Art of Speed 2025 Bertema “Kustom Ada Gaya" 26-27 Julai Nanti, Ini Yang Menarik...
![]()
Festival Kustom & Counter Culture terbesar di Malaysia, Art of Speed 2025 (AOS 2025), bakal kembali dengan tema baharu “Kustom Ada Gaya” pada 26 hingga 27 Julai ini di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Acara ini akan berlangsung bermula jam 10 pagi hingga 7 malam, menampilkan pelbagai aktiviti menarik untuk peminat automotif.
Delegasi Antarabangsa


,-USA-full_normal.jpg)

Seperti tahun-tahun sebelumnya, AOS 2025 akan menampilkan delegasi dari seluruh dunia termasuk tokoh terkenal seperti Shige Suganuma, Hiro “Wildman” Ishii dan Hey Murakamii dari Mooneyes Japan, pereka produk Hot Wheels, Brendon Vetuskey, Darren McKeag dari McKeag Art USA, Mark Hawwa dari The Distinguished Gentleman’s Ride, Australia, Yuichi Yoshizawa dari Custom Works Zon, Jepun dan banyak lagi.
Sarat Dengan Aktiviti & Pameran Menarik


Antara tarikan utama tahun ini ialah pameran World of Wheels (WOW) yang dibawakan oleh MotorTakaful.com sebagai acara Show and Shine istimewa. Acara kali ini turut menampilkan studio fotografi kereta di luar, perarakan kelab kereta seperti Porsche Club Malaysia dan Alfa Romeo Owner’s Club Malaysia, serta program Beetle Battle oleh Volkswagen Beetle Club Indonesia.

AOS 2025 memperkenalkan program Kembara Passport, di mana pengunjung perlu mengumpul enam cop dari gerai-gerai terlibat untuk layak memutarkan Wheel of Speed dan berpeluang memenangi hadiah menarik termasuk pakej lawatan ke acara automotif di luar negara seperti Jepun, Indonesia dan Thailand.


Selain itu, pengunjung boleh menyertai pelbagai acara seperti Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally”, pameran Project Car Invitational bersama NoEqual.co, festival Kulture Kartel yang mempamerkan fesyen vintaj dan streetwear, perhimpunan Santai Scooterist, serta pasar motosikal Moto4Sale.
Hot Wheels Collectors Convention Malaysia Ketiga


Tahun ini juga menandakan penganjuran rasmi kali ketiga Hot Wheels Collectors Convention Malaysia (HWCCM) di Dewan C MAEPS. Pengunjung boleh menikmati kereta edisi terhad, zon aktivasi Hot Wheels, pameran koleksi rare, sesi jual beli, pertandingan kustom Hot Wheels dan banyak lagi.

Menurut Pengarah Festival, Asep Ahmad Iskandar, “Kami teruja untuk meneruskan kerjasama dengan Hot Wheels yang sudah lama menjadi sebahagian daripada AOS dan amat dihargai oleh komuniti pengumpul tempatan.”
Koleksi Barangan Eksklusif






AOS 2025 turut memperkenalkan lima kolaborasi barangan eksklusif baharu termasuk koleksi Art of Speed x Hot Wheels, kasut edisi terhad bersama jenama tempatan Fung Keong, serta kerjasama dengan jenama streetwear High Culture, stokin Xocks dan Mooneyes.
Harga Tiket AOS 2025
Tiket kini boleh dibeli secara dalam talian melalui laman web rasmi AOS dengan harga promosi awal bermula RM35 untuk pas kemasukan hujung minggu dan RM40 untuk pas kemasukan hari Ahad. Kanak-kanak bawah 12 tahun dan pemegang kad OKU layak masuk secara percuma.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat