penumpang yang akan disaman sebalik pemandu dan syarikat pengendali bas turut dikenakan saman.
"Jika pemandu sudah memberi peringatan kepada penumpang, namun penumpang masih berdegil untuk memakai tali pinggang keledar, saman hanya akan diberikan kepada penumpang. Namun kita akan melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengesahkan sama ada peringatan sudah dibuat atau sebaliknya," katanya.
Mengulas lanjut katanya, JPJ sudah mengadakan perbincangan dan pertemuan dengan pengendali syarikat bas bagi memaklumkan perkara berkenaan.
"Kita sudah mengeluarkan garis panduan kepada mereka supaya arahan yang diterima jelas dan selepas ini kita tidak akan berkompromi dengan sebarang kesalahan yang dilakukan," ujarnya lagi.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM1896
SELANGOR
BST1322
JOHOR
JC8464J
PULAU PINANG
PSE9351
PERAK
APK8494
PAHANG
CFH5135
KEDAH
KGH6571
NEGERI SEMBILAN
NEL5289
KOTA KINABALU
SJT6375
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 23 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Minyak Naik Beberapa Sen Sahaja
Antara Kenaikan Dan Ketenangan: Minyak Tanpa Subsidi Melambung, Bantuan BUDI Terus Jadi Penyelamat.
20-08-2026
Tiada Lagi Kesesakan Parah ke Pantai Timur? Projek RM2.1B KLK Diijangka Siap 2029
Sinar Baharu Pengguna KLK: Projek Pelebaran & Terowong Ketiga Atasi Kesesakan Musim Perayaan.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat