ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Laku Keras, Dalam 2 Bulan, Angka Tempahan Sudah Cecah 1,000 Unit

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Chery Malaysia mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima lebih 1,000 tempahan untuk model Tiggo Cross sejak dipertontonkan kepada umum di negara ini pada pameran Autoshow Malaysia 2025, Mei lalu. 

Perkembangan positif ini membuktikan rakyat bukan sahaja cukup berminat dengan model terbaharu itu sebaliknya bahang  jenama Chery semakin terasa dalam pasaran Malaysia kerana menawarkan model-model yang cukup moden, canggih dan yang penting ditawarkan pada harga mampu milik.

image.png

Sebelum ini, pendaftaran minat (ROI) untuk Tiggo Cross telah dibuka sejak Mei sempena pameran Malaysia Autoshow 2025 (MAS 2025). Ketika itu, Chery berjanji untuk menghantar 500 unit pertama menjelang Ogos.

Nampaknya, dengan momentum tempahan yang terus meningkat, sasaran jualan Tiggo Cross dilihat akan menjangkaui  dengan mudah. 

image.pngimage.png

Bagi yang terlepas pandangan, Chery Tiggo Cross ditawarkan dalam dua varian: Tiggo Cross Turbo (RM88,800) dan Tiggo Cross Hybrid CSH pula (RM99,800).

image.png

Kedua-dua varian ini sebenarnya dipasang secara tempatan di  kilang Inokom di Kulim, Kedah. 

Selain harga yang kompetitif, pakej jaminan dan selepas jualan yang ditawarkan juga sangat menarik. Khususnya bagi varian hibrid, ia dilengkapi jaminan berasingan selama 8 tahun atau 160,000 KM untuk komponen elektrifikasi, selain jaminan kenderaan standard selama 7 tahun atau 150,000 KM dan perkhidmatan tunda tanpa had selama 7 tahun.

Lebih menarik, Chery turut memberikan pakej servis percuma selama 2 tahun kepada 2,000 tempahan pertama yang dibuat sebelum 30 September.

image.pngimage.png

Untuk Tiggo Cross 1.5 Liter Turbo, ia mampu menghasilkan kuasa setakat 147 PS dan 210 Nm. Untuk itu, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 10.3 saat tetapi dengan kuasa Sporty.

Jika dibandingkan dengan varian Hybrid pula, ia disumbat dengan enjin 1.5Liter N/A dimana ia mampu menghasilkan kuasa setakat    96 PS dan tork 120Nm. Dengan adanya motor elektrik di hadapan, ia mampu menghasilkan kuasa 204 PS, 310 Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda hadapan menerusi kotak gear khas untuk enjin hibrid (DHT). Varian ini pula jika menggunakan mod Sport, ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam masa 8.9 saat.

Selain harganya yang berpatutan, bagi penulis, ia adalah sebuah kenderaan yang cukup sarat dengan ciri keselamatan, moden dan yang penting, ia menawarkan pemanduan yang cukup mantap! Satu lagi jika anda memilih varian hybrid, ia mungkin satu pilihan tepat kerana ia menawarkan jarak gerak sehingga 1,000 kilometer.

Walaupun Chery belum mendedahkan pecahan tempahan antara varian turbo dan hibrid, besar kemungkinan varian hibrid menjadi penyumbang utama permintaan kerana ia merupakan SUV hibrid segmen B paling mampu milik di negara ini. Malah, harganya lebih rendah RM42,100 berbanding HR-V e:HEV, selain  menawarkan jarak pemanduan yang agak jauh.

Dengan minat yang terus meningkat dan tempahan yang bertambah, Chery Malaysia dilihat berpotensi menjadi pemain volum sebenar dengan model Tiggo Cross. 

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2340

SELANGOR

BSU8095

JOHOR

JG8672J

PULAU PINANG

PSH2014

PERAK

APM7058

PAHANG

CFJ3302

KEDAH

KGJ6952

NEGERI SEMBILAN

NEM4978

KOTA KINABALU

SJU9742

KUCHING

QAB9427P

Terakhir Kemas Kini 01 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.

22-10-2026
Berita Auto

Omoda 5 Diseru Balik: 600 Unit Pada 2024, 8,878 (2026). Apa Yang Berubah?

Chery pernah memanggil balik Omoda 5 pada tahun 2024.

15-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Berita Auto

Makin Agresif, Chery Perkukuh Pasaran Malaysia Dengan Model Ke-10, Tiggo 9

Chery Malaysia: 3 Tahun, 60 Pengedar, Dan Kilang Baharu RM2.2 Bilion Di Lembah Beringin.

29-06-2026
Kereta Baru

Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800

Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?

24-06-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo 9 Didedahkan - Harga Anggaran RM189,000

Chery Malaysia akhirnya mendedahkan secara rasminya Chery Tiggo 9 ke pasaran tempatan sebentar tadi.

22-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.