ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dewan Rakyat: Jika Kadar Tol 10 Lebuh Raya Tak Ditangguh, Ada Kenaikan Hingga 83% Bagi Kelas 1

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Percaya atau tidak, sekiranya kadar tol bagi 10 lebuh raya di negara ini tidak ditangguhkan, pengguna lebuh raya sebenarnya berdepan dengan kenaikan tol sebanyak 79 hingga 83 peratus bagi kenderaan kelas 1.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ekiranya penangguhan itu tidak dilaksanakan, pengguna lebuh raya yang menggunakan 10 lebuh raya itu akan merasai impak signifikan kerana pada masa ini terdapat jurang besar antara kadar tol dikenakan kepada pengguna berbanding kadar tol ditetapkan dalam perjanjian konsesi.

"Bagaimanapun, demi meringankan beban rakyat terutamanya pengguna lebuh raya, kerajaan Madani atas dasar keprihatinan terhadap kesejahteraan dan kos sara hidup rakyat telah bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya itu bagi tahun 2025.

"Pelaksanaan penangguhan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya tersebut membolehkan pengguna terus menikmati kadar tol sedia ada, tanpa sebarang kenaikan dalam masa terdekat," katanya sewaktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali (BN-Pekan) mengenai implikasi kepada pengguna lebuh raya sekiranya kerajaan tidak menangguhkan kenaikan kadar tol pada tahun 2025.

10 lebuh raya berkenaan adalah Lebuhraya Cheras - Kajang (GRANDSAGA), Lebuhraya KL-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara Baru (NNKSB), Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2).

Lebuh raya lain adalah Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE), Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (JSAHMS), Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) dan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB).

Alexander berkata, penangguhan kenaikan kadar tol bagi tahun 2025 untuk 10 lebuh raya itu membabitkan semua kelas kenderaan dari kelas 1 hingga kelas 5 kecuali bagi Lebuhraya LLB yang hanya membabitkan penangguhan kenaikan kadar tol bagi kenderaan kelas 5.

"Ini kerana kadar tol kenderaan kelas 1 hingga kelas 4 di Lebuhraya LLB pun mencapai had kenaikan maksimum seperti mana yang ditetapkan di dalam perjanjian konsesi," katanya.

Menyentuh mengenai implikasi kewangan yang ditanggung akibat pelaksanaan penangguhan itu, Alexander berkata, kerajaan perlu menanggung kos pampasan kepada syarikat konsesi lebuh raya dengan anggaran RM568.92 juta setahun.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS8543

SELANGOR

BSU2471

JOHOR

JF3075J

PULAU PINANG

PSG1603

PERAK

APL9371

PAHANG

CFH9321

KEDAH

KGJ3537

NEGERI SEMBILAN

NEM1920

KOTA KINABALU

SJU4351

KUCHING

QAB7134P

Terakhir Kemas Kini 03 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

Raya 2022: Ini Senarai 30 Tol Percuma, Diskaun Hingga 50 Peratus

Senarai tol percuma dan juga tol berdiskaun sempenan Hari Raya Aidilfitri.

26-04-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Beli Tayar Continental Di In-Store Marketplace

Continental Tyres Malaysia mengubah landskap pembelian dan penjualan tayar menerusi Konsep Ekosistem InStore Marketplace.

02-10-2026
Berita Auto

Kemuncak F1 Sepang: George Russell Pun 'Pening' Sangkut "Jem"

Pemandu F1 George Russell Pun Sangkut Jem Ke SIC Sepang.

02-10-2026
Berita Auto

Nasi Lemak RM35 Di Sepang: Harga Makanan F1 Cetus Bualan Hangat

F1 Sepang: Isu Harga Makanan RM35 Jadi Tumpuan Pengunjung.

02-10-2026
Berita Auto

Sewa Kereta Kepada Warga Asing: Denda RM10,000

JPJ akan menggempur habis-habisan pemandu warga asing yang semakin bebas memandu secara haram.

02-10-2026
Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.