ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Aston Martin Vantage S: Cecah 671 HP, Lebih Aerodinamik, Lebih Pantas

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Aston-Martin-Vantage-S-(1).jpg


Aston Martin Vantage S tampil sebagai coupe sport V8 generasi terbaru paling berkuasa jenam tersebut.


Dilancarkan di peringkat global kira-kira 18 bulan lalu, Aston Martin Vantage generasi terbaru kini hadir dalam versi yang menjanjikan prestasi lebih hebat, Vantage S.


Kuasa Enjin V8 Aston Martin Vantage S 


Caricarz-AstonMartin-Vantage-2025-MYLaunch-22.jpg


Gambar fail model Vantage versi standard dengan enjin 4.0 liter V8 turbo kembar yang dibekalkan oleh Mercedes-AMG. Dalam Vantage S, enjin ini kini menghasilkan kuasa lebih hebat iaitu 671 hp.


Diberikan huruf ‘S’ sepertimana model-model istimewa berprestasi tinggi lain Aston Martin, Vantage S  tampil dengan kuasa lebih hebat yang mana enjin 4.0 liter V8 turbo kembar yang diambil dari Mercedes-AMG dipertingkatkan daripada 656 hp kepada 671 hp, manakala tork kekal pada 800 Nm. Kuasa ini dihantar kepada roda belakang melalui transmisi automatik lapan kelajuan ZF yang sama seperti sebelum ini.


Aston-Martin-Vantage-S-(2).jpg


Peningkatan kuasa membolehkan Vantage S mencatatkan masa pecutan 0-100 km/j yang 0.1 saat lebih pantas.


Dengan peningkatan kuasa ini, Vantage S mampu memecut dari 0-100 km/j dalam masa 3.3 saat, atau 0.1 saat lebih pantas berbanding varian sedia ada. Walaupun begitu, pecutan 0-200 km/j masih kekal pada 10.2 saat dan kelajuan maksimum pada 325 km/j. Selain itu, Aston Martin menegaskan bahawa Vantage S juga menawarkan kualiti pengendalian lebih tepat dan responsif.


Penambahbaikan Sistem Suspensi & Pengendalian Aston Martin Vantage S 


Peningkatan dinamik pemanduan dicapai melalui penggunaan penyerap hentak adaptif Bilstein DTX yang dikemaskini, memberikan tindak balas yang lebih baik pada bahagian depan. Spring belakang juga telah diubah suai dengan kadar mampatan dan pantulan yang berbeza untuk meningkatkan keselesaan ketika memandu pada kelajuan rendah.


Selain itu, penyangga transmisi (transmission mount) dijadikan 10% lebih lembut, rangka sokongan (subframe) belakang kini dipasang terus pada badan tanpa menggunakan getah penyerap getaran/hentakan (rubber bushes), ​​serta pengubahsuaian pada tetapan camber, toe dan caster.


Reka Bentuk Aerodinamik Aston Martin Vantage S 


Aston-Martin-Vantage-S-(7).jpgAston-Martin-Vantage-S-(9).jpgAston-Martin-Vantage-S-(8).jpg


Aston Martin memilih untuk tidak memberikan elemen aero yang keterlaluan pada Vantage S ini. Sebaliknya, perubahan aerodinamik hanya melibatkan bilah tengah yang dikemaskini pada hud dan spoiler belakang yang lebih besar.


Aston-Martin-Vantage-S-(18).jpg


Rim 21 inci hadir dengan kemasan satin hitam khas Vantage S dengan aksen merah, aksen warna sama turut menghiasi beberapa sudut luaran jentera.


Kabin Eksklusif Dengan Sentuhan Khas 


Aston-Martin-Vantage-S-(13).jpgAston-Martin-Vantage-S-(14).jpgAston-Martin-Vantage-S-(12).jpg


Di dalam kabin, Vantage S menampilkan corak sulaman eksklusif pada kerusi kulit mewah yang direka khusus untuk varian ini. Pengguna juga boleh memilih kemasan tombol mod pemanduan dalam warna merah atau perak dengan tekstur logam yang menarik.


Pelancaran Aston Martin Vantage S 


Model ini diperkenalkan menjelang acara tahunan Goodwood Festival of Speed 2025, bagaimanapun, harga dan tarikh jualan rasmi Vantage S masih belum diumumkan.

Baca: Aston Martin Vantage Baharu Kini Rasmi di Malaysia – Cecah 656 HP! Dari RM2.37 Juta

Aston-Martin-Vantage-S-(3).jpg

 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRQ4238

SELANGOR

BST7549

JOHOR

JE3918J

PULAU PINANG

PSF6029

PERAK

APL5208

PAHANG

CFH7543

KEDAH

KGJ1430

NEGERI SEMBILAN

NEL8759

KOTA KINABALU

SJU1567

KUCHING

QAB5763P

Terakhir Kemas Kini 19 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

10-05-2024
Kereta Baru

30-08-2023
Global

03-03-2023
Kereta Baru

Aston Martin Vantage: Bohemian Edition, SUV Mewah Versi Kustom Dengan Warna Unik!

Aston Martin Kuala Lumpur telah memperkenalkan versi kustom, Aston Martin Vantage Bohemian Edition. Ini perinciannya.

24-05-2022
Teknologi

16-05-2025
Global

12-12-2024
Kereta Baru

02-12-2024
Kereta Baru

25-11-2024

Berita Terkini

Global

Toyota GR Kart Semurah RM10k, 215 cc

Toyota GR KART: Go-Kart Murah Mampu Milik Untuk Keluarga.

10-09-2026
Global

Kenapa Lampu Kereta Bulat Kembali Popular?

Lampu bulat seakan-akan ditakdirkan pupus disebabkan lampu hadapan segi empat tepat atau nipis, namun lampu hadapan bulat kini kembali hasil bantuan teknologi moden.

09-09-2026
Global

Geely Panda Mini Karting Dilancar: Harga RM26k & Bateri CATL

Geely Panda Mini Karting Rasmi Dilancar, Jarak Sejauh 210km.

09-09-2026
Global

BYD Bakal Umum Pelan Kilang EV Di Malaysia

BYD Malaysia: Keputusan Besar Dalam 7 Hari

07-09-2026
Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.