Chery Tiggo Cross Dilancar, Ada 2 Varian, Harga TAK Sampai RM100,000

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery Tiggo Cross ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

Chery Tiggo Cross ditawarkan dalam dua varian: Tiggo Cross Turbo (RM88,800) dan Tiggo Cross Hybrid CSH pula (RM99,800).

Sebagai makluman, kedua-dua varian ini sebenarnya dipasang secara tempatan di kilang Inokom di Kulim, Kedah.


Dari segi dimensi, ukuran saiz kedua-dua varian ini adalah sama. Kedua-duanya berukuran 4,318mm panjang, 1,830 mm lebar, 1,670 mm tinggi manakala jarak roda pula 2,610 mm.

Melihat kepada ukurannya, ini meletakkannya ia sama dengan SUV crossover subkompak lain seperti Honda WR-V, Perodua Ativa, dan Mazda CX-3. Pendek kata, Tiggo Cross adalah pesaing terdekat buat WR-V, Ativa dan juga Proton X50.
Sementara itu, bahagian wajah hadapan kedua-dua varian ini juga sama!


Masing-masing hadir dengan lampu depan jenis LED, ada Follow Me Home, lampu depan automatik, lampu nyalaan siang hari dan lampu belakang jenis LED. Terdapat juga lampu kabus, di bahagian belakang, ada rel bumbung dan spoiler di belakang.
Dari bahagian sisinya, varian Turbo hadir dengan rim sebesar 18 inci manakala Hybrid pula rim 17 inci.
Melangkah masuk ke bahagian kabinnya, kedua-duanya hadir dengan skrin berkembar masing-masing bersaiz 10.25-inci untuk paparan instrumen dan sistem infotainmen kamera panaromik 540 darjah, sambungan Bluetooth, Apple CarPay dan Android Auto, Bantuan Suara Pintar dan masing-masing menerima enam pembesar suara.

Kelengkapan lain yang dikongsi bersama untuk kedua-dua varian Tiggo Cross ini adalah roda stering pelbagai fungsi, lampu suasana kabin, upholsteri kulit sintetik berwarna hitam, pengecas telefon pintar tanpa wayar 15W, terdapat dua port pengecas di depan dan satu port pengecas di belakang,
Mengenai ruang butnya, kedua-dua varian seluas 380 liter. Sebelum terlupa, kedua-duanya varian ini juga diberikan tayar ganti. Ini agak menarik kerana varian Hybrid diberikan tayar ganti memandangkan selalunya, kereta Hybrid cuma menerima kit baiki tayar.


Untuk Tiggo Cross 1.5 Liter Turbo, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 147 PS dan 210 Nm. Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 10.3 saat tetapi dengan kuasa Sporty,.
Jika dibandingkan dengan varian Hybrid pula, ia disumbat dengan enjin 1.5Liter N/A dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat 96 PS dan tork 120Nm. Dengan adanya motor elektrik di hadapan, ia mampu menghasilkan kuasa 204 PS, 310 Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear khas untuk enjin hibrid (DHT).

Varian ini pula jika menggunakan mod Sport, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 8.9 saat.
Mengenai mod pemanduan, varian Turbo didatangkan dengan Eco, Normal dan Sport manakala Hybrid hanya hadir dengan Eco/Sport. Bagi bab penggunaan bahan api, varian Turbo menawarkan penjimatan bahan api purata dengan catatan 6.3 liter untuk setiap 100 kilometer manakala Hybrid 5.4 liter/100 km. Malah, Chery mendakwa secara keseluruhannya, model ini sebenarnya mampu melakukan perjalanan sehingga 1,000 km.
Dari segi ciri keselamatan pula, kedua-dua varian cukup sarat dengan pelbagai ciri keselamatan. Kedua-duanya dilengkapi dengan Sistem Bantuan Brek (BAS), Program Kestabilan Elektronik (ESP), Kawalan Bantuan Daki Bukit (HAC), Bantuan Brek Kecemasan (EBA), Sistem Kawalan Cengkaman (TCS), Sistem Kunci Keselamatan Kanak-Kanak, Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TCS), Peringatan Had Kelajuan , Amaran Keluar Lorong (LDW), Sistem Pemantau Titik Buta, Kawalan Jelajah Adaptif, Amaran Perlanggaran Depan, Brek Kecemasan Autonomi, Amaran Lintasan Belakang

Bagi yang berminat, Turbo didatangkan dengan warna: Carbon Black, Phantom Grey, Khaki White & Blood Stone Red manakala Hybrid, pula ditawarkan dengan Carbon Black, Phantom Grey, Khaki White & Moonlight Silver.
Mengenai waranti, kedua-dua varian hadir dengan waranti kenderaan 7 tahun atau 150,000 kilometer, sementara varian Hybrid didatangkan dengan waranti bateri, motor, unit kawalan Hybird (8 tahun/160,000km) dan turut ditawarkan dengan servis tunda 24 jam seminggu (7 tahun/150,000km).
Untuk tempahan awal, Chery Malaysia menawarkan pakej servis percuma selama dua tahun pada 2,000 pembeli terawal sebelum 30 September 2025.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRE2096
SELANGOR
BSR2426
JOHOR
JYB5340
PULAU PINANG
PSD4079
PERAK
APJ4809
PAHANG
CFG9231
KEDAH
KGG7365
NEGERI SEMBILAN
NEK7641
KOTA KINABALU
SJS6634
KUCHING
QAB907P
Terakhir Kemas Kini 30 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat