- Berita
- Berita Auto
- Cycle & Carriage Batu Caves Kini Turut Jadi Pusat Servis Peugeot – Promosi Istimewa
Cycle & Carriage Batu Caves Kini Turut Jadi Pusat Servis Peugeot – Promosi Istimewa
-full.jpg)
Pengedar kereta premium terkemuka, Cycle & Carriage, baru-baru ini menambah baik cawangannya di Batu Caves yang sebelum ini telah diperbaharui untuk menyokong jualan dan servis selepas jualan jenama Mercedes-Benz. Kini, cawangan sama turut menempatkan pusat servis untuk jenama Peugeot.
Fokus Pada Perkhidmatan Selepas Jualan Berkualiti


Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Cycle & Carriage, Adrian Short, pembukaan pusat servis Peugeot ini bertujuan untuk memenuhi keperluan pelanggan yang semakin berkembang serta menyediakan perkhidmatan selepas jualan yang pakar untuk kenderaan jenama Stellantis.
Pengarah Urusan Stellantis ASEAN, Isaac Yeo, menambah bahawa kerjasama ini menunjukkan komitmen bersama untuk menetapkan standard baharu dalam kecemerlangan perkhidmatan selepas jualan dan memberikan pengalaman pemilikan yang lancar.
Fasiliti Lengkap Untuk Servis & Baik Pulih
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Pusat servis Peugeot di Batu Caves ini berkeluasan 8,005 kaki persegi, dilengkapi dengan lima ruang servis serta lima ruang baik pulih badan dan cat. Pelanggan juga boleh bersantai di ruang rehat dengan kemudahan seperti minuman ringan, tempat duduk yang selesa dan sambungan Wi-Fi.
Promosi Istimewa Sempena Pembukaan
-full.jpg)
Sepanjang bulan Julai, pelanggan yang membuat janji temu servis di cawangan ini akan menerima pemeriksaan kesihatan bateri, pemeriksaan pendingin hawa, diagnostik, pemeriksaan 30 titik, cuci kereta secara percuma, di samping hadiah istimewa sebagai tanda penghargaan.
Jualan Kereta Demo Peugeot Pada Harga Menarik
Selain itu, Cycle & Carriage turut mengadakan jualan khas kereta demo Peugeot di bilik pameran Cheras dan George Town. Beberapa unit terpilih Peugeot 3008 terpakai ditawarkan pada harga serendah RM108,000, lengkap dengan waranti sehingga tahun 2031.
Maklumat Cawangan
Pusat servis ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 8 pagi hingga 5 petang, manakala pada hari Sabtu dibuka dari jam 8 pagi hingga 12 tengah hari. Ia ditutup pada hari Ahad. Pelanggan boleh membuat tempahan atau pertanyaan melalui WhatsApp di nombor +6012-6202042.
Baca: Cycle & Carriage Cheras Kini Pamer Jenama Peugeot & Mercedes-Benz Di Bawah Satu Bumbung
Baca: Cycle & Carriage Malaysia Lantik Adrian Short Sebagai CEO Baharu
-full.jpg)
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3783
SELANGOR
BSU8465
JOHOR
JG9428J
PULAU PINANG
PSH2351
PERAK
APM7351
PAHANG
CFJ3445
KEDAH
KGJ7196
NEGERI SEMBILAN
NEM5120
KOTA KINABALU
SJV349
KUCHING
QAB9492P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Bilik Pameran Eksklusif Pertama Leapmotor Dibuka Di Pavilion Bukit Jalil
Syarikat pengedar automotif terkemuka, Cycle & Carriage (C&C), telah melancarkan pembukaan cawangan bilik pameran pertama jenama kenderaan elektrik (EV), Leapmotor, di pusat beli-belah terkemuka, Pavilion Bukit Jalil.
09-01-2026
Pusat 3S Peugeot Kini Dibuka Di Kuching, Sarawak
Peugeot Malaysia (Stellantis Malaysia) terus memperkukuh kehadirannya di Malaysia dengan pembukaan Pusat 3S (jualan, servis, alat ganti) di Kuching, Sarawak.
28-02-2025
Peugeot Umum Kempen "Drive Into Prosperity" : Rebat Cecah RM21,500, Manfaat Tambahan
Sempena Tahun Baru Cina 2025, Peugeot Malaysia mengumumkan tawaran penjimatan dan rebat luar biasa.
16-01-2025
Rebat RM21,500 untuk Peugeot 2008 – Kini Hanya RM111,888!
Stellantis Malaysia kini menawarkan rebat istimewa sebanyak RM21,500 untuk model SUV kompak Peugeot 2008, menjadikannya lebih mampu milik untuk rakyat Malaysia. Tawaran ini menjadikan harga terbarunya hanyalah serendah RM111,88, atas jalan tanpa insurans dan aksesori tambahan.
13-01-2025
Beli Kereta Peugeot Dengan Rebat Cecah RM40K, Waranti Lanjutan 7 Tahun & Banyak Lagi, Masa Terhad!
Tahun 2024 hampir melabuhkan tirainya, sempena penghujung tahun ini, Stellantis Malaysia melancarkan kempen jualan istimewa "Year End Extravaganza" untuk jenama Peugeot.
18-11-2024
Pusat Pengedaran Pelbagai Jenama Pertama Stellantis Dibuka Di Jalan Klang Lama
Selepas melancarkan Leapmotor C10, Stellantis Malaysia meneruskan momentumnya dengan pembukaan pusat pengedaran pelbagai jenama pertama di Malaysia pada hujung minggu lalu.
22-10-2024
C&C Anjur Acara Jelajah Pertama Peugeot – Diskaun Hingga RM42,000!
Cycle & Carriage menganjurkan jerayawara (roadshow) jenama Peugeot selama dua bulan, sehingga 16 November ini.
06-10-2024
Baru Dibuka: Pusat 2S Peugeot Di Taipan, Subang Jaya
Peugeot Malaysia melancarkan bilik pameran yang terletak di Taipan, Subang Jaya, baru-baru ini.
02-09-2024
Berita Terkini
PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET
Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.
03-11-2026
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

