Bakal Dilancar! BYD Atto 2 Masuk Malaysia

BYD Cars Malaysia mengesahkan bahawa BYD Atto 2 akan tiba ke pasaran tempatan dalam tempoh terdekat ini.
Sebelum ini, BYD ada memuat naik satu video pendek dengan kapsyen “Don’t worry, Be Capy =)” serta diiringi dengan kesan tapak kaki capybara di tepi skrin iklan teaser itu. Tertera juga perkataan "Coming Soon".
Sebaliknya, tidak mendedahkan nama model secara rasminya. Capybara adalah haiwan yang lazimnya ditemui di Amerika Syarikat dimana BYD sedang giat mengembangkan kehadirannya, menerusi model Atto 2.
Namun setelah seminggu imej teaser itu disiarkan BYD akhirnya mengesahkan bahawa model yang dimaksudkan itu adalah BYD Atto 2.

Untuk makluman, BYD Atto 2 ditempatkan di antara model hatchback Dolphin dan Atto 3 yang lebih besar dalam barisan kenderaan BYD. Dikenali sebagai Yuan Up di China, SUV segmen B yang kompak ini dibina berasaskan platform e-Platform 3.0 milik BYD.
Bagaimanapun, model ini sudah pun dilihat menjalani ujian di beberapa pasaran seperti Thailand dan Australia, sekali gus menunjukkan ia juga akan dibawa masuk ke Malaysia.


Apapun di sebalik pengesahan yang dibuat ini, timbul pula persoalan mengenai spesifikasi bateri mana yang akan ditawarkan di Malaysia.
Secara global, Atto 2 ditawarkan dengan tiga pilihan bateri Blade. Versi biasa dilengkapi dengan motor 70 kW (94 HP) dan tork 180 Nm. Ia disumbat dengan bateri Blade 32 kWh. Gabungan ini mampu memberikan jarak pemanduan sehingga 250 kilometer mengikut piawaian CLTC.
Namun, varian ini dijangka tidak akan dibawa masuk ke Malaysia memandangkan rakyat Malaysia mengutamakan jarak pemanduan walaupun untuk kegunaan dalam bandar, pelancaran model spesifikasi rendah seperti ini akan menjadi langkah yang tidak bijak.
Varian yang lebih berkemungkinan ditawarkan ialah seperti yang terdapat di Eropah dan Australia. Spesifikasi Eropah hadir dengan bateri 45.12 kWh yang menawarkan jarak 312KM (WLTP). Sementara itu, Australia menerima unit bateri lebih besar iaitu 51 kWh dengan jarak sehingga 350KM. Kedua-dua pilihan ini lebih sesuai untuk pasaran Malaysia.
Semua varian Atto 2 dikuasakan oleh motor elektrik tunggal yang dipasang di bahagian hadapan, yang mana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 130 kW atau 174 HP dan 290 NM tork.
Ia mampu memecut dari 0 hingga 100 km/ jhanya dalam masa 7.9 saat, seklai gus menjadikannya antara model paling pantas dalam kelasnya.

Varian di Eropah dan Australia adalah berbeza dari segi ciri-ciri, namun Malaysia dijangka mengikut pendekatan dua varian ini.
Varian spesifikasi tinggi dilengkapi dengan skrin sentuh berputar bersaiz 12.8 inci, kamera pandangan sekeliling, pencahayaan ambien, pengecas tanpa wayar, serta tempat duduk hadapan hadir dengan fungsi pemanasan.

Di China, harga bermula sekitar RM62,000. Namun, dengan dasar harga EV Malaysia yang masih ditetapkan pada RM100,000, harga tempatan pastinya lebih tinggi. Dkhabarkan, Atto 2 dijangka akan dijual pada harga lebih rendah berbanding Atto 3, menjadikannya SUV paling mampu milik dari BYD Malaysia setakat ini.
Apapun kita tunggu pengumuman BYD sebaik ia dilancarkan secara rasminya nanti!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU4246
SELANGOR
BSU4734
JOHOR
JF9284J
PULAU PINANG
PSG5180
PERAK
APM3397
PAHANG
CFJ1526
KEDAH
KGJ5027
NEGERI SEMBILAN
NEM3206
KOTA KINABALU
SJU5975
KUCHING
QAB7695P
Terakhir Kemas Kini 19 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka
PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.
08-10-2026
Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar
Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800
Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan
07-10-2026
Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi
Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.
07-10-2026
Tempahan GWM ORA 5 HEV Dibuka: SUV Hibrid RM115K, Jarak 1,100 KM
Tempahan GWM ORA 5 HEV Kini Dibuka.
05-10-2026
Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe
Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.
30-09-2026
Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888
SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.
26-09-2026
JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k
JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.
22-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge