Dalam 10 Hari, Proton X50 Facelift 2025 Terima 5,000 Tempahan!

Proton X50 Facelift 2025 nampaknya sudah menyerlahkan daya penariknya kerana baru sahaja sekitar 10 hari tempahan dibuka, lebih 5,000 unit telah ditempah, membuktikan jentera ini masih ‘mengancam’ di pasaran.
Sasaran Serahan 5,000 Unit Pada Akhir Ogos


Menurut Timbalan CEO Proton Edar, Zhang Qiang, sasaran syarikat ialah menyediakan sekurang-kurangnya 5,000 unit untuk pendaftaran menjelang akhir Ogos. Langkah ini bertujuan mempercepatkan tempoh menunggu pelanggan selepas membuat pesanan.
X50 Facelift 2025 ini pertama kali didedahkan awal bulan ini, dengan harga rasmi akan diumumkan pada 24 Julai nanti.
Insentif Menarik Untuk 10,000 Pelanggan Terawal

Bagi 10,000 pelanggan pertama yang membuat tempahan dan mendaftarkan kenderaan mereka, Proton menawarkan rebat tunai RM1,000, kad Touch ‘n Go edisi khas, serta akses kepada tawaran eksklusif yang akan diumumkan ketika pelancaran rasmi.
Orang ramai juga berpeluang untuk pandu uji SUV ini bermula hari ini, 19 Julai di cawangan 3S dan 4S Proton.
Tiga Varian Dengan Enjin Lebih Berkuasa & Efisien


Model X50 kini ditawarkan dalam tiga varian iaitu varian asas ‘Executive’, pertengahan ‘Premium’ dan varian tertinggi ‘Flagship’. Kesemua varian menggunakan enjin 1.5 liter i-GT 4 silinder turbo yang baharu, digandingkan dengan kotak gear DCT 7 kelajuan, menggantikan enjin 1.5 liter tiga silinder lama.
Enjin terbaru ini bukan saja lebih berkuasa dengan 181 ps dan tork 290 Nm, malah menawarkan peningkatan kecekapan bahan api sebanyak 4.7% serta tahap keselesaan yang lebih baik.
Penambahbaikan Luar & Dalam





Proton X50 2025 juga menerima sentuhan rekaan luaran yang lebih moden dan kabin yang kini lebih elegan dan premium. Sistem infotainmennya hadir dengan ciri Apple CarPlay dan Android Auto, manakala teknologi keselamatan dipertingkat dengan ciri ADAS terbaru.
Baca: Proton X50 Facelift 2025 Kini Boleh Ditempah
Perincian Proton X50 Facelift 2025
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang peningkatan dan ciri baharu X50 Facelift 2025, jom tonton video informasi lengkap yang khas kami sediakan untuk pembaca CarzAutomedia:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRG6357
SELANGOR
BSR7090
JOHOR
JA5082J
PULAU PINANG
PSD9358
PERAK
APJ9570
PAHANG
CFH2061
KEDAH
KGH1740
NEGERI SEMBILAN
NEK9653
KOTA KINABALU
SJT1527
KUCHING
QAB2242P
Terakhir Kemas Kini 21 Jul, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red
Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.
20-07-2026
Tragedi Jalan Tun Razak: Lelaki Maut, 7 Sekeluarga Termasuk Bayi Trauma Dihempap Pokok Tumbang Berusia 19 Tahun
Pokok Tumbang Di Jalan Tun Razak: Seorang Maut, Tujuh Cedera.
20-07-2026
PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif
Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.
20-07-2026
iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini
EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.
20-07-2026
Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh
Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026
17-07-2026
Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris
Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.
17-07-2026
Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan
Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.
17-07-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat